Soalan 2(b) – Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti,kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Aku memandang jaket kulit kijang itu lagi. Kalau dikira dalam ringgit
Malaysia, harganya sekitar
RM500.00. Jaket kulit itu telah membawa
kegembiraan kepada lelaki tua yang berjaya menjualnya
kepada Shahmeem. Jaket kulit itu telah membawa
kegembiraan kepada Shahmeem yang berjaya
menjualkannya semula kepadaku. Jaket kulit itu telah
membawa kegembiraan kepadaku kerana
dapat menghangatkan badan sepanjang perjalanan di Selat
Bhosporus yang dingin.
Tiba-tiba tercetus semalam hasrat untuk memanjangkan rasa gembira itu
kepada orang
lain. Bagaimana kalau aku menjualnya di kedai
menjual pakaian terpakai yang selalu aku kunjungi
di tanah air? Aku
tahu bahawa tidak mungkin aku boleh menjualnya tanpa mengalami kerugian.
Seratus ringgit pun barangkali terlalu mahal untuk tauke kedai
itu. Aku rela menerima harga yang
jauh lebih rendah asalkan pekedai itu gembira. Bakal pembelinya juga
pasti gembira kerana
mendapat jaket kulit dengan harga yang murah. Aku berharap agar bakal pemakainya
kelak sedar
bahawa jaket kulit itu merupakan sisa orang dan tidak berasa bongkak.
Aku
akan mencari jalan untuk mendermakan wang jualan jaket kulit itu kepada
mana-mana zoo
yang ada kandang kijang. Sebagai tanda muhibah
terhadap kijang-kijang yang telah dibunuh demi
gaya hidup yang penuh kemodenan.
Dipetik daripada cerpen
'Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
oleh Maskiah Haji
Masrom dalam antologi ]aket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan
Pustaka
1. Mengapakah 'aku' ingin menjual jaket
kulit yang dibelinya daripada Shahmeem? [2 markah]
-
untuk memanjangkan rasa gembira kepada orang lain.
- untuk mengembirakan pekedai apabila membelinya dengan harga murah.
-untuk mengembirakan pembeli apabila membeli jaket kijang tersebut dengan
harga yang murah.
-untuk mendermakan wang jualan jaket kulit kijang kepada mana-mana zoo
sebagai tanda muhibah
kijang-kijang yang dibunuh demi gaya yang penuh moden.
2. Pada pendapat anda, bagaimanakah kesedaran
terhadap larangan pembunuhan haiwan-haiwan
yang
dilindungi dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat?
Nyatakan
tiga usaha memupuk kesedaran tersebut. [3 markah]
- orang awam tidak membeli sebarang penjualan peralatan atau aksesori
diperbuat daripada
anggota dan bahan yang
diperbuat daripada haiwan liar.
-
media massa menyiarkan rencana tentang kepentingan melindugi haiwan liar
- badan-badan
bukan kerajaan mengadakan kempen melindungi haiwan-haiwan dilindungi.
- kerajaan membuat pemantauan
terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab memburu hidupan
liar.
- kerajaan menguatkuasakan
undang-undang terhadap pemburu hidupan liar.
- kerajaan mengenakan denda
kepada pemburu hidupan liar yang tiada lesen.
3. Huraikan
satu pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen dan satu pengajaran yang lain berdasarkan keseluruhan cerpen. [4
markah]
Pengajaran terdapat dalam petikan:-
-Kita sepatutnya prihatin terhadap haiwan yang dilindungi dengan tidak
membeli barangan yang
diperbuat daripada anggota atau bahan yang diperbuat
daripada haiwan yang dilindungi kerana
tindakan berkenaan akan menyebabkan haiwan
liar terus diburu dan dibunuh untuk tujuan
tersebut.
-Kita harus jimat berbelanja dengan tidak membeli barangah mahal seperti
jaket kulit kijang
dengan harga RM 500.00 hanya untuk mengelakkan diri daripada
kesejukan.
-Kita hendaklah bersikap
ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara tanpa mengira taraf kehidupan seseorang. Contoh :- Aku
begitu bermurah hati dengan memberikan wang sebanyak lima lira
kepada wanita tua yang menjual
makanan burung walaupun harga sepiring hanya satu lira
serta ikhlas memberi derma kepada
pengemis seperti pengait benang, kanak-kanak bersama-
sama datuknya yang buta serta lelaki tua
yang cacat anggotanya.
-Kita wajar mempunyai sikap gigih
dalam melakukan pekerjaan supaya hasil yang diinginkan
tercapai. Contoh :- Pekedai Turki gigih memberikan
layanan yang mesra kepada pelanggannya
dengan memberikan layanan yang baik serta memberikan
minuman percuma kepada
pelanggannya dengan harapan pelanggannya itu membeli barangannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan