Sabtu, 22 September 2018

SOALAN DAN CADANGAN JAWAPAN SOALAN 3(C) PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI SELANGOR


(c) Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidakperlu menyalin ayat itu semula.
Pada peringkat yang lebih atas dan lebih berotoriti, sudah pun ada kedengaran bahawa permasalahan tersebut akan diberikan perhatian segera dan menyeluruh, apatah lagi setelah Menteri Pendidikan, membuat kenyataan akbar bahawa isu berkenaan memerluan penyelesaian bijaksana. Kementerian Pendidikan menyahut kenyataan tersebut dengan segera turun padang mengikut prosedur pengendalian standard atau rukun tindakan yang telah sediaada. seperti menghantar pegawai untuk dijumpakan dengan guru dan menyantuni keluarga pelajar tersebut.
[6 markah]
Cadangan jawapan:-

Bil
Kesalahan ejaan
Kesalahan imbuhan
i
berotoriti- berautoriti
diberikan- diberi
Ulasan guru : Ejaan berotoriti sepatutnya ditulis  berautoriti
Ulasan guru: Kata kerja diberikan merupakan trasformasi kata kerja transitif memberikan iaitu menggunakan imbuhan “meN..”. Dalam bahasa Melayu kata kerja transitif tidak perlu menerima imbuhan akhiran “kan”

Bil
Kesalahan ejaan
Kesalahan imbuhan
ii
Akbar-akhbar
memerluan-memerlukan
Ulasan guru :  Kesalahan ejaan sepatutnya akhbar bukan akbar.
Ulasan guru: Kesalahan imbuhan sepatutnya imbuhan yang diterima ialah “kan” bukan “an”

Bil
Kesalahan ejaan
Kesalahan imbuhan
iii
Sediaada- sedia ada
dijumpa-berjumpa
Ulasan guru :  .Ejaan sediaada perlu dipisahkan kerana hanya 15 kata majmuk mantap saja penulisannya perlu dirapatkan dalam bahasa Melayu. Sila rujuk 15 perkataan tersebut.
Ulasan guru: Perkataan menggunakan imbuhan “di” dijumpai bermaksud menemukan sesuatu tetapi sepatutnya berjumpa dengan……….


Tiada ulasan: