CONTOH
PENULISAN KARANGAN BERPANDU SOALAN PEPERIKSAAN AWAL TAHUN 2019
BAHAGIAN A
[30 markah]
[Masa dicadangkan:45 minit]
Gambar
di bawah menunjukkan sebahagian daripada kepentingan rumah terbuka.
Lihat
gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan rumah terbuka. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
KEPENTINGAN RUMAH TERBUKA
Mengeratkan hubungan kekeluargaan
Mengekalkan perpaduan
Memahami budaya kaum lain
PENULISAN KARANGAN MENGGUNAKAN JADUAL PENGEMBANGAN IDEA
PERENGGAN PENGENALAN
PERKARA
|
BINAAN
AYAT DAN HURAIAN
|
DEFINISI
|
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka, rumah terbuka dedifiniskan sebagai rumah yang dapat dikunjungi semua
orang pada hari perayaan.
|
AYAT RANGSANGAN 1
|
Seyogia, sebagai masyarakat
berbilang kaum di Malaysia, situasi rumah terbuka tidak asing dan sering
diadakan oleh setiap masyarakat tidak mengira agama apabila menjelangnya
sambutan perayaan seperti Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji bagi penganut
agama Islam, Sambutan Hari Tahun Baru Cina bagi penganut agama Budha dan
perayaan Deepavali yang disambut oleh penganut agama Hindu.
|
AYAT RANGSANGAN 2
|
Bermula pada tahun 2000, kerajaan Malaysia telah memutuskan
bahawa sebanyak enam perayaan kaum utama di Malaysia dianggap sebagai
perayaan utama dan akan disambut sebagai perayaan peringkat nasional iaitu
Sambutan Hari Raya Aidil Fitri, Perayaan Tahun Baru Cina, Perayaan Hari
Krismas, Perayaan Deepavali, Perayaan Hari Gawai dan juga Perayaan Hari keamatan.
|
AYAT RANGSANGAN 3
|
Oleh sebab itu, semenjak tarikh berkenaan perayaan-perayaan
kaum utama masyarakat berkenaan diraikan pada peringkat kebangsaan anjuran
bersama kerajaan pusat dan kerajaan negeri pada setiap tahun.
|
AYAT RANGSANGAN 4
|
Sekiranya, amalan menyambut perayaan-perayaan berkenaan
berterusan sudah pasti keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia akan
terus mampan.
|
FRASA MENARIK
|
Menyedari kesungguhan kerajaan menganjurkan rumah terbuka
pada peringkat nasional sudah pasti sambutan perayaan berkenaan ada
kemaslahatannya kepada negara dan masyarakat kerana amalan rumah terbuka
merealisasikan hidup muafakat membawa berkat.
|
UNSUR KBAT
|
Tun. Dr. Mahathir Muhammad pernah
menggaris sembilan cabaran untuk merealisasikan Wawasan 2020, antara salah
satunya ialah pembentukan masyarakat yang bersatu padu dan penyayang dan
salah satu cara merealisasinya dengan amalan berkunjung ke rumah terbuka.
|
AYAT ARAHAN
|
Persoalannya, apakah kepentingan
kejiranan kepada masyarakat Malaysia.
|
PENULISAN KARANGAN MENGGUNAKAN JADUAL PENGEMBANGAN IDEA ISI
PERENGGAN PERTAMA
PERKARA
|
BINAAN
AYAT DAN HURAIAN
|
TEMA KECIL/ KATA KUNCI ISI
|
Sebagai pelajar berminda kelas
pertama, saya berpendapat amalan rumah terbuka merupakan salah satu prakarsa
untuk mengukuhkan dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.
|
AYAT HURAIAN 1
|
Seyogia, pada zaman globalikasi
kini setiap ahli keluarga sibuk dengan aktiviti masing-masing seperti ketua
keluarga mencari sumber rezeki untuk keluarga, sianak melanjutkan pelajaran
seperti di sekolah berasrama penuh, atau
bergelut dengan pembelajaran di menara gading sehingga masa senggang
mereka agak terhad untuk bersama-sama keluarga tercinta.
|
AYAT HURAIAN 2
|
Oleh sebab itu, aktiviti rumah
terbuka merupakan tempat untuk mereka dapat berkumpul bersama-sama untuk
mengenal hati budi, berbual-bual untuk mengeratkan hubungan silaturahim
terkikis akibat kesibukan masing-masing.
|
AYAT HURAIAN 3
|
Tambahan pula, semasa rumah
terbuka dianjurkan selalunya pada setiap hari perayaan, setiap ahli keluarga
dapat bercuti dan menggunakan kesempatan berkenaan untuk dapat bersama-sama
setiap ahli keluarga tercinta.
|
AYAT CONTOH
|
Selalunya, setiap ahli keluarga akan berkerjasama untuk
memastikan hari terbuka berkenaan dapat dijayakan dengan sempurna dengan menjalankan
aktiviti seperti bergotong royong menghiaskan khemah, menyediakan juadah
makanan bersama-sama, dan begitu juga menyantuni kedatangan kaum keluarga sepanjang
aktiviti rumah terbuka dijalankan.
|
UNSUR KBAT 1
|
Sekiranya,
amalan rumah terbuka dapat diadakan sudah pasti segala
salah faham yang wujud dalam kalangan ahli keluarga dapat diredakan melalui
pertemuan serta perbincangan semasa amalan rumah terbuka dan ini akan dapat
merapatkan semula silaturahim yang tercalar dalam kalangan ahli keluarga
|
UNSUR KBAT 2
|
Sebaliknya,
jika aktiviti rumah terbuka tidak dapat dijalankan sudah pasti ahli keluarga
tidak dapat berkumpul bersama-sama dan hubungan silaturahim tidak akan dapat
dibenih atau disuburkan dalam suasana perayaan yang mulia.
|
FRASA MENARIK
|
Menurut Saidina Abu Bakar,
‘Hiduplah seperti pohon kayu lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar
orang dengan batu, tetapi dibalasnya dengan buah’ dan begitulah hakikatnya
mereka yang mengadakan rumah terbuka.
|
AYAT PENEGAS
|
Jelaslah bahawa amalan
rumah terbuka mampu mengukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan anggota
masyarakat.
|
PENULISAN KARANGAN MENGGUNAKAN JADUAL PENGEMBANGAN IDEA ISI
PERENGGAN KEDUA
PERKARA
|
BINAAN
AYAT DAN HURAIAN
|
TEMA KECIL/ KATA KUNCI ISI
|
Sebenarnya, amalan rumah terbuka yang diwujudkan semasa hari perayaan banyak
memberikan kemaslahatan terutamanya dalam mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan anggota
masyarakat di negara kita
|
AYAT HURAIAN 1
|
Perpaduan yang terjalin semenjak kemerdekaan negara pada tahun 1957 sekali
gus dapat memudahkan pencapaian matlamat atau misi dan visi negara dalam
usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara bangsa.
|
AYAT HURAIAN 2
|
Selain itu, amalan rumah terbuka memberikan makna besar kepada anggota
masyarakat mengenai perpaduan yang perlu wujud untuk mengelakkan sebarang
unsur prejudis terhadap keharmonian kaum dan masyarakat serta melupakan
pertentangan pendapat, perbezaan idealogi, perbezaan konsep politik mahupun
berlainan parti politik sama ada pembangkang atau kerajaan
|
AYAT HURAIAN 3
|
Pada sambutan hari rumah terbuka semua masyarakat Malaysia tidak kira
warna kulit, agama, dan kaum akan mengambil kesempatan untuk sama-sama
meraikan hari perayaan dengan suasana aman dan harmoni.
|
AYAT CONTOH
|
Oleh sebab itu, masyarakat majmuk seperti Melayu, India, Cina, Kadazan
dan sebagainya boleh berkunjung ke rumah terbuka kaum lain tanpa berasa
waswas dan rasa bimbang akan
keselamatan mereka.
|
UNSUR KBAT 1
|
Sekiranya, amalan rumah terbuka ini tetap kukuh dalam kalangan masyarakat
Malaysia, sudah pasti ukhuwah dalam kalangan masyarakat Malaysia akan kekal
akrab.
|
UNSUR KBAT 2
|
Kesannya, amalan rumah terbuka akan menimbul dan membenihkan perasaan
muhibah antara satu sama lain dapat mewujudkan kehidupan masyarakat yang
lebih harmoni serta dapat mengelakkan polemik yang mampu mencentus ketegangan
dan perbalahan antara kaum
|
FRASA MENARIK
|
Pada waktu yang sama, setiap masyarakat yang menghadiri rumah terbuka
dapat bermaaf-maafan dan menimbulkan rasa setikawan persis peribahasa buang
yang keruh, ambil yang jernih
|
AYAT PENEGAS
|
Tegasnya, konsep penyatuan antara kaum dapat dihidupkan
melalui amalan rumah terbuka.
|
PENULISAN KARANGAN MENGGUNAKAN JADUAL PENGEMBANGAN IDEA ISI
PERENGGAN KETIGA
PERKARA
|
BINAAN AYAT DAN HURAIAN
|
TEMA KECIL/ KATA KUNCI ISI
|
Dari perspektif yang lain , amalan rumah terbuka dapat membantu rakyat
Malaysia memahami dan mengenali budaya
kaum lain dengan lebih dekat.
|
AYAT HURAIAN 1
|
Hal ini demikian kerana masyarakat Malaysia yang terdiri daripada masyakat
majmuk akan bersama-sama merayakan hari rumah terbuka yang disambut dan
diadakan oleh kenalan mereka sama ada mereka kaum Melayu, Cina, India dan
masyarakat minoriti yang lain.
|
AYAT HURAIAN 2
|
Amalan rumah terbuka ini juga membolehkan setiap kaum mengenali juadah kueh-muih
dan makanan kaum-kaum lain selain mereka dapat mengenali dengan lebih dekat
adat resam, pantang larang dan pakaian tradisi rakan-rakan mereka sendiri.
|
AYAT HURAIAN 3
|
Oleh sebab itu, melalui amalan
rumah terbuka akan melahirkan rasa hormat menghormati budaya rakan-rakan yang
hukan seagama dengan mereka sama ada cara mereka makan, juadah kuih muih dan makanan serta
cara mereka sembahyang dan pantang larang yang mereka anuti.
|
AYAT CONTOH
|
Secara tidak langsung semangat toleransi akan tersemai dalam kalangan
generasi Malaysia moden, contohnya setiap masyarakat akan menghormati cara
berpakaian rakan-rakan mereka seperti orang Melayu bangga dengan Baju
Melayunya, Orang Cina bangga dengan pakaian Cheogsamnya, dan Orang India
dengan Sari dan Dhotinya.
|
UNSUR KBAT 1
|
Sekiranya, amalan rumah terbuka
terus diraikan dan menjadi budaya bersama-sama masyarakat Malaysia sudah
pasti perasaan kasih sayang, hormat-menghormati, dan perpaduan masyarakat
akan terjalin.
|
UNSUR KBAT 2
|
Sebaliknya, jika amalan rumah
terbuka tidak diraikan antara masyarakat majmuk di Malaysia sudah pasti
hubungan antara kaum akan terancam dan terhakis sehingga pernah menjadi tragedi
pada 13 Mei 1969.
|
FRASA MENARIK
|
Oleh sebab itu, usaha kerajaan
untuk menjadikan rumah terbuka sebagai agenda kerajaan semenjak
tahun 2000 melibatkan enam perayaan kaum utama di Malaysia perlu diteruskan
kerana sebelum terhantuk baru tergadah sudah tidak berguna lagi.
|
AYAT PENEGAS
|
Tuntasnya, budaya dan adat resam kaum lain dapat
dipelajari melalui amalan murni ini dan masyarakat Malaysia akan terus memahami
budaya kaum lain melalui amalan kunjung mengunjung semasa rumah terbuka
diadakan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
|
PENULISAN KARANGAN MENGGUNAKAN JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN
PENUTUP
PERKARA
|
BINAAN AYAT DAN HURAIAN
|
AYAT PENYIMPUL
|
Setelah menghalusi hujah-hujah dan pendapat-pendapat yang diperkatakan
seperti di atas, bayangan kian jelas bahawa amalan rumah terbuka memang
banyak membawa manfaat kepada masyarakat dan negara.
|
AYAT CADANGAN
|
Oleh sebab itu, konsep rumah terbuka perlu dihayati dengan mendalam oleh
semua pihak sama ada konsep dan objektifnya dianjurkan iaitu sebagai prakarsa untuk mengukuhkan dan mengeratkan hubungan
kekeluargaan, mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan anggota masyarakat di negara kita,
dan dapat membantu rakyat Malaysia memahami dan mengenali budaya kaum lain
dengan lebih dekat.
|
AYAT CADANGAN TAMBAHAN TIADA DALAM
PERENGGAN DIBINCANGKAN
|
Bahkan juga, penganjuran rumah terbuka juga
merupakan sumber daya tarikan
kepada pelancong asing yang melancong di negara kita, juga
merupakan metodologi lain untuk masyarakat berbilang kaum menikmati dan merasai kepelbagaian masakan masyarakat
Malaysia, serta sebagai sumber menyumbangkan pendapatan negara apabila
rumah terbuka merancakkan industri pelancongan di negara kita.
|
AYAT HURAIAN MENGAPA
CADANGAN DIUTARAKAN
|
Oleh sebab itu, jelaslah rumah
terbuka merupakan satu agenda yang memberikan impak kepada perpaduan kaum di
Malaysia dan negara yang perlu dijadikan sebagai budaya masyarakat berbilang
kaum.
|
UNSUR KBAT
|
Tanpa adanya aktiviti rumah terbuka sudah pasti usaha untuk
merealisasikan salah satu cabaran agenda WAWASAN 2020 iaitu membentuk masyarakat yang bersatu padu dan penyayang hanya
menjadi angan-angan Mat Jenin
|
FRASA MENARIK
|
Walaupun negara kita merupakan satu titik kecil dalam
peta dunia, namun usaha kerajaan untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang
bangsa dapat dijadikan teladan kepada negara-negara di dunia agar kita akan
dapat duduk sama rendah dan berdiri
sama tinggi dengan negara maju yang lain.
|
AYAT HARAPAN
|
Semoga dengan adanya aktiviti sambutan rumah terbuka perpaduan masyarakat Malaysia akan kekal harmoni sebagai usaha untuk memajukan negara bangsa.
|
Contoh karangan di atas boleh dihasilkan sekiranya pelajar kerap membuat latihan serta banyak membuat rujukan. Kemungkinan pelajar tidak dapat menghasilkan karangan kerana kurangnya latihan yang berterusan. Namun, contoh karangan menggunakan kaedah jadual pengembangan idea perenggan karangan di atas hanya sebagai panduan menulis karangan dan pelajar boleh menggunakan pelbagai cara atau kaedah penulisan karangan. Paling utama, pelajar mampu mengembang dan menghuraikan isi karangan dengan baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan