Sabtu, 22 September 2018

SOALAN DAN CADANGAN JAWAPAN SOALAN 3(B) PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI SELANGOR


(b) Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i)   Ketua Taman Desa Mawar menulis surat aduan tentang masalah anjing liar kepada pihak Majlis Daerah Kuala Selangor.
      
(ii)  Sebelum mendirikan Solat Asar, beberapa orang murid tahfiz telah menyusun kasut-kasut
       yang bersepah di pintu masuk masjid.
      
(iii) Kami menikmati pelbagai jenis hidangan makanan Siam ketika berkunjung di salah satu
       kedai makan di Hatyai.

Cadangan jawapan:-

Bil
Ayat Aktif

Ayat Pasif
1
Ketua Taman Desa Mawar menulis surat aduan tentang masalah anjing liar kepada pihak Majlis Daerah Kuala Selangor
Surat aduan tentang masalah anjing liar telah
ditulis oleh Ketua Taman Desa Mawar
kepada pihak Majlis Daerah Kuala Selangor.
2
Sebelum mendirikan Solat Asar, beberapa orang murid tahfiz telah menyusun kasut-kasut        yang bersepah di pintu masuk masjid.

Kasut-kasut yang bersepah di pintu masuk
masjid telah disusun oleh murid-murid tahfiz
sebelum mendirikan Solat Asar.
3
Kami menikmati pelbagai jenis hidangan makanan Siam ketika berkunjung di salah satu kedai makan di Hatyai.

Pelbagai jenis hidangan makanan Siam kami
nikmati ketika berkunjung di salah satu kedai
makan di Hatyai.


Tiada ulasan: