PADA HARI INI SAYA MENERUSKAN CORETAN
PERSEDIAAN MENGHADAPI SOALAN 2(D) i, 2(D) ii, dan 2(D) iii IAITU SOALAN PEMAHAMAN
PUISI.
SEBAGAI MAKLUMAN
PELAJAR, FORMAT DAN KEHENDAK SOALAN 2(D) i, 2(D) ii, dan 2(D) iii, SAMA SEPERTI
KETENTUAN DI BAWAH:-
Bil
|
Kriteria Soalan / Kehendak
Soalan
|
Markah
|
Isi
|
1
|
Soalan berdasarkan teks
puisi. Jawapan ada pada puisi yang ditanya. Cuma bezanya, jawapan banyak
dalam bentuk tersirat yang memerlukan anda faham kreatif memahaminya
berdasarkan kajian komsas yang anda pelajari. Soalan boleh ditanya tentang
maksud frasa, baris, rangkap, dan sebagainya.
|
2 Markah
|
Patikan anda menjawab
maksud frasa , baris, dan rangkap soalan yang ditanya.
|
2
|
Soalan berdasarkan pendapat
anda. Pastikan pendapat anda logik dan boleh diterima.
|
3 Markah
|
Isi minimum 2 tetapi senaraikan 3 isi.
|
3
|
Soalan
berdasarkan kajian komsas ( tema, persoalan, gaya bahasa, nilai, dan pengajaran
|
4 markah
|
Isi minimum 2 tetapi jawap
3 isi untuk “backup”
|
SKOP SOALAN KAJIAN PUISI TING 4 DAN TING 5:
SENARAI ANTOLOGI KOMSAS TING 4 ( ANTOLOGI JAKET KULIT
KIJANG DARI ISTANBUL)
|
SENARAI ANTOLOGI KOMSAS TING 5 ( ANTOLOGI SEJARAH
RINDU)
|
CONTOH SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN:-
Soalan 2(c) – Syair
Baca syair di bawah
dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri
SYAIR
BIDASARI
Dengarkan tuan suatu riwayat,
Raja di desa Negeri
Kembayat,
Dikarang fakir dijadikan hikayat,
Supaya menjadi tamsil ibarat.
Ada raja suatu negeri,
Sultan halifah akas bestari,
Asalnya baginda raja yang bahari,
Melimpah ngadil dagang senteri.
Hairan orang empunya temasya,
Baginda itulah raja perkasa,
Sangat tiada merasai susah,
Entah pada esok dan lusa.
Seri sultan raja bestari,
Setelah ia sudah beristeri,
Beberapa bulan beberapa hari,
Hamillah puteri permaisuri.
|
Beberapa lamanya dalam kerajaan,
Baginda duduk bersuka-sukaan,
Datanglah beroleh kedukaan,
Baginda meninggalkan takhta
kerajaan.
Datanglah kepada suatu masa,
Melayanglah unggas dari angkasa,
Unggas gurda sangat perkasa,
Menjadi negeri rosak binasa.
Datanglah menyambar suaranya
bahana Gemparlah sekalian mulia dan hina,
Seisi negeri gundah-gulana,
Membawa diri ke mana-mana
.
Baginda pun sedang dihadap orang,
Mendengar gempar seperti perang,
Bertitah baginda raja yang garang,
"Gempar ini apakah
kurang."
|
1.Nyatakan maksud
Baginda meninggalkan takhta kerajaan.
[2
markah]
Cadangan
jawapan:-
Baginda meninggalkan takhta kerajaan bermaksud
sultan /baginda berundur dari istana.
2. Kemusnahan negeri akibat
serangan geroda menyebabkan keadaan negeri menjadi
kelam- kabut.
Pada
pendapat anda, mengapakah boleh berlaku keadaan kelam-kabut tersebut?
[3 markah]
Cadangan
jawapan:-
Pada
pendapat saya keadaan kelam-kabut berlaku mengikut syair berkenaan kerana suara
burung gurda berkenaan sangat kuat dan luar biasa, selain itu itu burung gurda
berkenaan dikatakan sangat perkasa atau sangat kuat
menyebabkan rakyat gempar serta menjadi ketakutan sehinggakan mereka terpaksa
melarikan untuk mengelakkan serangan burung gurda berkenaan.
3. Huraikan dua
pengajaran daripada syair di atas.
[4
markah]
Cadangan
jawapan:-
Kita
hendaklah bersabar dalam mengharungi ranjau kehidupan agar hidup lebih
bermakna.
Kita hendaklah berkorban demi orang yang
kita kasihi agar mereka beroleh kebahagiaan.
Kita hendaklah prihatin dengan kesusahan
yang tanggung oleh orang lain.
Kita hendaklah bersyukur kepada Tuhan
kerana negara kita sentiasa aman dan makmur.
Kita mestilah berani menghadapi cabaran
masa depan.
Kita mestilah bijak mentadbir negara untuk
kebaikan bersama.
Soalan 2 (d) – Sajak
Baca sajak di bawah dengan teliti,
kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda
sendiri.
AKU MEMBACA LAGI
Aku mendongak langit
membaca garis dan titik
menaakuli kebesaran-Mu
di bawahnya gumpalan mega
hembusan bayu dan banjaran gunung.
Kuselusuri alam
kicauan burung
desiran ombak dan wajah pelangi
mewarnai kehidupan umat-Mu.
Aku mendongak lagi
membaca langit
di dalamnya pohon-pohon kayan
rapuh
dahan dan ranting terkulai
daun-daun berguguran
helai demi helai
di lantai tanah airku yang makmur.
Aku membaca langit
kutemui
bulan dan bintang menangis
meratapi luka nasib bangsa.
Aku mendongak lagi
menitis air mata langit
membasahi bahasa Melayuku
yang berdarah.
Razali Mohd. Yusof
Antologi Jaket Kulit
Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan
Pustaka.
(i)
Nyatakan dua perkara duka ketika
penyajak mendongak dan membaca langit dalam rangkap keempat dan kelima sajak di
atas. [2 markah]
(ii) Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara kita dan harus dimartabatkan kedudukannya.
Pada pendapat
anda, apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan oleh seseorang murid untuk
memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan? [3 markah]
(iii) Huraikan dua pengajaran
yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah]
SKEMA
ATAU CADANGAN JAWAPAN:-
Soalan
2(d) : Sajak
i. Dua perkara duka ketika penyajak mendongak dan membaca langit dalam rangkap
keempat dan kelima sajak:
JAWAPAN
|
MARKAH
|
- para pejuang
bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa Melayu
yang tidak dimartabatkan
|
1m
|
- penyajak meluahkan kekesalannya apabila bahasa Melayu
yang semakin diketepikan terus dipinggirkan oleh semua pihak
|
1m
|
ii. Usaha-usaha yang dapat dilakukan oleh seseorang murid untuk
memartabatkan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan:
JAWAPAN
|
MARKAH
|
- menggunakan bahasa Melayu baku dalam pertuturan pada
setiap masa
|
1m
|
- sentiasa peka terhadap kesalahan ejaan atau tatabahasa
|
1m
|
- mengurangkan penggunaan bahasa rojak dalam percakapan
|
1m
|
- sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti yang berkaitan
dengan bahasa Melayu
|
1m
|
- menyertai pertandingan dalam bahasa Melayu pada
peringkat antarabangsa
|
1m
|
[Maksimum:
3 markah] [Isi cukup: 2 Isi]
iii.
Dua pengajaran:
JAWAPAN
|
MARKAH
|
- kita mestilah menghargai setiap ciptaan Tuhan
yang ada di atas muka bumi ini dengan cara bersyukur atas nikmat-Nya
|
1 +1m
|
- kita mestilah menjaga setiap anugerah Tuhan
kerana semua itu untuk melengkapkan kehidupan
|
1+1m
|
- kita perlu menjaga kedaulatan bahasa Melayu
walaupun negara telah makmur
|
1+1m
|
- kita hendaklah menghargai bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan dengan cara memastikan bahasa Melayu tidak tercemar
|
1+1m
|
- kita haruslah berusaha memartabatkan bahasa
Melayu agar tidak luput ditelan zaman
|
1+1m
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan