Ahad, 2 September 2018

INFO BERKAITAN IMBUHAN " MEN.........I DAN MEN.....KAN, SERTA IMBUHAN DI......I DAN DI......KAN


IMBUHAN MEN- DAN MEN KAN” MENERBITKAN KATA TRANSITIF AKTIF DAN IMBUHAN “ DI……..I DAN DI…..KAN MENERBITKAN KATA DAN AYAT PASIF DALAM BAHASA MELAYU
Pengguna bahasa Melayu tidak menghormati peranan imbuhan dalam bahasa Melayu. Oleh sebab itu, berlakulah kesilapan dan kekhilafan dalam penggunaan imbuhan. Yang berikut ialah beberapa petua penggunaan imbuhan yang dapat dijadikan panduan.

KATA KERJA (AKTIF)
1. memberi/memberikan
(siapa) memberi (siapa) (apa)

(siapa) memberikan (apa) kepada (siapa)
Contoh:-
Ayah memberi saya sebuah basikal sempena hari jadi saya ke-20.
Ayah memberikan sebuah basikal kepada saya sempena hari saya ke-20.
2. menghadiahi / menghadiahkan
(siapa) menghadiahi (siapa) (apa)
(siapa) menghadiahkan (apa) kepada (siapa)
Contoh:-
Emak menghadiahi saya sebuah jam kerana saya berjaya mendapat tempat pertama dalam peperiksaan.
Emak menhdaihkan saya sebuah jam kepada saya kerana berjaya mendapat tempat pertama dalam peperiksaan.
3. menganugerahi / menganugerahkan
(siapa) menganugerahi (siapa) (apa)
(siapa) menganugerahkan (apa) kepada (siapa)
Contoh:-
Pihak sekolah menganugerahi saya sijil penghargaan kerana berjaya mendapat tempat pertama dalam peperiksaan percubaan.
Pihak sekolah menganugerahkan sijil penghargaan kepada saya kerana berjaya mendapat tempat pertama dalam peperiksaan percubaan.

4. mengurniai / mengurniakan
(siapa) mengurniai (siapa) (apa)
(siapa) mengurniakan (apa) kepada (siapa)
Contoh:-
Sultan Perak mengurniakan saya Pingat Jasa Bakti kerana saya telah banyak berjasa kepada masyarakat.
Sultan Perak mengurniakan Pingat Jasa Bakti kepada saya kerana saya telah banyak berjasa kepada masyarakat

5. membaca / membacakan
(siapa) membacakan (siapa) (apa)
(siapa) membaca (apa) kepada (siapa)
Contoh:-
Emak membacakan saya buku cerita tentang Harimau dan Kerbau sebelum saya tidur.
Emak membacakan buku cerita tentang Harimau dan Kerbau sebelum saya tidur.

KATA KERJA (PASIF)

1. diberi / diberikan
(siapa) diberi (apa) oleh (siapa)
(apa) diberikan oleh (siapa) kepada (siapa)
Contoh:-
Saya diberi sebuah motosikal oleh bapa kerana berjaya mendapat keputusan semua A+ dalam peperiksaan SPM.
Sebuah motosikal diberikan oleh bapa kepada saya kerana berjaya mendapat keputusan semua A+ dalam peperiksaan SPM.

2. dihadiahi / dihadiahkan
(siapa) dihadiahi (apa) oleh (siapa)
(apa) dihadiahkan oleh (siapa) kepada (siapa)
Contoh:-
Amran dihadiahi sebuah buku oleh ayah kerana berjaya dalam peperiksaan pertengahan tahun.
Sebuah buku dihadiahi ayah kepada Amran kerana berjaya dalam peperiksaan pertengahan tahun.

3. dianugerahi / dianugerahkan
(siapa) dianugerahi (apa) oleh (siapa)
(apa) dianugerahkan oleh (siapa) kepada (siapa)
Contoh:-
Cikgu Ali dianugerahi sijil penghargaan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah atas sumbangannya menjayakan Program Kecemerlangan pelajar SPM 2018.
Sijil penghargaan dianugerahkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah kepada Cikgu Ali atas sumbangannya menjayakan Program Kecemerlangan pelajar SPM 2018.

4. dikurniai / dikurniakan
(siapa) dikurniai (apa) oleh (siapa)
(apa) dikurniakan oleh (siapa) kepada (siapa)
Contoh:-
Hamzah dikurniai  Pingat Jasa Kebaktian oleh Sultan Perak.
Pingat Jasa Kebaktian dikurniakan oleh Sultan Perak kepada Hamzah

5. dibaca / dibacakan
(siapa) dibacakan (apa) oleh (siapa)
(apa) dibaca oleh (siapa) kepada (siapa)
Contoh:-
Hadi dibacakan buku cerita mengenai Pak kadok oleh ibu sebelum tidur.
Cerita mengenai Pak kadok dibacakan oleh ibu kepada Hadi sebelum tidur.



Tiada ulasan: