Rabu, 27 Mac 2019

LATIHAN PERIBAHASA SOALAN 3 (E)- KEMAHIRAN MEMBERI MAKSUD PERIBAHASA DAN MEMBINA AYAT MENGGUNAKAN PERIBAHASA BERKENAAN DAN SEBALIKNYA


Latihan 1: ( KEMAHIRAN MEMANTAPKAN PERIBAHASA ANDA)

1. bagaikan kera mendapat bunga
     Maksud : Orang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain
     Omi bagaikan kera mendapat bunga kerana dia telah membuang segala kad  ucapan yang telah diberikan oleh kawan-kawannya.

2. kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit
     Maksud : Keburukan seseorang menyebabkan nama orang lain turut tercemar
     Disebabkan seorang pekerja yang terlibat dalam kes rasuah, nama syarikat itu telah tercemar.

3. burung terbang dipipiskan lada
    Maksud : Mengharapkan sesuatu yang belum pasti dimiliki.
    Izzati bagaikan burung terbang dipipiskan lada apabila mengharapkan ayahnya membelikan telefon baru untuknya.

4. menegakkan benang yang basah
     Maksud : Menegakkan perkara yang salah
     Hainaa terpaksa bertindak seperti menegakkan benang yang basah demi rakannya.

5. bagaikan telur dihujung tanduk
    Maksud : Situasi genting
    Nyawanya bagaikan telur di hujung tanduk apabila dia hampir dilanggar oleh sebuah kereta.

6. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
     Maksud : Orang besar atau mulia tidak akan hilang atau jatuh martabatnya  apabila merendah diri.
       Ahli ulama itu membuktikan bahawa ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.

7. bagaikan tikus jatuh di kepuk
     Maksud : Mendapat keuntungan secara mengejut
     Nurin yang berjaya memenangi cabutan bertuah itu bagaikan tikus jatuh di kepuk

8. matinya semut kerana gula
    Maksud : Mendapat bencana kerana sesuatu yang terlalu menyenangkan
    Oleh sebab terlalu asyik dipuji dan berbangga diri, dia akhirnya dipecat kerana perbuatan khianat yang dilakukan oleh seseorang kerana matinya semut kerana gula.

9. air dicincang tidak akan putus
     Maksud : Tali persaudaraan tidak akan putus
     Walaupun aku dan adikku sering bergaduh namun kami tetap akan berbaik kerana air dicincang tidak akan putus.

10. bagaikan embun di hujung rumput
       Maksud : Kasih sayang yang tidak berpanjangan
       Kisah cinta dalam drama kebanyakkannya membawa tema bagaikan embun di hujung rumput.

Latihan 2:
1.   seperti mendukung biawak hidup
    Maksud : Membela atau menjaga orang yang tidak tahu mengenang budi
    Selama ini, Pak Andak membesarkan anak saudaranya seperti mendukung biawak hidup kerana kebajikannya terbiar begitu sahaja.

2.  sudah jatuh ditimpa tangga
     Maksud : Nasib malang berterusan
     Hidupnya bagai sudah jatuh ditimpa tangga kerana setelah dipecat, dia ditinggalkan kekasihnya.

3.  kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan
    Maksud : Mengutamakan orang lain daripada keluarga sendiri
    Ketua kampung itu lebih mengutamakan hal orang kampung berbanding hal keluarga sendiri bagai kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

4.  ditelan mati emak, dibuang mati bapak
     Maksud : Berada dalam keadaan serba salah
      Dia pening mahu menyelamatkan orang lain atau mengorbankan rakan baiknya kerana ditelan mati emak, dibuang mati bapak.

5.  kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah
     Maksud : Tentu ada maksdu tersembunyi seseorang berlaku secara luar  biasa.
     Dia curiga akan sikap Siti yang tiba-tiba menyepikan diri kerana kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah.

6. bagaikan anjing dengan bayang-bayang
     Maksud : Orang yang tamak
     Sikapnya yang seperti anjing dan bayang-bayang itu menyebabkan dia tidak disenangi oleh orang lain.

7. sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina
     Maksud : Telah mengetahui keadaan sebenar walaupun hanya melihat luarannya.
     Mirsha sudah dapat mengagak bahawa rakannya membawa pulang berita buruk dengan hanya melihat ekspresi wajahnya kerana sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina.

8.  genggam bara api biar sampai menjadi arang
     Maksud : Sesuatu kerja yang dilakukan itu hendaklah dilakukan sehingga selesai.
   Soleha tidak berputus asa belajar hingga berjaya mengalahkan musuhnya dalam peperiksaan yang lepas kerana genggam bara api biar sampai menjadi arang

9.  bagai mencurah air ke daun keladi
     Maksud : Perbuatan yang sia-sia
     Dia berharap usahanya untuk memperbaiki hubungan antara kedua orang rakannya tidaklah bagai mencurah air ke daun keladi.

10. kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak
      Maksud : Sedikit kesalahan orang lain cepat disedari, tapi kesalahan sendiri tidak sedar
      Farisa sebal dengan sikap rakannya yang diibaratkan seperti kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak.

Latihan 3:
1. Bagaikan lalat mengharung najis/ tahi
    Maksud : di mana ada punca rezeki/ keramaian, di situlah orang ramai berkumpul
    Bandar yang baru dibuka itu dipenuhi ramai orang bagaikan lalat mengharung najis.

2. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan
     Maksud : Pembangunan yang tumbuh dengan pesat
     Bilangan pengunjung yang datang ke taman tema itu bertambah seperti cendawan tumbuh selepas hujan

3. sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain
    Maksud : Usaha gigih yang berterusan
    Dia tekun menyiapkan kerja sekolahnya kerana dia yakin sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain.

4.  seperti pelanduk dua serupa
     Maksud: mempunyai wajah serupa
     Semasa kecil, ramai yang menyangka kami kembar kerana kami seperti pelanduk dua serupa.

5. melentur buluh biarlah dari rebungnya
    Maksud : Mendidik sejak dari kecil
    Ayah mengajar aku adab dan peraturan ketika aku masih kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.

6.  seperti ular kena palu
     Maksud : Tidak lurus atau bengkang-bengkok
     Perarakan tersebut tidak menarik kerana barisannya seperti ular kena palu

7.  mati semut kerana gula
     Maksud : Mendapat bencana kerana sesuatu yang terlalu menyenangkan
    Oleh sebab terlalu asyik dipuji dan berbangga diri, dia akhirnya dipecat kerana perbuatan khianat yang dilakukan oleh seseorang kerana matinya semut kerana gula.

8.  bagai mendapat durian runtuh
     Maksud : Mendapat sesuatu tanpa disangka-sangka
     Omi terkejut kerana dapat mengikuti kem di Langkawi bagai mendapat durian runtuh.

9.  umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain
     Maksud : Dua orang yang rapat tetapi mempunyai impian berlainan.
     Saya dan Aishah mempunyai cita-cita yang berlainan walaupun telah 10 tahun berkawan rapat.

10. mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan
       Maksud : Membuang apa yang telah ada apabila mendengar sesuatu yang belum pasti
Dia menolak tawaran pekerjaan itu apabila dia mendapat tahu terdapat kekosongan pada jawatan yang dikehendakinya bagai mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan.

Latihan 4:
Beri peribahasa yang sesuai dengan ayat yang dinyatakan tersebut.
1. Kata-kata dan janji manis yang diberi oleh calon yang bertanding dalam pilihanraya itu tidak disukai oleh penduduk di kawasan itu kerana janji yang ditabur tersebut mempunyai maksud yang tertentu.
    Seperti menanam tebu di tepi bibir

2. Selepas pertandingan memilih calon wakil rakyat itu berakhir, semua pihak yang bermusuhan telah berbaik-baik semula seperti sediakala.
    Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jua.

3. Walaupun sudah sepuluh tahun berhijrah ke luar negara untuk mencari rezeki, namun kehidupan Encik Izkram masih juga susah apabila dia pulang ke kampung halamannya.
    Bagai itik pulang petang

4. Walaupun berbadan besar dan kelihatan garang namun sebenarnya En. Mohd. Ramsul seorang guru yang baik hati ,lemah lembut, dan penyayang.

5. Walaupun keluarga Encik Mohd. Salam cuba menyembunyikan kisah anaknya terlibat dalam rasuah, namun akhirnya rahsia tersebut tersebar juga kepada orang ramai.
    Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia tak dapat ditutup

6. Hanya Husaini sahaja yang nakal di kelas itu tetapi semua pelajar di sekolah itu menganggap pelajar kelas tersebut sebagai kelas pelajar-pelajar nakal.
    Kerana nila setitik rosak susu sebelanga

7. Walaupun asalnya Saidiyah seorang pelajar yang lembam namun setelah diajar dengan bersungguh-sungguh oleh guru-gurunya, akhirnya dia berjaya dalam peperiksaan itu dengan cemerlang.
    Belakang parang kalau diasah lagikan tajam.

8. Farislullah seorang pelajar yang tidak tahu bermain badminton tetapi cuba mengambil bahagian dalam pertandingan badminton peringkat Daerah Perak Tengah.
    Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga

9. Setelah merantau di India lebih tujuh tahun, akhirnya Faleh pulang dan menetap semula di kampungnya yang terletak di Negeri Sembilan.
     Bagai ikan pulang ke lubuk

10. Perbuatan Syaidiyah menasihati kekasihnya yang bernamaFarislullah
     supaya berhenti merokok sia-sia sahaja kerana tidak diendahkan sama sekali  oleh kekasihnya itu.
      Bagai mencurah air ke daun keladi


Tiada ulasan: