Khamis, 13 September 2018

CADANGAN JAWAPAN SOALAN 2(D)-PEPERIKSAAN NEGERI SARAWAK (MIRI)


Soalan 2(c) – Syair
Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri

SYAIR BIDASARI

Dengarkan tuan suatu riwayat,
 Raja di desa Negeri Kembayat,
Dikarang fakir dijadikan hikayat,
Supaya menjadi tamsil ibarat.

Ada raja suatu negeri,
Sultan halifah akas bestari,
Asalnya baginda raja yang bahari,
Melimpah ngadil dagang senteri.

Hairan orang empunya temasya,
Baginda itulah raja perkasa,
 Sangat tiada merasai susah,
Entah pada esok dan lusa.

Seri sultan raja bestari,
Setelah ia sudah beristeri,
Beberapa bulan beberapa hari,
Hamillah puteri permaisuri.

Beberapa lamanya dalam kerajaan,
Baginda duduk bersuka-sukaan,
Datanglah beroleh kedukaan,
Baginda meninggalkan takhta kerajaan.

Datanglah kepada suatu masa,
Melayanglah unggas dari angkasa,
Unggas gurda sangat perkasa,
Menjadi negeri rosak binasa.

Datanglah menyambar suaranya bahana Gemparlah sekalian mulia dan hina,
Seisi negeri gundah-gulana,
Membawa diri ke mana-mana
.
Baginda pun sedang dihadap orang,
Mendengar gempar seperti perang,
Bertitah baginda raja yang garang,
"Gempar ini apakah kurang."


1. Nyatakan maksud Baginda meninggalkan takhta kerajaan.                                               [2 markah]
     Cadangan jawapan:-
     Baginda meninggalkan takhta kerajaan bermaksud sultan/baginda berundur dari istana.

2. Kemusnahan negeri akibat serangan geroda menyebabkan keadaan negeri menjadi kelam- kabut.
     Pada pendapat anda, mengapakah boleh berlaku keadaan kelam-kabut tersebut?         [3 markah]
     Cadangan jawapan:-
     Pada pendapat saya keadaan kelam-kabut berlaku mengikut syair berkenaan kerana suara burung
     gurda berkenaan sangat kuat dan luar biasa, selain itu itu burung gurda berkenaan dikatakan
     sangat perkasa atau sangat  kuat  menyebabkan rakyat gempar serta menjadi ketakutan
     sehinggakan mereka terpaksa melarikan untuk mengelakkan serangan burung gurda berkenaan.

3. Huraikan dua pengajaran daripada syair di atas.                                                              [4 markah]
    Cadangan jawapan:-
    Kita hendaklah bersabar dalam mengharungi ranjau kehidupan agar hidup lebih bermakna.
    Kita hendaklah berkorban demi orang yang kita kasihi agar mereka beroleh kebahagiaan.
    Kita hendaklah prihatin dengan kesusahan yang tanggung oleh orang lain.
    Kita hendaklah bersyukur kepada Tuhan kerana negara kita sentiasa aman dan makmur.
    Kita mestilah berani menghadapi cabaran masa depan.
    Kita mestilah bijak mentadbir negara untuk kebaikan bersama.

Tiada ulasan: