Isnin, 17 September 2018

CADANGAN JAWAPAN SOALAN 3(A) SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI JOHOR (TANGKAK)


(a) Tulis satu ayat bagi setiap kata di bawah supaya jelas menunjukkan anda faham maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

i.    pesan
      Pesan orang tua-tua apabila berkawan carilah kalangan orang yang berilmu.
ii.   memesan
      Adilah memesan kepada Ali untuk membelikan dua buah buku semasa ke kedai nanti.
iii.  berpesan
      Bapa berpesan kepada adik supaya menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar.
iv.  lipat
      “ Tolong lipat telekung emak yang tersidai di atas kerusi itu,” kata emak kepada abang.
v.   melipat
      Adik tekun melipat kain yang telah diangkat  oleh ibu daripada ampaian.
vi.  berlipat
      Rezeki kita akan berganda apabila kita selalu bersedekah.

[6 markah]

Tiada ulasan: