Sabtu, 22 September 2018

SOALAN DAN CADANGAN JAWAPAN SOALAN 1 (RUMUSAN) DAN SOALAN 2(A) PEMAHAMAN UMUM PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI SARAWAK (KOTA BELUD)


Soalan 1: Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan telitinya, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah meningkatkan pencapaian mata pelajaran Sains dan Matematik dan kebaikan menguasai mata pelajaran tersebut. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

              Malaysia menunjukkan peningkatan sebanyak 33 mata kepada 431 mata bagi Literasi Bacaan dalam laporan Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA) 2015 berbanding hanya 398 mata pada PISA 2012. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Pembangunan Profesionalisme Keguruan), Datuk Dr Amin Senin mengatakan bahawa pencapaian bagi domain Literasi Bacaan lebih baik berbanding dua domain lagi iaitu Literasi Matematik dan Literasi Saintifik. Literasi Matematik Malaysia hanya meraih penambahan 25 mata daripada 421 mata pada PISA 2012, manakala Literasi Saintifik meningkat 23 mata daripada 420 mata (PISA 2012). Oleh sebab itu, Kementerian Pendidikan melaksanakan prakarsa berkesan untuk meningkatkan pencapaian subjek Sains dan Matematik dalam kalangan murid.

             Bagi meningkatkan pencapaian mata pelajaran Sains dan Matematik, Kementerian Pendidikan Malaysia akan memperhalusi setiap program Pendidikan. Selain itu, pembudayaan Sains dan Matematik diterapkan dalam diri pelajar sejak kecil lagi. Dalam hal ini, tanggungjawab memupuk minat dalam kedua-dua mata pelajaran ini bukan sahaja terletak di pundak guru semata-mata sebaliknya pihak sekolah perlu bersinergi dengan masyarakat untuk meningkatkan kecemerlangan mata pelajaran tersebut. Persepsi segelintir masyarakat tentang kesukaran mempelajari mata pelajaran ini sebenarnya mampu mematikan minat dan keinginan pelajar untuk menguasai mata pelajaran ini dengan lebih baik. Selain itu, faktor kerisauan pelajar terhadap pencapaian mata pelajaran Sain dan Matematik dan kurangnya pendedahan dari aspek kerja dalam bidang berkenaan menyebabkan pelajar tidak meminati mata pelajaran tersebut. Dari aspek yang lain pula, sikap ibu bapa yang tidak memberikan dorongan kepada anak-anak menyebabkan anak-anak tidak meminati Sains dan Matematik.

            Pendekatan seterusnya ialah kempen kesedaran tentang mata pelajaran Sains dan Matematik dalam kalangan masyarakat perlu diperhebat. Hal ini dikatakan demikian kerana melalui kempen akan dapat menyedarkan lebih banyak pihak akan kemaslahatan mata pelajaran ini kepada negara. Selain itu, dalam bidang kerjaya pula, pihak industri disarankan menjadi rakan kongsi ilmu dengan Kementerian Pendidikan. Hasil daripada kolaboratif tersebut memudahkan percambahan idea dan pengintegrasian kepentingan mata pelajaran Sains dan Matematik melalui pelbagai program dapat direalisasikan. Bagi melonjakkan kecemerlangan dalam mata pelajaran tersebut, pelajar mestilah menerima teknik pengajaran berasaskan KBAT. Mereka harus dibimbing supaya dapat berfikir secara kreatif dan kritis untuk menyelesaikan masalah. Pengaruh rakan sebaya yang boleh menghalang murid mempelajari Sains dan Matematik perlu dihapuskan dalam diri mereka. Dalam hal ini,guru dan pelajar perlu bekerjasama mencapai objektif pembelajaran yang lebih holistik. Guru juga perlu sentiasa mengemas kini pengetahuan semasa dalam pengajaran dan pemudahcaraan supaya dapat menarik minat pelajar seterusnya meningkatkan pencapaian mata pelajaran tersebut. Tuntasnya, prakarsa membudayakan Sains dan Matematik perlu dilaksanakan oleh semua pihak supaya pencapaian pelajar dalam Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA) mata pelajaran ini pada tahun 2018 membanggakan semua pihak.


(Dipetik dan diubah suai daripada
Pencapaian Sains dan Matematik dalam PISA 2015.
Oleh Nas Norziela Nasbah.
Berita Harian, Disember,2016
Cadangan jawapan:-


Pengenalan:-

Petikan membincangkan cara-cara/usaha-usaha/pendekatan/kaedah/tindakan/prakarsa/strategi meningkatkan pencapaian mata pelajaran Sains dan Matematik di Malaysia/ di negara kita.

atau

Rumusan membincangkan cara-cara/usaha-usaha/pendekatan/kaedah/tindakan/prakarsa/strategi meningkatkan pencapaian mata pelajaran Sains dan Matematik dan kebaikan menguasai mata pelajaran tersebut.

Cadangan Isi Tersurat:- ( langkah-langkah meningkatkan pencapaian mata pelajaran sains dan matematik)

Bil
Isi tersurat
Markah
1
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memperhalusi setiap program pendidikan
2
2
pembudayaan Sains dan Matematik diterapkan dalam diri pelajar sejak kecil
2
3
pihak sekolah perlu bersinergi dengan masyarakat untuk meningkatkan kecemerlangan mata pelajaran.
2
4
kempen kesedaran tentang mata pelajaran Sains dan Matematik dalam kalangan masyarakat perlu diperhebat.
2
5
pihak industri disaran menjadi rakan kongsi dengan Kementerian Pendidikan.
2
6
pelajar mestilah menerima teknik pengajaran berasaskan KBAT
2
7
guru dan pelajar sentiasa bekerjasama mencapai objektif pembelajaran yang lebih hoslitik
2
8
guru juga perlu sentiasa mengemas kini pengetahuan semasa dalam pengajaran dan pemudahcaraan.
2

Cadangan isi tersirat ( Kebaikan menguasai mata pelajara sains dan matematik)

Bil
Isi tersirat
Markah
1
pelajar dapat menggunakan kemahiran Sains dan Matematik dalam kehidupan
2
2
pelajar dapat berfikir dengan lebih kritis
2
3
pelajar dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains dan Matematik
2
4
pelajar dapat bersaing dalam pertandingan berasaskan Sains dan Matematik di peringkat antarabangsa
2
5
pelajar akan berminat mata pelajaran sains dan matematik
2
6
Pelajar akan dapat mengaplikasi mata pelajaran sais dalam kehidupan seharian
2

Cadangan penutup:-

Kesimpulannya, semua pihak hendaklah bekerjasama meningkatkan pencapaian mata pelajaran Sains dan Matematik agar/supaya generasi yang cemerlang dapat dilahirkan.

Soalan 2: Pemahaman
[35 markah]

Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata percambahan idea.                                                                           [ 2 markah]
    Cadangan jawapan:-
    Rangkai kata percambahan idea bermaksud perkongsian/pertambahan pendapat/buah fikiran
(ii) Pengarang menyatakan terdapat beberapa sebab pelajar tidak yakin terhadap mata pelajaran Sains
     dan Matematik.
      Nyatakan sebab-sebab tersebut.                                                                                                      [3 markah]
     Cadangan jawapan:-
     Pengarang menyatakan terdapat beberapa sebab pelajar tidak yakin terhadap mata pelajaran Sains  
     dan Matematik kerana:-
1
kerisauan pelajar terhadap pencapaian mata pelajaran Sains dan Matematik
2
kurangnya pendedahan dari aspek kerja dalam bidang berkenaan
3
pengaruh rakan sebaya
4
sikap ibu bapa yang tidak menykong pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik

 

(iii)                       Anda memperoleh keputusan mata pelajaran Sains dan Matematik dalam

                                       peperiksaan penggal pertama yang sangat mengecewakan.


Apakah usaha yang anda lakukan untuk mengatasi kelemahan dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut?
                                                                                                                                                                      [4 markah]
Cadangan jawapan:-
Usaha-usaha yang akan saya lakukan untuk mengatasi kelemahan dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut adalah dengan:-
1
mendapatkan bimbingan secara khusus dengan guru berkenaan
2
berbincang dengan rakan yang mahir subjek Sains dan Matematik
3
memperbanyak latih tubi menjawab soalan
4
mengikuti kelas tambahan/bimbingan berkaitan subjek Sains dan Matematik
5
mengikuti kelas tuisyen
6
mengikuti kelas pembelajaran melalui alam maya - Internet/WhatApps/Telegram



5 ulasan:

Unknown berkata...

Soalan 3

Asmiah berkata...

Apa maksud membuahkan kanser....petikan umum...rangkai kata

Unknown berkata...

I like .❤

floria79 berkata...

Minta maaf..pembetulan...kota belud di sabah BUKAN di sarawak

Unknown berkata...

Apakah maksud rangkai kata diumumkan sebagai pelajar cemerlang?