Khamis, 28 Februari 2019

FORMAT SOALAN 2(C) PROSA TRADISIONAL DAN KEHENDAK SOALAN SEBAGAI PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN AWAL PERSEKOLAHAN (PAWAT) 2019

PADA HARI INI SAYA TERUS MENCORET PERSEDIAAN MENGHADAPI SOALAN 2(C) i, 2(C) ii, dan 2(C) iii IAITU SOALAN PROSA TRADISIONAL. SEKIRANYA PELAJAR MERUJUK KAJIAN PROSA TRADISIONAL ANTOLOGI JAKET KIJANG DARI ISTANBUL DAN SATU PROSA TRADISIONAL SEJADAH RINDU TING. 5, HANYA SATU TAJUK SAHAJA SETIAP SATU KAJIAN PROSA TRADISIONAL IAITU:-

PROSA TRADISIONAL KAJIAN TING 4
PROSA TRADISIONAL KAJIAN TING 5
KEPIMPINAN MELALUI TELADAN
BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA

OLEH SEBAB ITU, SALAH SATU PROSA TRADISIONAL TERSEBUT AKAN DITANYA DALAM SOALAN PAWAT 2019. SEBAGAI PERSEDIAAN, PELAJAR PERLU MENGUASAI KEDUA-DUA SOALAN KERANA SALAH SATU SOALAN MEMANG AKAN DITANYA PADA PAWAT 2019.

SEBAGAI MAKLUMAN PELAJAR, FORMAT DAN KEHENDAK SOALAN 2(C) i, 2(C) ii, dan 2(C) iii, SAMA KECUALI SOALAN SPM NOV 2(C) i  SEPERTI TIDAK MEMINTA CALON MEMBERI MAKSUD FRASA. PALING PENTING CALON PERLU AKUR DENGAN KEHENDAK SOALAN.

Bil
Kriteria Soalan / Kehendak Soalan
Markah
Isi
1
Soalan SPM Nov 2018 terdapat sedikit perubahan format kerana soalan meminta pelajar mencari pernyataan yang terdapat di dalam petikan teks.

Format sebelum soalan SPM sebelum soalan Nov 2018 meminta pelajar
memberi maksud frasa .
2 Markah
Pernyataan berkenaan atau jawapannya terdapat di dalam teks.
Patikan anda menjawab maksud frasa dan elakkan menghurai frasa berkenaan.
2
Soalan berdasarkan pemahaman teks. Jawapan atau isi ada pada teks yang ditanya. Elakkan memberikan jawapan berbentuk pendapat.
3 Markah
Isi minimum 2 tetapi senaraikan 3 isi.
3
Soalan berdasarkan pendapat anda. Elakkan menulis isi yang ada dalam teks.
Sebagai peringatan: Soalan menggunakan kata kunci huraikan, jelaskan, terangkan,  ulaskan memerlukan pelajar menghuraikan jawapan anda. Selalunya, soalan menggunakan kata kunci soalan tersebut memerlukan pelajar menulis 2 isi sahaja tetapi untuk langkah lebih selamat, jawap 3 isi.
Namun soalan menggunakan kata kunci senaraikan, tuliskan tidak memerlukan pelajar menghuraikan isi tetapi pelajar perlu menyenaraikan tiga isi.
3 markah
Isi minimum 2 tetapi jawap 3 isi untuk tujuan “backup”.




SOALAN-SOALAN 2(C) PROSA TRADISIONAL DAN SKEMA JAWAPAN 
SOALAN PERCUBAAN SBP 2017 DI BAWAH SAMA SEPERTI FORMAT SOALAN SPM NOV 2018.




Cadangan jawapan soalan 2(c) - Prosa Tradisional:-

1.   Reaksi Laksamana apabila raja menitahkan dua harta untuk Laksamana satu bahagian untuk empunya harta  ialah laksamana berpendapat titah Sultan berkenaan akan merugikan.sultan serta tuan punya harta. Oleh sebab itu, Laksamana hanya setuju menerima sebagian sahaja daripada harta berkenaan walaupun Sultan mencadangkan laksamana menerima dua bahagian daripada harta berkenaan. Laksama juga  berpendapat terpulanglah selepas itu tuan punya harta untuk memberikan harta      selebihnya kepada beliau.

2.  Setelah pemilik harta menyerahkan semua harta kepada Laksmana, maka Laksamana membahagikan harta tersebut kepada tiga bahagian, diambilnya satu bahagian.  Bahagian yang diterima oleh Laksamana dibahagikan pula kepada tiga bahagian, dan sebagiannya di dermakan kepada segala fakir miskin, dan sebahagian lagi diberi kepada segala pegawai yang tiada penguasaan dan sebahagian diberi kepada segala orangnya. Akhirnya, Laksamana tidak mengambail sebarang harta berkenaan.

3.  Pada pendapat saya, Laksamana sanggup mengagihkan harta yang diperolehnya  kepada orang lain tanpa mengambil sedikitpun harta berkenaan kerana:-

i)             Laksamana sudah mempunyai jawatan besar dan pendapatan yang baik oleh sebab  itu harta berkenaan perlu dibahagikan kepada orang yang memerlukan seperti fakir miskin dan pegawai bahawahannya yang memerlukan harta untuk meneruskan kehidupan.

ii)            Selain itu, harta berkenaan merupakan harta rampasan yang dirampas daripada Kertala Sari yang diperoleh daripada aktiviti mencuri dan bagi Laksama harta berkenaan bukan hasil daripada titik peluhnya dan semestinya harta berkenaan diberikan kepada orang yang sepatutnya menerima harta berkenaan sama ada  mereka yang telah kehilangan harta ataupun mereka yang memerlukannya seperti  fakir miskin dan pegawai-pegawainya yang tidak berharta atau pegawainya yang  terlibat untuk merampas semula harta rampasan Kertala Sari.


( Soalan ini merupakan soalan KBAT, dan pelajar boleh memberi apa sahaja

jawapan yang sesuai)


Tiada ulasan: