Selasa, 11 September 2018

SOALAN 2 (C) PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI PULAU PINANG 2018


Soalan 2(c) – Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

           Berapa lamanya maka Kertala Sari pun sampailah ke Melaka. Maka ia pun singgah di luar kota pada kampung segala Jawa. Maka Kertala Sari pun menyamarkan dirinya kepada segala Jawa yang banyak itu. Maka Kertala Sari pun sedia kala berjalan keluar masuk bermain-main segenap kampung orang kaya-kaya dan saudagar.

        Setelah diketahuinya, maka Kertala Sari pun masuk menyamar pada orang Patih Kerma Wijaya. Tatkala itu Kertala Sari pun masuk seorangnya mengikut Patih Kerma Wijaya pergi menghadap sama dengan Jawa yang banyak itu.Maka oleh Kertala Sari segala hulubalang yang menghadap sama-sama itu dilihatnya seorang kepada seorang. Maka Kertala Sari pun pandang Laksamana ; maka ia pun fikir dalam hatinya, “Dialah gerangan hulubalang Ratu Melaka yang bernama Laksamana itu. Jikalau demikian lakunya, sungguhlah ia dapat membunuh bapaku, kerana ia penjurit besar lagi kepetangan.

Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’
dalam antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berikan maksud rangkai kata penjurit besar yang terdapat dalam petikan di atas.
[2 markah]
(ii)Apakah tindakan yang dilakukan oleh Kertala Sari sebaik sahaja ia sampai ke
     Melaka?
[3 markah]
(iii)        Sekiranya anda Kertala Sari, apakah cara yang dapat anda lakukan untuk
menewaskan Laksamana?
                                                                                                          [ 3 markah]

Jawapan soalan 2(c) – Petikan Prosa Tradisional

(i)  Maksud penjurit besar ialah
     penjurit = pejuang / askar upahan / penjarah / penjahat
     besar = hebat / terkenal / gagah

[Maksimum : 2 markah]

(ii)  Tindakan yang dilakukan oleh Kertala Sari sebaik sahaja ia sampai :
     - Ia singgah di luar kota (pada segala kampung Jawa)
     - ia menyamar
     - ia berjalan keluar masuk kampung / ia meninjau segenap kampung

[Maksimum : 3 markah]
[Isi cukup : 2 isi]

(iii) Cara-cara untuk dapat menewaskan Laksamana

      - menggunakan tipu helah untuk menewaskan Laksamana
      - menunggu saat yang sesuai untuk membunuh / menikam secara curi
      - mengupah orang lain untuk membunuh Laksamana
      - menggunakan racun
      - bertarung secara pahlawan / panglima
      - berpakat dengan Patih Kerma Wijaya

[Maksimum - 3 markah]

[Isi cukup : 2 isi]

4 ulasan:

Zainur Fallah berkata...

Terima kasih. .Sangat bermanfaat

Unknown berkata...

Wajarkah seorang pendekar itu menewaskan musuhnya hanya dengan menggunakan tipu muslihat . Beri 4 alasan

Unknown berkata...

Boleh tak tolong terangkan apa maksud bermain-main segenap kampung yg ada dalam petikan itu,saya kurang faham lah.Terima kasih.

MOHD. RAMSUL ABD. RAHIMAN berkata...

Bermain-main segenap kampung bermamsud bermain-main di sekeliling kampung atau bermain-main di segenap penjuru kampung.