Soalan 2 (b) –
Prosa Moden
Baca petikan drama
di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
NEK
SINAH: Nak Aiman, mari makan. Nek dah siapkan makanan kegemaran Aiman,
ayam masak asam pedas.
AIMAN:
Hei, jangan panggil saya nak Aiman!
Saya bukan anak Nek Sinah. Nek Sinah tu cuma orang gaji di rumah ini faham?
Saya belum lapar. Belum nak makan lagi. Saya nak tunggu Kak Dapnia balik, saya
nak makan dengan dia.
NEK
SINAH: Nenek sedar siapa diri nenek dalam rumah ini. Tadi Dapnia ada telefon beritahu
yang dia tak balik makan tengah hari, dia banyak tugasan di universiti. Malam
baru dia pulang. Datin juga sibuk, malam baru dia pulang.
AIMAN:
Kak Dapnia tak balik, mummy pun
sama? Semua orang dalam rumah ini sentiasa sibuk saja. Macamlah esok dah nak
kiamat.
NEK
SINAH: Tak baik cakap begitu. Mereka pastinya ada urusan yang penting. AIMAN:
Sudahlah, Nek Sinah boleh keluar dari
bilik saya ini. Nanti kalau saya lapar, saya pergi makan. Tak perlu sentiasa
nak aturkan perkara yang perlu saya buat. Saya bukannya budak kecil lagi.
(NEK
SINAH meninggalkan AIMAN dengan rasa kesal. Kesal dengan sikap AIMAN yang tidak
menghormatinya dan ahli keluarga tersebut hanya mementingkan wang ringgit.
Dipetik daripada drama ‘Berkhidmat Untuk Negara’ oleh Affiz
Zulkarnean Adam
dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka
(i)
Berdasarkan petikan drama, nyatakan dua alasan Aiman menolak pelawaan Nek Sinah
apabila diajak makan [2
markah]
Cadangan jawapan:-
Alasan Aiman menolak pelawaan Nek Sinah :-
1
|
Aiman belum lapar
|
2
|
belum hendak makan lagi
|
3
|
hendak menunggu Kak Dapnia balik
|
4
|
hendak makan bersama dengan Kak Dapnia
|
(ii) Kesibukan kerjaya salah satu faktor yang menyebabkan
anak-anak berasa diabaikan kerana ibu bapa kurang meluangkan masa bersama
anak-anak mereka.
Pada pendapat
anda, apakah tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh ibu Aiman bagi
memastikan
Aiman tidak berasa diabaikan oleh ahli keluarganya? [ 3 markah]
Cadangan
jawapan:-
Pada pendapat
saya, cara ibu aiman untuk memastikan Aiman tidak berasa diabaikan oleh
keluarga
dengan:-
1
|
sediakan makanan untuk Aiman/ makan bersama-sama
|
2
|
bertanyakan/ membincangkan/ menyelesaikan masalah
yang dihadapi oleh anaknya
|
3
|
sentiasa ambil berat pelajaran Aiman
|
4
|
beribadat/ bersolat bersama-sama
|
5
|
sentiasa menegur/ memberi nasihat
|
6
|
memujuk/ menenangkan perasaan/ berkongsi suka
duka/ kegembiraan
|
7
|
beri hadiah/ penghargaan/ pujian atas kejayaan
Aiman
|
8
|
menemani Aiman mengulang kaji/ belajar
|
9
|
membawa Aiman ke taman reakreasi/ bersukan/
berkelah
|
(iii) Huraikan satu nilai kemanusiaan dalam petikan drama
dan satu nilai kemanusiaan yang lain daripada keseluruhan drama yang tidak terdapat dalam
petikan.
Nilai kemanusian
yang terdapat di dalam petikan:-
Bil
|
Nilai Kemanusian(1 markah)
|
Huraian ( 1 markah)
|
1
|
Berfikiran terbuka/ Positif
|
Nek Simah tidak mahu Aiman bercakap tidak baik
tentang ibu dan kakaknya kerana mereka pasti ada
urusan penting
|
2
|
Nilai kasih sayang
|
Nek
Sinah memanggil Aiman dengan kata panggilan ”Nak” walaupun kata
panggilan itu tidak disenangi oleh Aiman. Manakala nilai kemanusiaan lain yang terkandung
dalam keseluruhan drama ialah nilai tanggungjawab.
|
Nilai
kemanusiaan yang terdapat pada keseluruhan teks:-
Bil
|
Nilai Kemanusian(1 markah)
|
Huraian ( 1 markah)
|
1
|
Amanah
|
Selepas memberi kata-kata perangsang kepada Aiman
tentang kebaikan PLKN, posmen meminta diri untuk meneruskan tugasnya
menghantar surat kerana dia menganggap surat-surat tersebut adalah amanah
yang diberikan
kepadanya.
|
2
|
Ketegasan/ tetap pendirian
|
Apabila Aiman meminta Khir Ghazali membantunya
mendapatkan pengecualian daripada PLKN, beliau bertegas untuk tidak
membantunya, Hal ini adalah kerana beliau tahu bahawa PLKN akan banyak
memanfaatkan Aiman.
|
3
|
Bertanggungjawab
|
Cikgu Dahari memberikan penerangan yang jelas
kepada murid-muridnya agar mereka faham akan objektif dan pelaksanaan PLKN
Walaupun sibuk bekerja, beliau mengambil berat
terhadap Aiman.Apabila Aiman berdepan dengan masalah, beliau mendengarnya
dengan sabar dan cuba menyelesaikannya.
|
4
|
Patriotisme/ Cinta akan negara
|
Apabila Aiman menyatakan bahawa dia tidak
tahu di mana terletaknya Jempol kerana selalu
bercuti di luar negara, kawannya Sundarani menegurnya bahawa kita perlu
menghargai tanah air kita.
|
5
|
Kasih sayang
|
Walaupun Nek Sinah bekerja sebagai pembantu rumah
di rumah Khir Ghazali namun dia amat menyayangi Aiman dan memasak makanan kegemarannya
serta melayannya seperti cucu sendiri.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan