Sabtu, 22 September 2018

INFO TATABAHASA-KESALAHAN FRASA DALAM BAHASA MELAYU


KESALAHAN DARIPADA ASPEK FRASA
i) Bentuk Jamak

Ia dapat dinyatakan melalui:

a) Pengulangan kata nama seperti: guru-guru, murid-murid dan sebagainya.
b) Penggunaan kata bilangan seperti dua biji guli, semua murid dan sebagainya.
c) Pengulangan kata adjektif seperti baik-baik, rajin-rajin dll
d) Penggunaan kata yang mendukung makna jamak seperti rakyat.

ii) Jika kata bilangan yang membawa makna jamak digunakan, kata nama yang menyertai kata bilangan itu tidak perlu diulang.

Contoh:
Dua biji telur-telur (salah)
Dua biji telur (betul)

Semua murid-murid (salah)
Semua murid (betul)

iii) Kata adjektif yang diulang sudah membawa mkna jamak, maka kata nama tidak perlu diulang.

Contoh:

Lukisan-lukisan itu cantik-cantik belaka. (salah)
Lukisan itu cantik-cantik belaka. (salah)

Pakaian-pakaian di situ mahal-mahal harganya. (salah)
Pakaian di situ mahal-mahal harganya. (betul)

iv) Hukum DM ialah hukum tentang penyusunan kta-kata untuk membentuk frasa nama dalam ayat:

a) D beerti unsur yang diterangkan
b) M beerti unsur yang menerangkan

Contoh:
Lain-lain hal (salah)
Hal-hal lain (betul)

Karim Kedai Roti (salah)
Kedai Roti Karim (betul)

Goreng pisang (salah)
Pisang goreng (betul)

Tomato sos (salah)
Sos tomato (betul)

Mini telekung (salah)
Telekung mini (betul)

v) Frasa adjektif

- Frasa adjektif ialah kata adjektif atau sekumpulan kata yang mempunyai kata adjektif sebagai kata utamanya dan dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat.
- Frasa adjektif sebagai predikat ayat boleh disertai kata penguat seperti amat, sangat, & paling
- Kata adjektif yang berawalan ter- boleh bertugas sebagai penerangtetapi tidak boleh bertugas sebagai predikat.

Contoh:
Bangunan itu tertinggi (salah)
Bangunan itu paling tinggi (betul)

- Apabila kata adjektif berawalan ter’ digunakan sebagai penerang, kata penguat TIDAK DIPERLUKAN.

contoh:
Noriah pemain yang paling terhandal. (salah)
Noriah pemain yang terhandal. (betul)

- Kata penguat TIDAK BOLEH diletakkan di hadapan atau di belakang kata adjektif sekali gus.

contoh:
Buah langsat ini sangat manis sekali .(salah)
Buah langsat ini sangat manis. (betul)

- Frasa adjektif mesti diikuti oleh frasa sendi nama apabila frasa adjektif itu diperluas.

contoh:
Budak itu tidak suka durian. (salah)
Budak itu tidak suka akan durian. (betul)
ESALAHAN DARIPADA ASPEK FRASA II
Frasa Kerja Tak Transitif

a) Frasa kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat bertugas sebagai predikat tanpa objek.
b) Frasa kerja tak transitif boleh juga terdiri daripada sekumpulan kata yang mempunyai kata kerja intransitif sebagai kata utamanya.
c) Kata kerja tak transitif yang berapitan ber…kan mesti diikuti frasa nama untuk dapat membentuk frasa kerja yang bertugas sebagai predikat.

Con:
Berlandaskan pada undang-undang (salah)
Berlandaskan undang-undang (betul)

berpandukan pada kamus (salah)
berpandukan kamus (betul)

d) Frasa kerja tak transitif mesti diikuti frasa sendi nama apabil frasa kerja itu diperluas.

contoh:
Kamu mesti ingat janji-janjimu. (salah)
Kamu mesti ingat akan janji-janjimu (betul)

Othman ingin bertemu gadis itu. (salah)
Othman ingin bertemu dengan gadis itu. (betul)

(ingat & bertemu = kata kerja tak transitif)

Frasa Kerja Transitif

a) Frasa kerja transitif ialah frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja transitif serta frasa nama sebagai objek kepada kata kerja transitif itu.
b) Di antara kata kerja transitif dengan frasa nama sebagai objekitu, kata-kata lain tidak boleh disisipkan.

contoh:

Beliau turut menyentuh tentang perkara itu. (salah)
Beliau turut menyentuh perkara itu. (betul)

Kami membincangkan tentang masalah itu. (salah)
Kami membincangkan masalah itu. (betul)

(** menyentuh & membincangkan ialah kata kerja transitif. perkara & masalah ialah kata nama sebagai objek.)

Frasa Kerja Pasif

a) Frasa kerja pasif ialah frasa kerja yang bertugas sebagai predikat dalam ayat pasif. frasa kerja terbahagi kepada:

- frasa kerja pasif diri pertama
* Terdiri daripada kata kerja yang tidak berawalan men- tetapi didahului oleh kata ganti diri pertama aku, kami, kita, saya dan sebagainya.
* Bentuk frasa kerja pasif diri pertama tidak boleh disamakandengan bentuk frasa kerja pasif diri ketiga.

con:
diambil olehku (salah)
kuambil (betul)

dibuang oleh kami (salah)
kami buang (betul)


- frasa kerja pasif diri kedua
* Frasa kerja pasif diri kedua terdiri daripada kata kerja yang tidak berawalan men- tetapi didahului oleh kata ganti diri kedua seperti anda, awak, kamu dan sebagainya.
* Bentuk frasa kerja pasif diri kedua tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri ketiga.

contoh:
ditanya oleh anda (salah)
anda tanya (betul)

dibeli oleh kamu (salah)
kamu beli (betul)

- Frasa kerja pasif diri ketiga
* Terdiri daripada kata kerja yang berawalan di- serta diikuti oleh frasa sendi (oleh + frasa nama). Kata 'oleh' pada frasa sendi itu boleh digugurkan.
* * Bentuk frasa kerja pasif diri ketiga tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri pertama & kedua.

contoh:
beliau tulis (salah)
ditulis oleh beliau (betul)

dia kumpulkan (salah)
dikumpulkan olehnya (betul)

*************************************************************************************

Kata-kata lain TIDAK BOLEH disisipkan di antara kata ganti diri pertama atau diri kedua dengan kata kerja yang tidak berawalan men- itu.

contoh:
kami akan atasi (salah)
akan kami atasi (betul)

kita perlu tolong (salah)
perlu kita tolong (betul)

anda mesti edarkan (salah)
mesti anda edarkan (betul)



SUMBER BAHAN DARIPADA http://marikitaberbahasa.blogspot.com

3 ulasan:

Unknown berkata...

Goreng keladi yang dimasak oleh ibu sangat empuk

MOHD. RAMSUL ABD. RAHIMAN berkata...

Terdapat kesalahan tatabahasa dalam ayat di atas, maaf. Coreng keladi ialah kata kerja yang menjelaskan ibu sedang menggoreng keladi tidak tepat kerana sepatutnya ayat ini ditulis "Keladi goreng yang dimasak oleh ibu sangat empuk.

Unknown berkata...

Jumlah Wang belanja dapur awak berapakah?