Selasa, 11 September 2018

SOALAN 3 (C) MENGESAN KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN (SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI PULAU PINANG 2018


(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Adik dapat habiskan dua puluh cucok sate yang dibeli oleh ayah dalam satu
    masa.

Bil
Kesalahan ejaan
Kesalahan imbuhan
i
Cucok - cucuk
Habis - menghabiskan

Ulasan guru:-
Pola ayat dalam bahasa Melayu Baru ( u -u)
Ulasan guru:-
Habis merupakan kata akar dan sepatutnya ditulis sebagai kata aktif menjadi-menghabiskan


(ii) Ayah menghadiahi senaskah novel kepada kakak sebagai tanda sayang
     terhadap anak sulungnya.

Bil
Kesalahan ejaan
Kesalahan imbuhan
ii
senaskah-senaskhah
menghadiahi

Ulasan guru:-
Ejaan baru-merujuk Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
Ulasan guru:-
Imbuhan menghadiahi perlu menerima kata nama sedangkan menghadiahkan menerima objek iaitu benda.

(iii) Khairul engkar nasihat ayahnya supaya dia tidak menggaul dengan budak-
      budak nakal.

Bil
Kesalahan ejaan
Kesalahan imbuhan
iii
engkar- ingkar
menggaul

Ulasan guru:-
Pola ayat dalam bahasa Melayu
( i -a)
Ulasan guru:-
menggaul bermaksud mencampurkan sesuatu agar sebati sedangkan jawapan sepatutnya bergaul iaitu bercampur dalam kalangan masyarakat.


[6 markah]

1 ulasan:

ctzue berkata...

salam cikgu, mohon keizinan untuk salin nota ini ya. terima kasih