Khamis, 13 September 2018

CADANGAN JAWAPAN SOALAN 3(D)-PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI SARAWAK (MIRI)


(d) Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa . Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i.    Semasa bercakap dalam ceramah di kampung itu, ahli politik itu asyik memperkatakan tentang 
      isu yang sudah tidak relevan lagi dengan masa kini.


Bil
Kesalahan istilah/kata
Kesalahan tatabahasa
i
bercakap-berucap
memperkatakan tentang-memperkatakan
Ulasan guru: bercakap digunakan dalam perbualan biasa seharian dan berucap digunakan dalam acara rasmi
Ulasan guru: memperkatakan tentang salah kerana selepas menggunakan kata kerja aktif transitif memperkatakan perlu diikuti dengan objek iaitu “isu”. Oleh sebab itu, kata sendi nama tentang perlu digugurkan.

ii.   Sejak kebelangan ini, banyak kawasan di luar bandar yang berkembang cepat.

Bil
Kesalahan istilah/kata
Kesalahan tatabahasa
i
kebelangan - kebelakangan
cepat  - pesat
Ulasan guru: kebelangan ini tiada dalam istilah bahasa Melayu tetapi kebelakangan ( sebelum ini)
Ulasan guru: perkataan yang sesuai untuk menggambarkan perkembangan sesuatu kawasan ialah pesat

iii.  Masalah ini kita harus tangani dengan segera agar majlis pengisytiharan program dapat berjalan
      lancar nanti.

Bil
Kesalahan istilah/kata
Kesalahan tatabahasa
i
Pengisytiharan - perasmian
kita harus tangani - harus kita tangani
Ulasan guru: Penggunaan kata pengisytiran tidak sesuai kerana bermaksud mengumumkan sesuatu dan perlu digantikan dengan perasmian.
Ulasan guru: dalam ayat pasif menggunakan kata ganti nama diri pertama dan kedua, kata bantu ragam seperti  hendak, mahu, terus, harus, mesti, boleh, dapat, enggan, patut dan mungkin perlu berada di hadapan kata ganti nama


[6 markah]

Tiada ulasan: