|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Contoh Soalan Peperiksaan
1. Dalam setiap
ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal
pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis semula ayat
berkenaan tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
i. Kesediaan kertas kerja paling penting sekali
dalam apa-apa jua
projek agar perlaksanaannya dapat berjalan lancar.
ii. Bahasa Melayu dapat menjadikan teras penumbuhan
kebudayaan
nasional di dalam negara yang berbilang kaum.
Jawapan:
i. Penyediaan kertas
kerja paling penting dalam apa-apa jua projek
agar pelaksanaannya dapat
berjalan lancar.
ii. Bahasa Melayu dapat dijadikan teras pertumbuhan kebudayaan
nasional di negara yang berbilang kaum.
2. Dalam setiap
ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal
pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis semula ayat
berkenaan tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
i. Kanak-kanak yang berusia sepuluh setengah tahun
itu memperolehi
hadiah khas kerana kemampuannya menguasai bidang Teknologi
Maklumat dan Komunikasi ( ICT ).
ii. Perabut yang dibeli oleh saya itu diimport
daripada luar negeri.
Jawapan:
i. Kanak-kanak yang
berusia sepuluh tahun setengah itu memperoleh
anugerah
khas kerana kemampuannya menguasai bidang Teknologi
Komunikasi dan Maklumat ( ICT ).
ii. Perabot yang saya beli itu
diimport dari luar negeri.
3. Dalam setiap
ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal
pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis semula ayat
berkenaan tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
i. Kain sutera-kain sutera yang terjual
di butik itu sangat cantik sekali.
ii. Baju kurung yang emak jahit itu saya
akan pakai di pagi hari raya.
Jawapan:
i. Kain-kain
sutera yang dijual di butik itu sangat
cantik.
ii. Baju kurung yang dijahit oleh
emak jahit itu akan saya pakai pada
pagi
hari raya.
Latihan 1
Dalam setiap ayat
di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur
dan maksud asalnya.
1. Ali ditugas
sebagai Pengarang di akhbar Utusan Melayu semenjak lapan
tahun yang lalu.
2. Hana
berkecimpung di dalam bidang peternakan itik, rusa dan Angsa sejak
kecil lagi.
Latihan 2
Dalam setiap ayat di
bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur
dan maksud asalnya.
1. Asean dianggota
oleh Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Berunai,
Vietnam, Singapura, Laos, myanmar, dan kemboja.
2. Menurut
percayaan masyarakat Melayu, sang kancil adalah binatang yang
pintar.
Latihan 3
Dalam setiap ayat
di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur
dan maksud asalnya.
1. Tabeat merokok
bagi wanita hamil akan bahayakan kesihatan dan
keselamatan bayi yang di kandung.
2. "Keahlian
aku di dalam persatuan ini sudah berlangsung selama enam
tahun," berkata pensyarah tersebut.
Latihan 4
Dalam setiap ayat di bawah terdapat
beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan
dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.
1. "Sekolah
saya akan adakan satu persembahan anekaragam," kata Alias
kepada ibunya.
2. Kami hendaklah
senantiasa berwas pada terhadap anasir negatif kalangan
ahli persatuan ini.
Latihan 5
Dalam setiap ayat di bawah terdapat
beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan
dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.
1. Kita bagai
pihak kerajaan akan terus berusaha membangun ekonomi negara.
2. Gejala cetak
rompak boleh lumpuhkan industri seni utamanya industri muzik
dan perfileman tanahair.
Latihan 6
Dalam setiap ayat
di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur
dan maksud asalnya.
1. "Dimanakah
awak letakkan gergaji yang telah gunakan tadi?" tanya Ramzi
kepada anaknya.
2. "Engkaulah
Wakil Jualan yang perlu saya tunggu-tunggu?" kata Linggam
kepada lelaki itu.
Latihan 7
Dalam setiap ayat di bawah terdapat
beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan
dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.
1. Pastikan awak
mencatit nama dan angka giliran pada kertas jawap tersebut.
2. Pengurus
Pemasaran akan sentiasa membantu engkau di dalam
melaksanakan tugas-tugas tersebut.
Contoh Jawapan
Latihan 1
1. Ali ditugaskan/bertugas sebagai pengarang di Akhbar Utusan
Melayu
semenjak lapan tahun yang lalu.
2. Hana
berkecimpung dalam bidang penternakan itik,
rusa dan angsa
sejak kecil lagi.
Latihan 2
1. Asean dianggotai oleh
Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Berunai,
Vietnam, Singapura, Laos, Myanmar, dan Kemboja.
2. Menurut kepercayaan masyarakat
Melayu, Sang Kancil adalah binatang
yang pintar.
Latihan 3
1. Tabiat merokok
bagi wanita hamil akan membahayakan kesihatan dan
keselamatan bayi yang dikandung.
2.
"Keahlian saya dalam persatuan ini sudah
berlangsung selama enam
tahun," kata pensyarah tersebut.
Latihan 4
1.
"Sekolah kami akan mengadakan satu
persembahan aneka ragam," kata
Alias kepada ibunya.
2. Kita hendaklah
senantiasa berwaspada terhadap anasir negatif di
kalangan ahli persatuan ini.
Latihan 5
1. Kami sebagai pihak
kerajaan akan terus berusaha membangunkan
ekonomi negara.
2. Gejala cetak
rompak boleh melumpuhkan industri seni terutamanya
industri muzik dan perfileman tanah air.
Latihan 6
1. "Di
manakah kamu letakkan gergaji yang telah digunakan tadi?"
tanya
Ramzi kepada anaknya.
2. "Engkaukah Wakil
Jualan yang perlu kami tunggu-tunggu?" tanya Linggam
kepada lelaki itu.
Latihan 7
1. Pastikan kamu mencatat nama dan angka
giliran pada kertas jawapan
tersebut.
2. Pengurus pemasaran akan
sentiasa membantu kamu dalam
melaksanakan tugas-tugas tersebut.
KESALAHAN LAZIM BM SPM
SALAH
1.
daripada
luar negara
2.
demi
untuk masa hadapan
3.
di
musim perayaan
4.
kerana
sayangkan anaknya
5.
di
dalam bidang ekonomi
6.
mengenepikan
7.
mempastikan
8.
mengkagumkan
9.
memperindahkan
tempat itu
10.
beliau
adalah pemimpin
11.
paling
indah sekali
12.
lain-lain
usaha yang dilakukan
13.
banyak
rumah-rumah musnah
14.
bilik
urusetia ditutup tengahari
15.
menyambut
ulangtahun ke 48
16.
kasih-sayang
yang di curahkan
17.
kumpulan
anti-pengganas
18.
wakil
ibu-bapa yang datang
19.
mereka
memasuki ke negara ini
20.
yang
dibincangkan oleh kami
PEMBETULAN
1.
dari luar negara
2.
untuk masa hadapan
3.
pada musim perayaan
4.
kerana sayang
akan anaknya
5.
dalam bidang ekonomi
6.
mengetepikan
7.
memastikan
8.
mengagumkan
9.
memperindah tempat itu
10.
beliau ialah pemimpin
11.
paling
indah / indah sekali
12.
usaha-usaha
lain yang dilakukan
13.
banyak
rumah musnah
14.
bilik urus
setia ditutup tengah hari
15.
menyambut ulang
tahun ke-48
16.
kasih
sayang yang dicurahkan
17.
kumpulan antipengganas
18.
wakil ibu
bapa
19.
mereka memasuki
negara ini
20.
yang kami
bincangkan
KATA KERJA TRANSITIF
Kata Kerja Transitif
a. Bagi kata kerja transitif, iaitu makan dan
minum yang menerima unsur
objek
berupa bentuk singkat -Nya,
awalan meN- perlulah
digunakan;
“Kami sekeluarga suka makannya.”
beritahuku kepada Pak Man
“Kami sekeluarga
suka memakannya.” beritahuku kepada Pak Man
b. Imbuhan seperti meN-, mempeR-, meN-…-I
tidak boleh digugurkan dalam
penggunaan
ayat aktif;
Pelajar-pelajar
yang langgar disiplin sekolah itu didenda oleh pengetua
Pelajar-pelajar
yang melanggar disiplin sekolah itu didenda oleh pengetua
c. Kata kerja transitif mesti diikuti oleh
frasa nama atau kata nama sebagai objek. Oleh itu, kata selain daripada
kata nama tidak boleh hadir
selepas kata kerja tersebut;
Pak Sudin berhasrat
untuk membesarkan lagi rumah pusaka itu
Pak Sudin berhasrat
untuk membesarkan rumah pusaka itu
d. Hanya kata hubung bahawa yang boleh hadir
selepas kata kerja transitif dalam binaan ayat majmuk aktif;
Dia mengatakan dia tidak
dapat menghadiri mesyuarat di Pulau Langkawi
Dia mengatakan bahawa dia
tidak dapat menghadiri mesyuarat di Pulau Langkawi
e. Hanya kata kerja transitif mencuba dan
membantu boleh hadir sebelum kata kerja transitif yang lain dalam
binaan ayat aktif;
Manisah ingin sekali cuba memakai
baju baru yang ditempahnya minggu lalu
Manisah ingin sekali mencuba memakai
baju baru yang ditempahnya minggu lalu
f. Perbezaan antara apitan meN-…-kan
dengan meN-…-I merujuk kepada satu objek.
- Apabila objek yang
mengalami tindak balas hasil sesuatu perbuatan maka apitan meN-…-kan
digunakan.
- Apabila subjek yang
bertindak balas ke atas sesuatu apitan meN-…-kan digunakan.
Dalam acara itu Ahmad
telah mendahulukan peserta-peserta lain
Dalam acara itu Ahmad
telah mendahului peserta-peserta lain
g. Kata kerja berapitan meN-…-kan menunjukkan
maksud bahawa objek mengalami tindak balas akibat perbuatan
iaitu mengalami
perpindahan;
- Kata kerja berapitan
meN-…-kan hanya boleh menerima satu objek sahaja selepasnya.
Mak Temah membungkusi Roslinda
nasi lemak
Mak Temah membungkuskan nasi
lemak untuk Roslinda
h. Kata kerja apitan meN-…I menunjukkan bahawa
objek yang dikenai perbuatan tidak mengalami tindakbalas,
iaitu berada pada satu
tempat sahaja (subjek);
- Kata kerja berapitan
meN-…I boleh menerima dua objek berturutan.
Mak Temah membungkuskan nasi
lemak untuk Roslinda
Mak Temah membungkusi Roslinda
nasi lemak
i. Perbezaan antara apitan meN-…-kan
dengan meN-…-I merujuk kepada dua objek;
- Apitan meN-…-I menerima
objek tepat yang bernyawa selepasnya.
- Apitan meN-…-kan
akan menerima objek tepat yang tidak bernyawa selepasnya.
Tuan hakim menjatuhi hukuman
mandatori keatas pengedar dadah itu
Tuan hakim menjatuhkan hukuman
mandatori ke atas pengedar dadah itu
j. Perbezaan antara meN- dengan
meN-…-kan merujuk kepada dua objek;
- Perbuatan yang dilakukan
menyatakan fikiran atau perasaan dengan tulisan, kata kerja transitif
berawalan meN-
hanya menerima satu objek selepasnya.
- Perbuatan menulis
untuk seseorang, kata kerja transitif berapitan meN-…-kan boleh menerima dua
objek
berturutan, iaitu objek tepat diikuti oleh objek sipi.
Suhaili melukiskan pemandangan
pada waktu senja di tepi pantai
Suhaili melukis pemandangan
pada waktu senja di tepi pantai
Agen, Ejen & Agenda
1. Agen = bahan atau organisma yang dapat mempengaruhi atau memberi kesan langsung kepada sesuatu tindak balas. Con: agen pencemaran, agen pengoksidaan 2. Ejen = orang dan lain-lain yang menjalankan Con: ejen eksport, ejen perkapalan 3. Agenda = program sesuatu mesyuarat yang formal (* Perlu diingat tiap-tiap satu mesyuarat hendaklah mempunyai satu atau sesuatu agenda sahaja. * Sesuatu agenda mempunyai beberapa perkara untuk dibincangkan dalam mesyuarat itu.) Con: Agenda Mesyuarat Jawatankuasa Bilangan 3 Persatuan Belia Pulau Sebang adalah seperti berikut: 1. Ucapan alu-aluan Pengerusi 2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Jawatankuasa ke-2 yang lalu 3. Perkara-perkara berbangkit 4. Kegiatan Sukan 4.1 Sukaneka Keluarga 4.2 Pertandingan bola sepak antara mukin 5. Hal-hal lain 5.1 … 5.2 … 6. Ucapan penangguhan _______________________________________________________________ Antara, “di antara”, dengan, “antara” “Antara” digunakan = menunjukkan perbandingan (Con: Antara Johor dan Singapura,banyak perbezaannya.) = biasanya diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang. ( con: Pertandingan debat antara maktab perguruan Malaysia. ‘bukannya’ Pertandingan debat di antara Maktab A dengan Maktab B. (maktab A dan B adalah kata nama am yang diulang) = kata ganda yang dapat mengalami penggandaan separa seperti adik-beradik. (con: mereka berbincang antara adik-beradik.) “ di antara” digunakan = menunjukkan kedudukan fizikal atau arah. Con: Tambak Johor terletak di antara Johor bahru dengan Singapura. Lif itu terhenti di tengah-tengah di antara tingkat dua dengan tingkt tiga. Nota: 1. “di antara” & “antara” hanya diikuti dengan kta sendi nama dengan atau hingga bukan kata hubung dan. 2. Kata hubung dan hanya dapat digunakan apabila kata nama “antara” diikuti oleh lebih daripada dua frasa nama.
1. ulam-ulam/ulaman (perempuan simpanan /
gundik)
2. ulam-ulaman (sayur) 3. para-para (rak) 4. gerombolan (sesuai digunakan untuk penjahat/penjenayah (kumpulan yang jahat) 5. jarang-jarang (kadang-kadang) 6. sahur (makan sebelum subuh) 7. sarapan (makan pada waktu pagi) 8. kudapan (minum pagi (10 pagi) 9. merarau (makan tengah hari) 10. mengombe (makan petang) 11. menggabi (makan malam) 12. menuruk (makan tengah malam (supper) invesmen (labur/simpan) hadirat (tempat duduk tetamu di Istana) patik (anak anjing) kaos (tapak kaki) ahli (pakar/hebat) kakitangan (simpulan bahasa)
Budak sekolah itu menoleh ke kiri dan kanan
(salah)
Budak itu menoleh ke kiri dan ke kanan (betul) membincangkan akan hal itu (salah) membincangkan tentang hal itu. (betul) Berbincang akan hal itu. (salah) Berbincang tentang hal itu. (betul) dengan/dalam lain perkataan. (salah) dengan perkataan lain (betul) hadirin hadirat sekalin (salah) hadirin sekalian (betul) balik kampung (salah) balik ke kampung (betul) - kata kerja transitif mesti ada kata hubung (ke, pada dll) mertua (salah) mentua (betul) jangan pandang belakang (salah) jangan pandang ke belakang (betul) Saya melaporkan dari Bukit Jalil. (salah) Saya melaporkan berita dari Bukit Jalil. (betul) mulai dari sekarang. (salah) mulai sekarang (betul) Bermula dari sekarang (betul) Ahli bomba (salah) Anggota bomba (betul) - 'Ahli' digunakan untuk yang pakar/hebat sahaja. baharu - bermaksud 'new'(kata adjektif)con: Terbaharu di pasaran baru - bermaksut 'just'(kata tugas)con: Baru makan
salah satu daripada (salah)
salah satu (betul) selain dari/daripada (salah) selain/selain itu (betul) SUKMA ke-10 / SUKMA ke-X (salah) SUKMA X (betul) sekali-sekala (salah) sekalipun (betul) setengah murid (salah) sesetengah murid (betul) ada pekerja-pekerja (salah) ada pekerja (betul) - 'ada' membawa maksud 'terkumpul' / 'banyak'. (menunjukkan jamak, tak boleh digandakan) daun-daun kering berguguran (salah) daun kering berguguran (betul) - apabila bertemu dengan imbuhan 'ber'...'an'( membawa mksud jamak/banyak)tidak boleh menggandakan perkataan. bintang-bintang berkerdipan (salah) bintang berkerdipan (betul) Ketua Menteri-ketua Menteri (salah) Ketua-ketua menteri (betul) - kata ganda mesti digandakan pada permulaan kata sahaja. tengahari(salah) tengah hari (betul) Daku terkenang akan dia (salah) Daku terkenangkan akan dia (betul) - 'Daku' mesti berakhir dengaan huruf 'n'. (terkenang (tiada n di belakang perkataan) terkenangkan (ada 'n' di belakang perkataan) sarapan pagi (salah) sarapan (betul)- 'srapan' memang digunakan hanya untuk makn pada waktu pagi. tak perlu tambah perkataan 'pagi.' layan diri (salah) swalayan (betul) cenderahati (salah) cenderamata (betul) pendalaman (salah)- maksud = usaha mendalamkan pedalaman (betul) perasmian penutup majlis (salah) perasmian penutupan majlis (betul) Agenda minit mesyuarat 1. Perutusan Pengerusi 2. Hal-hal lain (salah) - 'agenda' bermaksud keseluruhan mesyuarat = 1 sahaja Agenda minit mesyuarat operasi Perkara-perkara mesyuarat: 1. Perutusan Pengerusi 2. Hal-hal lain (betul)
Awalan “di-“
Kata dasar yang digabungkan dengan awalan di- membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjeknya pelaku orang ketiga. Ch.: Ayat Contoh: (a) Ikan sepat digulai oleh beliau. (beliau = pelaku orang ketiga) (b) Ikan sepat digulai oleh ibu (ibu = pelaku orang ke-3) (a) Surat khabar dibaca olehnya (atau oleh dia) (-nya dan dia =pelaku org ke-3) (b) Surat khabar dibaca oleh ayah. (ayah = pelaku org ke-3) (a) Ular itu dipukul oleh mereka. (mereka = pelaku orang ke-3) (b) Ular itu dipukul oleh Raju (Raju = pelaku org ke-3) Dalam ayat-ayat diatas, akhiran –kan tidak perlu Keempat-empat ayat di atas berasal daripada ayat aktif transitif yang berikut: 1. (c) Beliau menggulai ikan sepat. (menggulai, membaca dan memukul ialah kata kerja transitif. Dikatakan ayat aktif kerana pelaku di hadapan ayat.) 2. (c) Ayah membaca surat khabar. 3. (c) Raju memukul ular it. Semua kata kerja aktif (yang berawalan me-) di atas tidak perlu akan akhiran –kan; sama seperti kata kerja pasif berawalan di- dalam ayat 1 (a) (b) – 3 (a) (b) Apitan “di-...-kan” dan “di-...-i” Kebanyakan perkataan yang menerima awalan di- juga menerima akhiran –kan dan –i . Ch.: (a) Ali itu menafikan kenyataan orang itu. (b) Kenyataan orang itu dinafikan oleh Ali. (a) Siva membaiki radio. (b) Radio dibaiki oleh Siva. Makna 'Diterajui:' Ada 4 erti teraju: neraca (seperti neraca lambang Barisan Nasional) tali untuk ikat pada rangka wau (layang-layang) tali untuk meregang khemah.\ pucuk pimpinan atau kuasa tertinggi. Ayat contoh: (a) DS Najib menerajui Barisan Nasional. (ayat aktif) (b) Barisan Nasional diterajui oelh DS Najib. (ayat pasif) **Bezanya: menerajui ialah kata kerja aktif transitif (ayat a); dan diterajui ialah kata kerja pasif transitif (ayat b).
1) Ayat gabungan
- Ayat gabungan terbentuk daripada dua atau beberapa ayat tunggal yang dihubungkan dengan kata hubung seperti dan, serta, tetapi, lalu, sambil, kemudian, dll Contoh: Suraya dan Yati ke sekolah Dia bangun kemudian berjalan - Kesalahan dalam pembentukan ayat gabungn berlaku apabil ayat-ayat tunggal yang membentuk ayat gabungan tidak digabungkan dengan betul. Contoh: Mereka akan melancong ke Pualu Tioman atau Pulau Langkawi? (salah) Mereka akan melancong ke Pualu Tioman atau ke Pulau Langkawi? (betul) Baik yang kaya atau miskin datang ke rumahnya. (salah) Baik yang kaya atau yang miskin datang ke rumahnya. (betul) 2) Ayat tergantung - Ayat mesti terdiri daripada subjek dan predikat - Dalam susunan ayat biasa, letaak subjek di depn dan letak predikat di belakang. Contoh: Budak itu / menangis Subjek / predikat - Dalam susunan ayat songsang, letak subjek di belakang dan predikat di depan. Contoh: Siapakah / gadis itu? Predikat / subjek 3) Bentuk ujaran yang tidak mempunyai subjek atau predikat disebut sebagai “ayat tergantung” 4) Ayat tergantung terjadi apabila ujaran itu bermula dengan kata sendi, kata hubung, kata kerja dan kerana penggunaan kata yang salah. Contoh: Di seluruh negara mengalami banjir (salah) Seluruh negara mengalami banjir (betul) Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini (salah) Kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini (betul) Yang manakah betul? (salah) Yang manakah yang betul? (betul) Panduan Untuk Ejaan Yang Gramatis
KESILAPAN EJAAN (KATA)
|
Sebagai seorang guru bahasa Melayu yang telah mengajar selama 25 tahun, saya mengakui bahawa
kemahiran tatabahasa Melayu amat luas dan sebagai pelajar, anda perlu menguasainya kerana
kemahiran tatabahasa akan dapat membantu anda menjawab kertas Bahasa Melayu 1
(1103/1) dan khususnya persediaan menjawab soalan kertas Bahasa Melayu 2 (1103/2).
Diharapkan kepelbagaian nota tatabahasa yang saya selitkan di dalam blog ini akan dapat
membantu anda bersedia menghadapi Kertas Bahasa Melayu SPM 2018. Insya-Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan