Soalan 2(d) - Puisi Moden
Baca petikan sajak di bawah
dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
Erti Hidup Bererti
Aku selalu didatangi
malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.
Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung
balik kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang.
Aku bagi mereka
tiada makna anakku
bakaku baik
setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.
Suara Anak Pahang,
Pekan llmu Sdn. Bhd., 2009
(i) Apakah doa yang dipanjatkan
oleh penyajak terhadap anak-anaknya dalam rangkap ketiga sajak?
[2 markah]
Doa yang dipanjatkan oleh penyajak kepada
anak-anaknya ialah seperti:-
1
|
Semoga disirami benih keinsafan
|
2
|
Ada penawar dalam hati mereka
|
3
|
Rasa cinta akan mengatasi perasaan dingin.
|
(ii) Ibu bapa mempakan insan yang
paling berjasa dalam hidup seseorang.
Pada pendapat anda, sebagai seorang anak
bagaimanakah anda dapat membalas jasa ibu bapa
anda?
Sebagai seorang anak saya akan membalas
jasa ibu bapa dengan:-
1
|
Mendengar dan mengamalkan nasihat ibu bapa
|
2
|
Belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai
kejayaan dan membanggakan ibu bapa
|
3
|
Menjaga adab dan budi pekerti untuk menjaga nama
baik ibu bapa
|
4
|
Menjaga ibu bapa semasa mereka telah tua
|
5
|
Menggembirakan hati ibu bapa dengan membawa mereka melancong
|
6
|
Menyediakan dan melengkapkan segala keperluan ibu
bapa
|
7
|
Sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa
|
(iii) Huraikan dua nilai yang
terdapat dalam sajak tersebut. [4
markah]
Bil
|
Nilai ( 1 markah)
|
Huraian ( 1 markah)
|
|
Nilai ketabahan
|
Contohnya, penyajak tabah walaupun diabaikan
anak-anak dan selalu berasa sunyi tinggal seorang diri
|
|
Nilai kasih sayang
|
Contohnya, penyajak masih sangat menyayangi
anak-anaknya walaupun tidak dihargai dan dipedulikan oleh mereka
|
|
Nilai bertan ggungjawab
|
Contohnya, sebagai seorang ibu, penyajak
bertanggungjawab untuk mendoakan anak-anaknya semoga diberikan keinsafan atas
kesilapan mereka.
|
|
Nilai keinsafan
|
Contohnya, penyajak insaf dan sedar bahawa
kehidupan di dunia ini tidak akan kekal
kecuali Tuhan.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan