Isnin, 17 September 2018

CADANGAN JAWAPAN SOALAN 3 (D) PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI JOHOR (TANGKAK)


(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)                  Ibu merebus sup ayam selama berapa-berapa jam sebelum dihidangkan di atas meja.

Bil
Kesalahan istilah/kata
Kesalahan  Tatabahasa
i
merebus-mereneh
Beberapa-beberapa – beberapa jam.
Ulasan guru: merebus dilakukan dalam jangka masa tidak lama tetapi untuk merebus dalam jangka waktu yang lama dipanggil mereneh.
Ulasan guru: Pengunaan kata ganda beberapa-beberapa tidak tepat dan sepatutnya ditulis beberapa iaitu kata ganda separa. Sila rujuk bab kata ganda dalam tulisan saya di dalam blog ini.

(ii) Demonstrasi jalanan itu benar-benar telah mengotorkan imej negara ke kalangan pelancong asing yang mengunjungi kawasan tersebut.

Bil
Kesalahan istilah/kata
Kesalahan  Tatabahasa
ii
mengotorkan- mencemarkan/ memburukkan/ menjatuhkan/ menjejaskakan/ mencalarkan
ke - dalam
Ulasan guru: Penggunaan kata mengotorkan tidak tepat untuk imej negara tetapi sesuai dengan perkataan di atas kerana mengotorkan hanya pada tempat seperti kawasan rumah, sekolah, dan sebagainya.
Ulasan guru: Penggunaan kata sendi nama tidak sesuai kerana lebih menunjukkan “tempat” dan sesuai digunakan kata sendi nama dalam.untuk menunjukkan tempat yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Rujuk nota saya dalam blog ini berkaitan dengan kata sendi nama.



(iii)Semua pelajar digalakkan menonton sesawang laman Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mendapatkan maklumat tentang kemasukan ke universiti.

Bil
Kesalahan istilah/kata
Kesalahan  Tatabahasa
iii
Menonton – melayari/ mengakses
sesawang laman – laman sesawang
Ulasan guru: Menonton lebih sesuai untuk televisyen tetapi untuk laman sesawang atau laman web lebih sesuai melayari atau mengakses.
Ulasan guru: Penulisas sesawang laman bertentangan dengan Hukum DM, iaitu perkara yang hendak diceritakan ialah laman bukan sesawang. Oleh sebab penulisan sepatutnya dimulai dengan laman baru diikuti dengan sesawang

[6 markah]

Tiada ulasan: