Cadangan jawapan 2 (d):-
i) Berdasarkan sajak di atas, dua harapan penyajak terhadap anaknya ialah penyajak:-
i) mengharapkan anaknya menjenguknya.
ii) mengharapkan anaknya insaf
iii) mengharapkan anaknya menjadi penawar hati/ pengubat kesepiannya.
ii) Pada pendapat saya cara-cara untuk menjamin kehidupan seorang semasa tua tanpa bergantung
kepada anak-anak adalah dengan:
i) menyimpan wang semasa muda
ii) memiliki insurans
iii) memiliki rumah sendiri/ harta sendiri
iv) tinggal di rumah orang tua-tua/ pusat rehabilitasi
v) mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti berfaedah/ kebajikan
( terima isi-isi yang sesuai)
iii) Dua nilai kemanusian yang terdapat dalam sajak di atas antaranya:-
Oleh sebab kata kunci soalan huraian, anda perlu memberikan isi dan menghuraikannya.
i) Kasih sayang, contohnya penyajak sangat mengasihi anak-anaknya yang dilahirkan walaupun
mereka melupakannya.
ii) Bertanggungjawab, contohnya anak-anak penyajak sepatutnya bertanggungjawab menjaga
kedua-dua ibu bapa mereka ketika mereka tua bukan tolak-menolak untuk menjaga mereka.
iii) Keprihatinan, contohnya anak-anak penyajak sepatutnya prihatin terhadap ibu bapa mereka
yang sudah tua dengan menzirahi mereka dan jangan membiarkan mereka tertunggu-tunggu.
iv) Berdikari, contohnya penyajak terpaksa hidup sendiri tanpa bergantung kepada anak-anaknya
yang tidak menghiraukannya.
v) Keinsafan, contohnya penyajak terus berdoa agar anak-anaknya insaf dan mengingatkan
kematian mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan