Ahad, 23 September 2018

SOALAN DAN JAWAPAN SOALAN 3(C) PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI SARAWAK (KOTA BELUD)


(c)Dalam petikan di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Perkembangan pesat dalam bidang telekomunikasi dan maklumat memudahkan capaian kepada apliekasi Internet. Golongan remaja berangsang melayar Internet kerana tarikannya lebih menyeronokkan berbanding gajet-gajet yang lain. Kebanyakan ibu bapa bimbang akan fenomina ini kerana budaya hedonisma di Internet akan melalai kepentingan pelajaran anak-anak.

Bil
Kesalahan ejaan
Kesalahan imbuhan
i
apliekasi-aplikasi
berangsang - terangsang
Ulasan guru :  Kesalahan ejaan apliekasi sepatutnya aplikasi
Ulasan guru: Imbuhan yang digunakan tidak tepat sepatutnya terangsang membawa maksud telah menjadi terangsang sedangkan dalam bahasa Melayu tiada imbuhan “be” untuk digabungkan dengan kata akar terangsang.

Bil
Kesalahan ejaan
Kesalahan imbuhan
ii
Fenomina - fenomena
melayar - melayari
Ulasan guru :  Kesalahan ejaan fenomina sepatutnya fenomena
Ulasan guru:  Melayar tiada dalam istilah Bahasa Melayu tetapi melayari.

Bil
Kesalahan ejaan
Kesalahan imbuhan
iii
hedonisma - hedonisme
melalai-melalaikan
Ulasan guru :  Penulisan akhiran isme bermaksud nasionalisme iaitu sayang akan..... dan melibatkan pinjaman akhiran bahasa Yunani-Latin. Oleh sebab itu, hedonisma sepatutnya ditulis hedonisme yang membawa maksud mementingkan keseronokan dalam kehidupan seperti remaja sekarang yang suka berfoya-foya dan menghabiskan masa senggang mereka dengan keseronokan yang tidak bermanfaat.
Ulasan guru: Dalam bahasa Melayu kata kerja MeN….. perlu menerima imbuhan akhiran “kan” atau “i”untuk membentuk kata kerja transitif diikuti dengan objek. Oleh sebab melayar salah dan perlu ditulis melayari.


Tiada ulasan: