(e) Baca ayat-ayat di
bawah dengan teliti kemudian kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan
situasi yang terdapat dalam ayat-ayat berkenaan.
.(i) Dahulu dia tidak mengendahkan teguran dan
nasihat yang diberikan. Setelah dia mengalami kegagalan, barulah dia menyedari
kesilapannya.
Cadangan jawapan:-
Nasi telah menjadi bubur/ sudah
terhantuk baru tergadah
(ii) “Pagi tadi saya
lihat adik-adik Raju bergaduh. Sekarang mereka sudah berbaik-baik semula,” kata
Puan Mary.
Cadangan jawapan:-
Air dicincang tidak akan putus/
carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga.
(iii) Semasa
berkunjung ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri, Amran terpandang seorang tetamu
yang paras rupanya seiras sahabat lamanya lantas dia menegurnya untuk berkenalan.
Cadangan jawapan:-
Pelanduk dua serupa
[6 markah]
1 ulasan:
Salima tersilap menegur perempuan itu yang disangka kawan baiknya,Rozaini kerana wajah mereka hampir seiras
Catat Ulasan