KAEDAH PENGUASAAN
AYAT AKTIF – AYAT PASIF
1. Kata ganti nama diri ganti nama diri
mesti diulang kaji dari masa ke masa untuk memastikan anda faham pembetukan ayat pasif, terutama menggunakan kata ganti nama diri pertama, kedua dan ketiga dalam ayat pasif.
Contoh:
Kata
ganti nama diri pertama: aku, saya, beta, hamba, patik, ku, kita, kami
Kata
ganti nama diri kedua: engkau,
kau, kamu, awak, kalian, anda, tuan hamba, tuanku
Kata
ganti nama diri ketiga: dia, nya, mereka, beliau, baginda
2. Subjek bagi ayat
mesti dikenal pasti.
Contoh:
Ali membaca buku.
Subjek: Ali
3. Kata kerja transitif
perlu dikenal pasti dalam setiap ayat aktif.
Contoh:
Ali membaca buku.
Kata
kerja transitif: membaca
4. Objek dalam setiap
ayat aktif mestilah dikenal pasti. Jika ayat itu ada dua objek, kenal pasti
objek tepat sahaja. Objek sipi tidak mengalami perubahan dalam ayat pasif.
Contoh
1: Ali membaca buku.
Objek: buku
Contoh 2: Ali membacakan ibu buku.
Objek
tepat: ibu
Objek
sipi: buku
5. Ada 3 jenis ayat
pasif yang perlu dikuasai oleh murid. Yang pertama ialah ayat yang melibatkan
subjek yang terdiri daripada kata ganti nama diri pertama dan kedua sahaja.
Contoh:
Saya
membaca buku. (aktif)
subjek
|
kata
kerja aktif
|
objek
|
Saya
|
membaca
|
buku
|
Ayat pasif
objek
|
subjek
|
kata
kerja pasif
|
Buku
|
saya
|
baca
|
PERHATIAN!
6. Ayat pasif dengan
kata ganti nama diri pertama dan kedua tidak boleh menggunakan kata kerja
berimbuhan di-... oleh
Contoh:
(a)
Saya
membaca buku. (aktif)
Buku
dibaca oleh saya. (salah) (pasif)
Buku
saya baca. (betul) (pasif)
(b)
Engkau
menulis karangan. (aktif)
Karangan
ditulis oleh engkau. (salah) (pasif)
Karangan
engkau tulis. (betul) (pasif)
7. Apabila kata bantu
digunakan dalam ayat aktif, kata bantu tersebut mestilah dikekalkan pada tempat
yang sesuai, iaitu sebelum subjek. Ayat pasif yang menggugurkan kata bantu akan
menyebabkan maksud ayat berubah. Kata bantu yang dimaksudkan terbahagi kepada dua iaitu kata bantu aspek seperti telah, sudah, baru, pernah, sedang, masih, akan, mula, dan belum dan kata bantu ragam seperti, hendak, mahu, harus,, mesti, boleh, dapat, enggan, patut, dan mungkin.
Contoh:
(a)
Saya
sudah membaca buku. (aktif)
Buku
sudah baca saya. (salah) (pasif)
Buku
sudah saya baca. (betul) (pasif)
(b)
Engkau
perlu menulis karangan. (aktif)
Karangan
engkau perlu tulis. (salah) (pasif)
Karangan
perlu engkau tulis. (betul) (pasif)
8. Apabila keterangan
predikat hadir dalam ayat, kekalkan predikat tersebut pada strukturnya. Jika
dikedepankan, anda juga perlu mengedepankan keterangan predikat tersebut untuk
mengekalkan strukturnya.
Contoh:
(a)
Saya
sudah membaca buku di pondok. (aktif)
Buku
di pondok sudah saya baca. (salah) (pasif)
Buku
sudah saya baca di pondok. (betul) (pasif)
(b)
Pada
waktu lapang, engkau perlu menulis karangan. (aktif)
Karangan
pada waktu lapang perlu engkau tulis. (salah) (pasif)
Pada
waktu lapang, karangan perlu engkau tulis. (betul) (pasif)
Karangan
perlu engkau tulis pada waktu lapang. (betul) (pasif)
9. Jika kata ganti nama
diri ketiga hadir dalam ayat aktif, frasa kerja pasif berimbuhan “di...oleh”
digunakan. Penggunaan “oleh” ialah unsur pilihan (opsyenal) dalam ayat pasif.
Lihat
contoh di bawah:
Sharifah
membaca buku. (aktif)
subjek
|
kata
kerja aktif
|
objek
|
Sharifah
|
membaca
|
buku
|
Ayat pasif
objek
|
kata
kerja pasif
|
subjek
|
Buku
|
dibaca
oleh
|
Sharifah
Bahum
|
Buku
|
dibaca
|
Sharifah
Bahum
|
10. Apabila kata bantu digunakan dalam ayat
aktif, kata bantu tersebut mestilah dikekalkan pada tempat yang sesuai, iaitu
sebelum kata kerja. Ayat pasif yang menggugurkan kata bantu akan menyebabkan
maksud ayat berubah.
Contoh:
(a)
Sharifah
Bahum sudah membaca buku. (aktif)
Buku
dibaca sudah oleh Sharifah Bahum. (salah) (pasif)
Buku
sudah dibaca oleh Sharifah Bahum. (betul) (pasif)
Buku
sudah dibaca Sharifah Bahum. (betul) (pasif)
(b)
Murid-murid
perlu menulis karangan. (aktif)
Karangan
ditulis perlu oleh murid-murid. (salah) (pasif)
Karangan
perlu ditulis oleh murid-murid. (betul) (pasif)
Karangan
perlu ditulis murid-murid. (betul) (pasif)
11. Apabila keterangan predikat hadir dalam
ayat, kekalkan predikat tersebut pada strukturnya. Jika dikedepankan, anda juga
perlu mengedepankan keterangan predikat tersebut untuk mengekalkan strukturnya.
Contoh:
(a)
Sharifah
Bahum sedang membaca buku di pondok. (aktif)
Buku
di pondok sedang dibaca oleh Sharifah Bahum.(salah) (pasif)
Buku
sedang dibaca oleh Sharifah Bahum di pondok. (betul) (pasif)
Buku
sedang dibaca Sharifah Bahum di pondok. (betul) (pasif)
(b)
Pada
waktu lapang, murid-murid perlu menulis karangan. (aktif)
Karangan
pada waktu lapang perlu ditulis oleh murid-murid. (salah) (pasif)
Pada
waktu lapang, karangan perlu ditulis oleh murid-murid. (betul) (pasif)
Pada
waktu lapang, karangan perlu ditulis murid-murid. (betul) (pasif)
Karangan
perlu ditulis oleh murid-murid pada waktu lapang. (betul) (pasif)
Karangan
perlu ditulis murid-murid pada waktu lapang. (betul) (pasif)
12. Kekecualian diberikan kepada ayat pasif
semu yang berimbuhan ter-. Hal ini dikatakan demikian kerana fungsi makna
imbuhan ter- perlu dikekalkan. Oleh sebab itu, imbuhan ter- tidak mengalami
sebarang perubahan imbuhan apabila dipasifkan. Selain itu, kata sendi nama
“oleh” ialah unsur wajib ditulis sebelum subjek ditulis dalam ayat pasif semu.
Lihat
contoh di bawah:
Sharifah
Bahum terpijak
paku. (aktif)
subjek
|
kata
kerja aktif
|
objek
|
Sharifah
Bahum
|
terpijak
|
paku.
|
Ayat pasif
objek
|
kata
kerja pasif
|
subjek
|
Paku
|
terpijak
oleh
|
Sharifah
Bahum
|
Paku
terpijak Sharifah Bahum. (salah) (pasif)
Paku
terpijak oleh Sharifah Bahum. (betul) (pasif)
Paku
Sharifah Bahum terpijak. (salah) (pasif)
Diubah suai daripada bahan Dr. Tan CL.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan