(c) Dalam setiap
ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Adik dapat habiskan dua puluh cucok sate yang dibeli oleh
ayah dalam satu
masa.
Bil
|
Kesalahan
ejaan
|
Kesalahan
imbuhan
|
i
|
Cucok - cucuk
|
Habis - menghabiskan
|
Ulasan guru:-
Pola ayat dalam
bahasa Melayu Baru ( u -u)
|
Ulasan guru:-
Habis merupakan
kata akar dan sepatutnya ditulis sebagai kata aktif menjadi-menghabiskan
|
(ii) Ayah menghadiahi senaskah novel kepada kakak sebagai
tanda sayang
terhadap anak sulungnya.
Bil
|
Kesalahan
ejaan
|
Kesalahan
imbuhan
|
ii
|
senaskah-senaskhah
|
menghadiahi
|
Ulasan guru:-
Ejaan baru-merujuk Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
|
Ulasan guru:-
Imbuhan
menghadiahi perlu menerima kata nama sedangkan menghadiahkan menerima objek
iaitu benda.
|
(iii) Khairul engkar nasihat ayahnya supaya dia tidak
menggaul dengan budak-
budak nakal.
Bil
|
Kesalahan
ejaan
|
Kesalahan
imbuhan
|
iii
|
engkar- ingkar
|
menggaul
|
Ulasan guru:-
Pola ayat dalam
bahasa Melayu
( i -a)
|
Ulasan guru:-
menggaul bermaksud
mencampurkan sesuatu agar sebati sedangkan jawapan sepatutnya bergaul iaitu
bercampur dalam kalangan masyarakat.
|
[6 markah]
1 ulasan:
salam cikgu, mohon keizinan untuk salin nota ini ya. terima kasih
Catat Ulasan