Khamis, 13 September 2018

CADANGAN JAWAPAN SOALAN 3 (C)-PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI SARAWAK(MIRI)


(c)  Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
      imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
      menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda
      tidak perlu menyalin ayat itu semula.

     i. Kanak-kanak itu perlu menjalankan rawatan menggunakan anti-biotik untuk mengelakkan
        penyakitnya itu berlarutan.

Bil
Kesalahan ejaan
Kesalahan imbuhan
i
Anti-biotik - antibiotik
Menjalankan-menjalani
Ulasan guru: anti bermaksud menentang/benci merupakan imbuhan dipinjam daripada perkataan bahasa Inggeris tidak perlu ada ”–“ dan ditulis rapat kecuali jika dihadapannya kata nama khas contoh anti-Amerika.
Ulasan guru:- Menjalankan bermaksud melakukan, dan menjalani bermaksud menerima rawatan. Hanya doktor sahaja yang boleh menjalankan rawatan.


    ii. Kes mencuri motorsikal yang semakin menjadi-jadi di kawasan itu sudah dapat dibanteras oleh
        pihak polis.

Bil
Kesalahan ejaan
Kesalahan imbuhan
i
Motorsikal- motosikal
mencuri - kecurian
Ulasan guru: kesalahan ejaan kerana tidak ada huruf “r” untuk ejaan motosikal.
Ulasan guru: mencuri perbuatan mengambil barangan orang tanpa kebenaran dan apabila disabitkan dengan kecurian baru diambil tindakan undang-undang. (Apabila ada kes kecurian-polis mengambil tindakan)


    iii. Selain mengambil makanan seimbang dan penglibatan dalam sukan, kita juga memerlukan multi
         vitamin untuk menjaga kesihatan badan kita.
Bil
Kesalahan ejaan
Kesalahan imbuhan
i
multi vitamin- multivitamin
penglibatan - terlibat
Ulasan guru: multivitamin ejaannya perlu dirapatkan., multi bermaksud banyak dan multivitamin bermaksud lebih daripada satu vitamin iaitu vitamin a,b, c dan sebagainya.
Ulasan guru: penglibatan dalam sukan umum sementara terlibat telah mengambil bahagian dalam sukan.


Tiada ulasan: