Khamis, 13 September 2018

CADANGAN JAWAPAN SOALAN 3(A)-PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI SARAWAK (MIRI)


Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]
Jawab semua soalan.

(a)  Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham
       akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
       imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

      i.   baru - baharu
     ii.   tempoh - tempuh
     iii.  dekat - dekad                                                                                                                                                [6 markah]

     Cadangan jawapan:-
1.       “ Saya baru sahaja sampai ke tempat kemalangan tersebut.” kata Ali kepada Ahmad.
2.       Baju baharu berkenaan saya beli di kedai Mini Karim.
3.       Cikgu Busu memberi kami tempoh selama dua hari untuk menyiapkan karangan berkenaan.
4.       “ Jangan tempuh jalan raya berkenaan kerana kemalangan yang berlaku menyebabkan    
       kesesakan berlaku sehingga melambatkan perjalanan.
5.       “Rumah saya terletak dekat dengan susur keluar tol Gopeng.” kata Ah Seng kepada Gopal.
6.       Kejadian tsunami di Acheh merupakan malapetaka paling mengerikan yang berlaku pada 
       dekad ini.

Tiada ulasan: