Selasa, 11 September 2018

SOALAN 3 (D) MENGESAN KESALAHAN ISTILAH/KATA DAN TATABAHASA (SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI PULAU PINANG 2018


(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Keharmonian landskap di Putrajaya sungguh mempersonakan para-para pengunjung.

Bil
Kesalahan istilah/kata
Kesalahan tatabahasa
i
keharmonian- keindahan/kecantikan
para-para- para

Ulasan guru:-
Keharmonian lebih sesuai untuk gambaran situasi masyarakat tetapi untuk pemandangan lebih sesuai keindahan atau kecantikkan.
Ulasan guru:-
Para merupakan kata majmuk yang menggambarkan banyak- tidak perlu digandakan.


(ii) Rumah tua itu masih boleh dibaik pulih demi untuk mengekalkan kesenian dan
      keaslian seni reka bentuknya.

Bil
Kesalahan istilah/kata
Kesalahan tatabahasa
ii
Tua  - usang
demi untuk – demi / untuk

Ulasan guru:-
Untuk rumah kata yang sesuai digunakan adalah usang.
.
Ulasan guru:-
Dalam ayat penggunaan kata sendi tidak boleh digunakan dua kali serentak. Gugurkan salah satu kata sendi berkenaan.

(iii) Kakitangan awam diwartakan supaya memakai baju batik tempatan di hari Khamis minggu bekerja.

Bil
Kesalahan istilah/kata
Kesalahan tatabahasa
iii
diwartakan - diarahkan
di  - pada

Ulasan guru:-
Diwartakan merupakan sesuatu arahan bertulis sedangkan di atas lebih sesuai menggunakan kata diarahkan sebab bermaksud mengarahkan kakitangan.
Ulasan guru:-
Kata sendi di atas salah penggunaannya kerana kata setelahnya berkaitan masa dan sesuai digunakan kata sendi nama pada.


[6 markah]

Tiada ulasan: