Soalan 4: Novel
[15 markah]
Jawab soalan-soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel
yang telah anda kaji.
1. Huraikan pendapat anda tentang bahagian peleraian bagi
novel yang telah anda pelajari.
[7 markah]
2. Bandingkan seorang watak wanita dalam kedua-dua buah
novel yang telah anda pelajari.
[8 markah]
Makluman, di bawah dicadangkan jawapan untuk soalan-soalan di atas. Namun, pelajar boleh menjawab jika ada cadangan lain yang terbaik. Cadangan terbaik, rujuk skema jawapan Peperiksaan Percubaan Negeri Sarawak. Semoga dengan cadangan di bawah akan dapat membantu pelajar menjawab soalan berkenaan.
Novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat Dirin
Peleraian merupakan pengakhiran sesebuah
novel. Berdasarkan novel
yang telah saya kaji iaitu novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini
Matdarin, saya berpendapat bahawa wajar novel ini berakhir dengan peristiwa
menyelesaikan isu berkaitan kubah surau. Lili, Danel dan Geetha berjaya
menyelesaikan isu berkaitan kubah surau yang dihadapi oleh penduduk di Kampung
Sentosa. Isu kubah surau ini telah menyebabkan generasi muda dan generasi tua
tidak sependapat. Apabila masalah ini dapat diselesaikan dengan baik, suasana
di kampung itu harmoni semula.
Selain itu,
peristiwa saling berhubungan antara satu sama lain di akhir novel. Sebagai contohnya hubungan
Lili, Geetha dan Danel semakin erat , mereka saling berhubungan antara satu
sama lain melalui e-mel dan telefon.
Seterusnya,
peristiwa menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga. Sebagai contohnya, Kak
Mimah telah berjaya menyelesaikan masalah keluarga Che Jah yang selalu didera
oleh suaminya, Seman. Haziq dan Rafik telah pergi ke sekolah semula dan akan
menduduki peperiksaan PMR.
Novel Songket Berbenang Emas Karya Khairuddin Ayip
Peleraian merupakan pengakhiran sesebuah
novel. Berdasarkan Novel Songket Berbenang Emas karya Khairudin Ayip yang saya
kaji di tingkatan lima, peleraian cerita novel berkenaan mengambarkan kejayaan
watak utama dan masyarakat menyelesaikan isu yang dihadapi . Saya berpendapat sedemikian kerana Dahlia telah
berjaya isu dalam segala aspek, seperti peristiwa
Dahlia berjaya melanjutkan pelajaran. Sebagai contohnya, Dahlia telah berjaya
melanjutkan pelajarannya ke Jepun. Hal ini berlaku demikian kerana, Dahlia
telah berusaha dengan gigih untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan STPM walaupun dia telah menghadapi pelbagai cubaan dan dugaan dalam
hidupnya.Sebagai contohnya, dia terpaksa keluar dari asrama atas sebab emaknya
dimasukkan ke hospital kerana menghidapi kemurungan/ tekanan perasaan sehingga
kurang siuman termasuklah peristiwa bapa dipatuk ular.
Selain itu, peristiwa
kajayaan pertunangan Dahlia. Sebagai contohnya,watak utamanya Dahlia bertunang
dengan pemuda yang disukainya iaitu Azhari. Azhari merupakan seorang pemuda
yang menyukai Dahlia dan selalu mengambil berat akan hal Dahlia dan
keluarganya.Oleh hal yang demikian,memang wajar Dahlia mengikat tali
pertunangan dengan Azhari kerana hubungan mereka direstui oleh kedua-dua belah
pihak. Keluarga Azhari juga dapat menerima Dahlia yang hidup dalam kemiskinan.
Seterusnya,
peristiwa pemberian hadiah kepada seseorang yang istimewa. Sebagai contohnya
,hadiah kain songket berbenang emas yang diberikan oleh Azhari memang sesuai
kerana songket ini melambangkan jati diri orang Melayu. Dahlia mesti berpegang
kepada janjinya dengan Azhari. Dahlia perlu menjaga tatasusila walau di
mana-mana pun dia berada kerana dia telah menjadi tunangan orang dan akan
berkahwin dengan Azhari selepas tamat pengajiannya nanti.
Cadangan jawapan soalan 4 (b)
Berdasarkan dua novel yang saya kaji
iaitu Novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat Dirin di tingkatan 4 dan
Novel Songket Berbenang Emas karya Khairudin Ayip di tingkatan 5 saya memilih
dua watak utama untuk kedua-dua novel iaitu Lili dan Dahlia sebagai
perbandingan. Pertama, watak Lili iaitu watak utama dalam Novel Jendela
Menghadap Jalan di tingkatan 4. Lili digambarkan seorang yang penyayang,
contohnya Lili memenuhi permintaan ibunya agar dia menghabiskan cuti
persekolahan di kampung walaupun dia telah merancang untuk bercuti bersama
kawan-kawannya semasa cuti persekolahan berkenaan. Namun begitu, oleh sebab
sayangnya dia kepada emaknya, dia pulang ke kampung untuk memenuhi kehendak
emanya.
Selain itu, Lili seorang yang gigih
menuntut ilmu, contohnya Lili gigih mempelajari bahasa Cina sehingga berjaya
menguasai bahasa tersebut dengan baik. Bahkan juga, Lili seorang watak yang
bijaksana menyelesaikan masalah, contohnya Lili berjaya menangani kes keganasan
rumah tangga yang dilakukan oleh Seman terhadap isterinya, Che Jah dan
anak-anaknya dengan cara menceritakan masalah tersebut kepada Kak Mimah,
Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat.
Sementara itu, watak utama novel Songket
Berbenang Emas yang saya kaji di tingkatan 5, iaitu Dahlia pula merupakan
seorang wanita yang bertanggungjawab terhadap ahli keluarganya, contohnya
Dahlia bertanggungjawab menjaga makan minum abah dan adik-adiknya setelah
emaknya dirawat di hospital. Bahkan juga, Dahlia seorang wanita yang tabah
mengharungi dugaan kehidupannya, contoh Dahlia tabah mengharungi kehidupannya
walaupun ibunya menghidap penyakit kemurungan manakala bapanya pula di patuk
ular. Selain itu, Dahlia juga menghormati tetamu yang bertandang ke rumahnya.
Contohnya, Dahlia melayan neneknya dengan baik dengan menghidangkan air
walaupun nenenya tidak suka akan keluarganya. Hahlia juga menghidangkan air
bujang ketika Kavita dan Najib datang ke rumahnya.
Kesimpulanya, kedua-dua watak yang
saya bandingkan iaitu Lili dan Dahlia mempunyai keistemawaan masing-masing yang dapat memantapkan novel-novel berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan