(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian
nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.
i
Walaupun kita berasa kasihan atas
penderitaan hidup yang dilaluinya tetapi orang yang
menanggungnya tentulah berasa lebih perit
lagi.
ii
Adam tidak gembira sekalipun segala
kemahuannya dipenuhi oleh ibu bapanya kerana dia
tidak mendapat kebebasan seperti remaja
lain.
iii
Perbelanjaan hendaklah sepadan dengan
pendapatan supaya tidak menyusahkan kita.
[6 markah]
Cadangan jawapan:-
1
|
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul
|
2
|
bagai burung dalam sangkar, mata lepas badan terkurung
|
3
|
Ukur baju di badan sendiri
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan