Khamis, 7 Februari 2019

NOTA BERKAITAN KATA PEMERI ( TATABAHASA SELEPAS CUTI HARI RAYA CINA)

KATA PEMERI

Terdapat dua jenis kata pemeri iaitu:
i. adalah
ii. ialah
Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja.

KATA PEMERI
MAKSUD
AYAT CONTOH
ialah
- menunjukkan persamaan
- hadir di hadapan frasa nama


1. Rumah yang cantik itu ialah rumah En.Mazlan.
2. Emak ialah seorang guru.
3. Agama rasmi Negara ialah agama Islam.

Adalah
- menunjukkan huraian atau
keterangan.
- Hadir di hadapan frasa
  adjektif dan frasa sendi

1. Meja yang dibeli itu adalah daripada kayu jati.
2. Warna kasut abang adalah hitam.
3. Tujuan pertandingan itu diadakan adalah untuk mencungkil bakat baru.


Nota :
1.       Pada umumnya, kata pemeri tidak boleh hadir bersama-sama dengan kata nafi.

SALAH
BETUL

Siswazah yang baru lulus itu ialah bukan
pengetua maktab.
Arahan itu adalah bukan untuk semua pegawai.

Siswazah yang baru lulus itu bukan pengetua
maktab.
Arahan itu bukan untuk semua pegawai.


2. Kata pemeri boleh wujud dalam binaan kata nafi + frasa adjektif.
Contoh binaan kata nafi + kata adjektif:-
i.   Tidak benar
ii.  Tidak cantik
iii. Tidak adil
Contoh ayat:
Laporan itu adalah tidak benar.
Keputusan itu adalah tidak adil.

3. Kata pemeri TIDAK BOLEH hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Penggunaan kata pemeri
adalah dalam ayat-ayat berikut dianggap menyalahi tatabahasa Bahasa Melayu.
Contoh:-

i.   Adalah diberitahu sekolah akan ditutup esok.
Struktur ayat yang betul ialah:
Dengan ini diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
Anda diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
Ibu Bapa diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
Tuan-tuan diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
     Dengan hormatnya diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.

ii.  Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Selasa.
Struktur ayat yang betul ialah:
Dengan ini diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Selasa.

iii. Kegagalan projek itu adalah disebabkan oleh kecuaian pihak pengurusan syarikat itu.
Struktur ayat yang betul ialah:-
Kegagalan projek itu disebabkan oleh kecuaian pihak pengurusan syarikat itu.

LATIHAN:-

A. Pilih jawapan yang betul.

01. Hari ini ialah hari jadi Ahmad.
A. Betul
B. Salah

02. Makanan kegemaran saya adalah nasi goreng.
A. Betul
B. Salah

03. Harga barangan yang dijual di pasar raya itu adalah berpatutan.
A. Betul
B. Salah

04. Cita-cita saya adalah menjadi seorang pakar jantung.
A. Betul
B. Salah

05. Bertanggungjawab adalah sifat yang terpuji.
A. Betul
B. Salah

06. Johan pertandingan bercerita sekolah menengah tahun ini adalah saudara
Masyiroh Taib.
A. Betul
B. Salah

07. Tuduhan itu ialah palsu.
A. Betul
B. Salah

08. Pemuda yang kita jumpa tadi ialah seorang lulusan Universiti Al-Azhar.
A. Betul
B. Salah

09. Sapu tangan itu adalah pemberian kekasih abang saya.
A. Betul
B. Salah

10. Epok-epok adalah sejenis kuih tradisional.
A. Betul
B. Salah

B. Pilih kata pemeri yang sesuai.
 
1. Farid ( ialah, adalah ) seorang kanak-kanak istimewa.
2. Surat yang sampai tadi ( adalah , ialah ) daripada peguam
3. Ucapan yang disampaikan oleh pengetua ( adalah , ialah ) terlalu panjang.
4. Warna kuning ( ialah , adalah ) warna diraja
5. Wang peruntukan itu ( adalah , ialah ) untuk semua murid.
6. Keputusan yang dibuat oleh hakim mahkamah itu ( adalah , ialah ) tidak adil.
7. .Rumah setinggan di lereng bukit itu (adalah , ialah ) rumah Pak Abu.
8. Suara guru itu ( adalah ,ialah ) tidak jelas.
9. Jawapan yang diberikan oleh pelajar itu (adalah , ialah ) tidak tepat.
10. MEASAT 1 ( ialah , adalah )satelit pertama Malaysia.

1 ulasan:

abhi rami berkata...

Nota yang ringkas.. Boleh faham dengan cekap. Terima kasih untuk nota ringkas ini..