Ahad, 23 September 2018

SOALAN DAN CADANGAN SOALAN 3 (D) PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI SARAWAK (KOTA BELUD)


(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan dari tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)             Anak Raja Gondang yang tinggal di Istana Kayangan itu berahi kepada Tuan Puteri Bongsu yang cantik jelita.

Bil
Kesalahan istilah/kata
Kesalahan tatabahasa
i
tinggal - bersemayam
kepada - akan
Ulasan guru :  .Pelajar perlu berhati-hati soalan seperti soalan ini kerana apabila perbincangan atau penulisan melibatkan keluarga diraja maka bahasa istana perlu ditulis untuk membezakan isntitusi ini dengan orang kebiasaan. Oleh sebab itu tinggal perlu ditukar kepada istilah bersemayam.
Ulasan guru: Pelajar juga perlu berhati-hati apabila perkataan yang melibatkan kata adjektif yang melibatkan emotif seperti sayang, suka, berang, berahi, benci, rindu dan sebagainya perlu diikuti dengan kata sendi nama akan.

(ii) Guru mata pelajaran yang mempunyai kerja khusus sentiasa memberi perhatian terhadap kesulitan pelajar menyiapkan kerja sebelum tarikh penghantaran tamat.

Bil
Kesalahan istilah/kata
Kesalahan tatabahasa
ii
khusus - kursus
terhadap - tentang
Ulasan guru :  .Pada pandangan saya ayat di atas agak mengelirukan sedikit kerana guru mata pelajaran yang mempunyai kerja kursus, sepatutnya guru mata pelajaran yang memberikan kerja kursus kepada pelajar. Kemungkinan pelajar tidak faham situasi ayat berkenaan. ( Maaf kerana ini pandangan peribadi saya)
Ulasan guru: Soalan ini juga agak mengelirukan pelajar kerana skema mengatakan kesalahan tatabahasanya kerana penggunaan kata sendi nama terhadap dan yang betul ialah tentang. Pelajar mungkin keliru dan berpendapat kata sendi nama terhadap tersebut betul penggunaannya. Namun, saya menyokong jawapan ini kerana sekiranya kata sendi terhadap digunakan, kata yang menyambutnya mestilah orang, haiwan, atau benda. Jika dirujuk, penyambut selepas kata sendi nama terhadap di atas ialah  kesulitan dan sepatutnya pelajar. ( Rujuk Tatabahasa Dewan muka surat  281 untuk maklumat penggunaan kata sendi berkenaan)


(iii) Pakaian basah yang tersadai di atas ampaian itu jatuh bertaburan kerana ditiup angin petang.

Bil
Kesalahan istilah/kata
Kesalahan tatabahasa
iii
tersadai - tersidai
di atas - atas
Ulasan guru :  . Istilah tersadai salah penggunaannya kerana tersadai melibatkan kenderaan bermotor yang tidak bergerak atau terhenti di jalan raya atau jalan biasa akibat rosak. Sepatutnya, istilah yang digunakan ialah tersidai kerana melibatkan pakaian yang disangkut pada ampaian.
Ulasan guru: Pada pandangan saya istilah yang digunakan betul kerana kata sendi yang digunakan menunjukkan ada ruang atau tempat selepasnya iaitu ampaian tempat kain disidaikan. Namun, skema jawapan menyatakan kesalahannya ialah pada kata sendi nama “di”. Kesalahan ayat pada soalan ini juga berlaku kerana fungsi "atas" tidak sesuai dan gugurkan sebagai kesalahan dan ayat yang betul di ampaian sahaja, dan lebih bermakna dan gramatis.( Maaf ini pandangan peribadi saya)

Saya memohon maaf sekiranya ada ulasan saya di atas menyinggung perasaan mana-mana pihak kerana sebagai guru bahasa Melayu, tatabahasa Melayu perlu diperhalusi merujuk kepada buku Tatabahasa Dewan sebagai rujukan. Sekiranya, ada kesilapan dan kesalahan semasa saya mengulas soalan di atas sekali saya mohon maaf dan tidak semestinya pandangan dan ulasan tersebut tepat tetapi saya merujuk panduan bersumberkan Tatabahasa Dewan-DPB. Anggap ulasan saya sebagai perkongsian maklumat bahasa. Tegur sekiranya saya ulasan dan saya pandangan tidak tepat. Bahasa Menunjukkan Kepada Bangsa. Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan Kita.

[6 markah]

Tiada ulasan: