Selasa, 11 September 2018

SOALAN 3 (E) PERIBAHASA (SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI PULAU PINANG 2018


(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti kemudian kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam ayat-ayat berkenaan.

.(i)  Dahulu dia tidak mengendahkan teguran dan nasihat yang diberikan. Setelah dia mengalami kegagalan, barulah dia menyedari kesilapannya.
       Cadangan jawapan:-

        Nasi telah menjadi bubur/ sudah terhantuk baru tergadah

(ii) “Pagi tadi saya lihat adik-adik Raju bergaduh. Sekarang mereka sudah berbaik-baik semula,” kata Puan Mary.

       Cadangan jawapan:-
       Air dicincang tidak akan putus/ carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga.

(iii) Semasa berkunjung ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri, Amran terpandang seorang tetamu yang paras rupanya seiras sahabat lamanya lantas dia menegurnya untuk berkenalan.

       Cadangan jawapan:-
       Pelanduk dua serupa

[6 markah]

1 ulasan:

Unknown berkata...

Salima tersilap menegur perempuan itu yang disangka kawan baiknya,Rozaini kerana wajah mereka hampir seiras