Ahad, 23 September 2018

SOALAN DAN CADANGAN JAWAPAN SOALAN 4(A) DAN 4(B) PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI SARAWAK (KOTA BELUD)


Soalan 4: Novel
[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(i) Leftenan Adan Wira Bangsa karya Abdul Latif Talib
(ii) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
(iii) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhani Matdarin
(iv) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(v) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
(vi) Tirani karya Beb Sabariah
(vii) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(viii) Silir Daksina karya Nizar Parman

4(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua latar masyarakat bagi yang terdapat  
        dalam novel.

[7 markah]

SAYA MEMOHON MAAF JAWAPAN DI BAWAH KHUSUS UNTUK KAJIAN TEKS NOVEL PELAJAR NEGERI PERAK

Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan latar masyarakat yang  dipaparkan dalam novel.  Pilih salah satu novel sebagai jawapan anda:-                   

Novel Jendela Menghadap Jalan
Novel Songket Berbenang Emas
Masyarakat kampung

1.  Masyarakat kampung yang tinggal di Kampung Sentosa terdiri daripada Haji Abdul Rahman, datuk Lili, Abang Rashid, Seman, Che Jah dan lain-lain.

2. Masyarakat kampung yang masih berpegang kepada cara hidup tradisi. Contohnya, rumah penduduk di Kampung Sentosa jendelanya menghadap jalan.

3. Masyarakat kampung yang masih percaya kepada perubatan tradisional. Datuk Lili merupakan seorang yang pakar dalam perubatan tradisional dengan menggunakan herba.
Masyarakat kampung   

1. Masyarakat kampung yang  tinggal di Kampung Parit Haji Rais. Haji Sulaiman merupakan ketua kampung di situ. Masyarakat kampung yang lain ialah Mak Aji, Aton, Embong, Tauke Lim dan lain-lain.

2. Masyarakat kampung yang hidup bekerjasama antara satu sama lain setelah dinasihati oleh Haji Sulaiman semasa gotong-royong untuk sambutan Majlis Maulidur Rasul.
Masyarakat yang saling membantu

1. Geetha dan Danel membantu Lili menyelesaikan masalah kubah surau di Kampung Sentosa .

2. Datuk Lili membantu pesakitnya, Puan Letchumi dan Puan Hamimah  mendapatkan rawatan menggunakan perubatan tradisional.

3.Lili dan Kak Mimah membantu menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang dialami oleh keluarga Che Jah.
Masyarakat yang saling membantu

1. Haji Sulaiman  selaku ketua kampung membantu keluarga Dahlia menyelesaikan masalah emak Dahlia yang menghidap tekanan perasaan.

2. Tauke Lim membantu memberi hutang kepada keluarga Dahlia.

3. Penduduk kampung membina rumah Embong semula, setelah rumah  musnah dilanda banjir.
Masyarakat yang ikhlas dalam membantu orang lain.

1. Datuk Lili ikhlas membantu Che Jah dan anak-anaknya walaupun berdepan dengan pelbagai tohmahan daripada segelintir penduduk kampung.

2. Lili ikhlas membantu  Che Jah menyelesaikan masalah keganasan rumah tangganya.
Masyarakat yang ikhlas dalam membantu orang lain

1. Tauke Lim ikhlas membantu memberi hutang kepada keluarga Dahlia.

2. Haji Sulaiman ikhlas membantu Embong menyelesaikan masalahnya.

3. Najib ikhlas membantu Dahlia membawa adiknya, Anggerik yang demam ke klinik.

Masyarakat yang insaf akan kesilapannya.

1. Haziq dan Rafik akhirnya insaf akan kesilapan mereka terlibat dalam gejala sosial seperti mencuri harta orang kampung dan menagih dadah.
Masyarakat yang insaf akan kesilapannya

1. Abu Bakar insaf akan kesilapannya yang suka membuang masa dengan rakan-rakannya.

2. Abu Bakar  juga insaf akan kesalahannya yang telah mencuri kambing milik bapanya sendiri.

3. Nek Kiah akhirnya insaf akan sikapnya terhadap keluarga Dahlia apabila Dahlia dan emaknya  yang banyak membantu beliau ketika sakit sedangkan anak-anak yang selama ini amat disayangi langsung tidak menziarahinya.
Masyarakat yang bertanggungjawab

1. Datuk bertanggungjawab menjaga Lili sepanjang dia menghabiskan cuti persekolahannya di kampung.

2. Datuk bertanggungjawab membantu merawat pesakit yang datang berubat dengan menggunakan kaedah perubatan tradisional.
Masyarakat yang bertanggungjawab

1. Haji Sulaiman bertanggungjawab membantu anak buahnya,Embong yang menghadapi masalah isterinya yang mengalami masalah mental dan masalah kewangan.

2. Haji Sulaiman bertanggungjawab menyuruh penduduk kampung membantu membina rumah Embong semula yang musnah akibat
banjir.
Masyarakat yang terlibat dalam gejala sosial

1. Anak-anak Che Jah iaitu Rafik dan Haziq suka mencuri harta benda penduduk kampung dan terlibat dalam penagihan dadah.

2. Suami Che Jah, Seman suka bermain judi.
Masyarakat remaja yang terlibat dalam gejala sosial

1. Abu Bakar, adik Dahlia suka berfoya-foya dengan rakan-rakannya.

2. Abu Bakar sanggup mencuri kambing milik bapanya sendiri.




4(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan konflik yang dihadapi oleh watak
        utama dan cara watak mengatasi konflik tersebut.

[8 markah]

Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji,jelaskan satu peristiwa yang memaparkan konflik dan cara penyelesaiannya bagi setiap novel tersebut.                              
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              
Pilih dua isi sebaik-baiknya untuk jawapan bagi setiap novel. Isi cukup satu isi, bagi setiap novel.

Novel Jendela Menghadap Jalan
Novel Songket Berbenang Emas
1. Peristiwa isu kubah surau
Konflik untuk meletakkan kubah surau sama ada di surau lama atau di masjid yang akan dibina.

Cara penyelesaian
LiliDanel dan Geetha akan mengadakan  perjumpaan terbuka dengan penduduk kampung untuk menjelaskan kepentingan membina masjid daripada memasang kubah di bumbung surau.
1. Peristiwa berprasangka buruk tentang orang lain
Konflik antara Nek Kiah dengan Dahlia apabila Nek Kiah berprasangka buruk terhadap Dahlia apabila melihat Azhari menghantar Dahlia pulang ke rumahnya.

Cara penyelesaian
Dahlia hanya mendiamkan diri semasa ditegur oleh Nek Kiah.
2. Peristiwa keganasan rumah tangga
Konflik rumah tangga antara Che Jah dengan suaminya,Seman.

Cara penyelesaian
Lili mendapatkan bantuan Kak Mimah,pesakit datuk yang bekerja sebagai pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menyelesaikan masalah keluarga Che Jah.
2. Peristiwa sewaktu di asrama SMK Temenggung Ibrahim
Konflik antara Dahlia dengan Cikgu Salwani yang tidak membenarkan Dahlia keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya setelah ibunya dimasukkan ke hospital.

Cara penyelesaian
Dahlia bertekad keluar dari asrama dan berulang-alik dari rumah ke sekolah.








Tiada ulasan: