PENJELASAN PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA
- Kata sendi nama
merupakan kata depan kepada kata nama.
- Kata sendi
bertugas sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau
frasa-frasa yang lain.
- Kata sendi
memerlukan frasa nama untuk membentuk frasa sendi supaya dapat bertugas
sebagai predikat ayat.
- Antara kata
sendi yang lazim digunakan dalam Bahasa Melayu ialah seperti : di,
ke, dari, daripada, kepada, pada, bagi, demi, tentang, seperti, bagai,
umpama, sejak, terhadap, akan, oleh, hingga, sampai, antara, untuk,
dengan, dalam, dan sebagainya.
PENGGUNAAN KATA SENDI
KATA SENDI
|
PENGGUNAANNYA
|
AYAT CONTOH
|
di
|
· Digunakan untuk
tempat.
· Dieja terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. |
1.
Pertandingan itu diadakan di Taiping.
2. Cikgu Nadia bekerja di sekolah itu. |
ke
|
· Digunakan untuk
tempat, masa dan benda konkrit tidak bernyawa.
· Dieja terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. · Tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia atau binatang. |
1.
Mereka akan ke Ipoh esok.
2. Din menunggu Siha dari pagi hingga ke petang. 3. Pinggan itu dihempaskannya ke lantai. 4. Cik Bedah ke surau. |
dari
|
· Digunakan untuk
tempat, arah atau masa.
|
1.
Bola itu ditendang dari penjuru padang.
2. Kami menunggu dari pukul 8.00 pagi. 3. Ely datang dari Kelantan. |
daripada
|
· Digunakan untuk
orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, pertentangan, dan untuk
menunjukkan keanggotaan.
|
1.
Surat itu saya terima daripada Yatie.
2. Pensel ini lebih panjang daripada pensel itu. 3. Ukiran itu diperbuat daripada perak. 4. Kami memperoleh manfaat daripada 5. Yang dikatakannya berbeza daripada yang diamalkan. 6. Kumpulan perompak senjata api itu terdiri daripada enam belas orang anggota. |
Kepada/
akan/terhadap
|
Digunakan
selepas kata adjektif yang menyatakan perasaan atau sikap.
|
1.
Devi suka akan rambutan.
2. Hanim amat sayang akan/kepada ibunya. 3. Kita mesti hormat akan/kepada/terhadap ibu bapa. |
KATA SENDI
|
PENGGUNAANNYA
|
AYAT CONTOH
|
bagi/untuk
|
· Digunakan untuk
menentukan sesuatu yang dibezakan daripada yang lain.
|
1.
Derma untuk / bagi mangsa banjir
sedang dipungut.
2. Hadiah ini untukmu. |
pada
|
· Digunakan untuk masa,
manusia, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit
tertentu.
|
1.
Peah tiba pada pukul lapan malam.
2. Tiket bas itu ada pada Hanim. 3. Pada pendapat saya, cerita itu benar. |
demi
|
· Digunakan dihadapan
jkata nama atau frasa nama yang membawa maksud tujuan
|
1.Rakyat
Malaysia mesti bersatu demi kesejahteraan
negara.
2. Demi kepentingan bersama, marilah kita berdamai. |
tentang
|
· Digunakan untuk
menyatakan makna berkenaan dengan
|
1. Menteri-menteri itu
berbincang tentang masalah negara.
|
seperti/
umpama/ laksanabagai |
· Digunakan untuk
membawa maksud perbandingan atau makna persamaan
dengan yang lain.
|
1.Pemuda itu berlagak seperti/
umpama/ laksana/bagai orang berada.
2. Suaranya merdu seperti/umpama/ laksana/bagai buluh perindu. |
dengan
|
· Digunakan untuk
menyatakan maksud bersama-sama atau serta, bandingan
setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatu sebagai alat.
|
1. Izzat bermain dengan Hazwan.
2 Hasilnya tidak setimpal dengan usahanya. 3. Nani belajar dengan tekun. 4. Nora menulis dengan pensel. |
sejak/semenjak
|
· Digunakan untuk
membawa maksud penanda waktu atau masa.
|
1. Milah sentiasa gembira sejak/semenjak
suaminya
pulang dari perantauan.
|
oleh
|
· Digunakan
selepas kata kerja pasif yang berawalan di- dan ter-
|
1. Kuih ini dibuat oleh Nadiah.
2. Anggota kumpulan itu
terpengaruh oleh
kata-kata
ketua mereka.
|
hingga/
sampai
|
· Digunakan untuk
menyatakan had masa, waktu atau tempat tertentu.
|
1. Anggota-anggota polis
berkawal hingga/ sampai larut malam.
2. Midah belajar hingga/sampai peringkat universiti. |
dalam/
antara
|
Digunakan
untuk menyatakan pengertian tempat yang tidak mempunyai ruang atau
jarak.
|
1. Dalam hal ini,
kita semua setuju.
2. Mereka berbincang antara adik- beradik |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan