SOALAN
PEPERIKSAAN PERCUBAAN KERTA BAHASA MELAYU 2, MRSM 2019
Soalan
1 : Rumusan
(
30 markah)
Baca petikan di bowah Dengan
teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha menggalakkan
industri tumbuhan herba dan kebaikan tumbuhan herba dalam bidang
perubatan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.
Pokok
herba ialah tumbuhan yang dikategorikan sebagai pokok renek berbatang lembut
ataupun keras dan mengandungi air yang banyak. Dahulu, pokok herba ini biasanya
digunakan oleh masyarakat sebagai bahan ubat-ubatan untuk merawat penyakit dan
makanan tambahan untuk mlnguatkan tenaga. Tumbuhan herba ini juga sering
digunakan dalam masakan bagi menyedapkan rasa masakan. Tumbuhan herba yang
biasa digunakan dalam masakan seperti lengkuas, kunyit, halia dan bawang putih
sebenamya mempunyai khasiat yang menakjubkan.
Kini, pengguna mula cenderung kepada
produk semula jadi, lalu mereka memilih untuk menjadikan tumbuhan herba sebagai
bahan utama kegunaan harian. Untuk itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas
Tani mengambil langkah proaktif menjalankan penyelidikan mengenai tumbuhan
herba. Kementerian ini juga mengadakan kempen secara besar-besaran berkaitan
penanaman tumbuhan herba untuk menyedarkan masyarakat tentang industri ini.
Kempen ini boleh dijalankan melalui pelbagai cara termasuklah media massa agar
masyarakat dapat menyedari kepentingan industri tumbuhan herba.
Bagi menyokong usaha kerajaan ini,
agensi berkaitan pertanian telah mewujudkan taman-taman herba. Keiwujudan
taman-taman ini akan menarik minat pekerja di agensi tersebut dan juga
pengunjung untuk mendalami ilmu berkaitan tumbuhan herba. Selain itu, Universiti
Putra Malaysia (UPM) telah menubuhkan Taman Konservatori Pertanian yang menempatkan
lebih 500 spesies tumbuhan herba yang berfungsi sebagai ubat-ubatan. Usaha yang
digerakkan oleh Institut Biosains UPM ini telah berjaya menarik minat para
penyelidik tempatan dan luar negara untuk menjalankan kajian perubatan bagi
mengatasi pelbagai penyakit. Dalam pada itu, UPM dan Majlis Kanser Nasional
(MAKNA) telah bekerjasama menjalankan penyelidikan makmal secara klinikal untuk
mencari penawar kepada penyakit kanser.
Di samping itu, UPM turut menganjurkan
Bengkel Pengenalan Tumbuhan Ubat-ubatan bagi mendedahkan masyarakat kepada
kegunaan tumbuhan herba, kaedah penanaman dan penjagaannya. Dalam usaha
merancakkan penanaman pokok herba ini, semua kerajaan tempatan disarankan
membuat landskap tanaman herba di kawasan majlis perbandaran masing-masing di
samping menanam pokok-pokok hiasan. Orang ramai juga digalakkan menanam
tumbuhan herba di pekarangan rumah mereka sebagai penghias halaman rumah. Bagi
menggalakkan orang ramai menanam tanaman herba ini, Jabatan Pertanian akan memberikan
pendidikan penanaman herba secara praktikal seperti proses-proses penanaman, penjagaan
dan fungsi tumbuhan herba dalam menyembuhkan penyakit. Usaha-usaha yang giat
dijalankan ini mampu menyerlahkan
potensi industri tumbuhan herta agar masyarakat mendapat manfaat daripadanya.
Dipetik dan diubah suai daripada
' Keajaiban Tumbuhan Herba'
oleh Nazrul Azim Sharuddin,
Utusan Malaysia, l0
Julai 2017
Perenggan isi tersirat:-
Kebaikan tumbuhan herba dalam bidang perubatan kerana penggunaannya kurang memberi kesan sampingan kepada kesihatan pesakit dan kos penggunaannya lebih murah.
Isi tersurat petikan rumusan di atas diwarnakan dengan warna kuning. Diharapkan pelajar dapat membina perenggan isi tersurat berdasarkan isi-isi berkenaan.
Perenggan Pengenalan Rumusan:-
Petikan membincangkan langkah-langkah/cara-cara/inisiatai-inisiatif/kaedah-kaedah/tindakan-tidakan/pendekatan/ mekanisme/ modus operandi/ cadangan-cadangan/ strategi untuk menggalakkan industri tumbuhan herba di negara kita/ di Malaysia/ dalam kalangan masyarakat.
atau
Rumusan memperihal langkah-langkah / cara-cara / inisiatif-inisiatif / kaedah-kaedah / tindakan-tidakan /pendekatan / mekanisme / modus operandi / cadangan-cadangan / strategi menggalakkan industri tumbuhan herba dan kebaikan tumbuhan herba dalam bidang perubatan.
Sila bina perenggan isi tersurat rumusan anda menggunakan enam isi tersurat yang diwarnakan di atas.
Sebelum menulis perenggan isi tersurat, pelajar perlu peka berkaitan subjek setiap isi di atas kerana kebanyakannya subjeknya isinya berbeza-beza. Subjek setiap isi di atas, saya hitamkan. Sekiranya subjek ayat isi berkenaan tidak ditulis bermakna ayat berkenaan dianggap ayat tergantung dan isinya tidak akan diterima kerana ayat berkenaan tidak lengkap.
Perenggan Isi tersurat yang lengkap.
Usaha -usaha menggalakkan industri tumbuhan herba telah dijalankan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan mengambil langkah proaktif menjalankan penyelidikan dan mengadakan kempen secara besar-besaran berkaitan penanaman tumbuhan herba. Selain itu, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menubuhkan Taman Konservatori Pertanian, menganjurkan Bengkel Pengenalan Tumbuhan Ubat-ubatan serta bekerjasama dengan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) menjalankan penyelidikan makmal secara klinikal. Bahkan juga, untuk menggalakkan industri tumbuhan herba, orang ramai digalakkan menanam tumbuhan herba di pekarangan rumah mereka.

Isi Tersirat:-
Di bawah disenaraikan isi tersirat berdasarkan kata kunci kebaikan tumbuhan herba dalam bidang perubatan.
1. Tumbuhan herba kurang memberi kesan sampingan kepada kesihatan.
2. Kos penggunaan tumbuhan herba lebih murah.
3. Tumbuhan herba bebas daripada penggunaan bahan kimia.
4. Tumbuhan herba mudah didapati.
5. Tumbuhan herba berfungsi sebagai bahan perubatan alternatif.
6. Penggunaan tumbuhan herba mempercepat kesan penyembuhan.
7. Tumbuhan herba boleh dijadikan makanan gantian kepada pesakit.
8. Tumbuhan herba meningkat daya ketahanan badan melawan penyakit/ meingkat tahap imunasi
Perenggan isi tersirat:-
Kebaikan tumbuhan herba dalam bidang perubatan kerana penggunaannya kurang memberi kesan sampingan kepada kesihatan pesakit dan kos penggunaannya lebih murah.
Penutup Rumusan:-
Kesimpulannya, kerajaan perlu memajukan penggunaan tumbuhan herba dalam bidang perubatan agar kehidupan masyarakat sentiasa sihat.
Rumusan Lengkap:-
Rumusan membincangkan langkah-langkah / cara-cara / inisiatif-inisiatif / kaedah-kaedah / tindakan-tidakan /pendekatan / mekanisme / modus operandi / cadangan-cadangan / strategi menggalakkan industri tumbuhan herba dan kebaikan tumbuhan herba dalam bidang perubatan.
Usaha -usaha menggalakkan industri tumbuhan herba telah dijalankan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan mengambil langkah proaktif menjalankan penyelidikan dan mengadakan kempen secara besar-besaran berkaitan penanaman tumbuhan herba. Selain itu, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menubuhkan Taman Konservatori Pertanian, menganjurkan Bengkel Pengenalan Tumbuhan Ubat-ubatan serta bekerjasama dengan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) menjalankan penyelidikan makmal secara klinikal. Bahkan juga, untuk menggalakkan industri tumbuhan herba, orang ramai digalakkan menanam tumbuhan herba di pekarangan rumah mereka.
Kebaikan tumbuhan herba dalam bidang perubatan kerana penggunaannya kurang memberi kesan sampingan kepada kesihatan pesakit dan kos penggunaannya pula lebih murah.
Kesimpulannya, kerajaan perlu memajukan penggunaan tumbuhan herba dalam bidang perubatan agar kehidupan masyarakat sentiasa sihat.
Peringatan, pelajar boleh memilih bilangan isi tersurat dan isi tersirat berdasarkan pakej isi yang dicadangkan. Sekiranya, pelajar berpendapat isi tersirat lebih mudah, pelajar boleh menulis lebih banyak isi tersirat dan mengurangkan bilangan isi tersurat asalkan jumlah bilangan isi tersurat dan tersirat berjumlah lapan isi untuk memperoleh markah isi penuh enam belas markah.
108 patah perkataan

Soalan 2 : Pemahaman
(35 markah )
Soalan 2(a) - Petikan
Umum
Berdasarkan
petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan
maksud rangkai kata menyerlahkan potensi.
(2
markah)
Kata yang boleh diterima sebagai
kata sama maksud untuk rangkai kata menyerlahkan potensi adalah seperti
jadual di bawah. Pelajar perlu menukar maksud setiap kata yang terdapat pada
rangkai kata berkenaan untuk mendapatkan markah penuh. Markah tidak diberikan
sekiranya pelajar masih menggunakan kata yang sama semasa menulis menjawab
soalan.
Jawapan dengan menggunakan ayat yang gramatis:-
Rangkai kata menyerlahkan potensi
bermaksud memperlihat / menampakkan / menonjolkan kebolehan / kemampuan /
keupayaan.
|
(ii) Pengarang ada
mengemukakan beberapa kegunaan tumbuhan herba dalam
kalangan masyarakat dahulu.
Nyatakan kegunaan-kegunaan
tersebut. (3 markah)
Jawapan yang terdapat
dalam teks rumusan
Isi minimum dua tetapi
pelajar disarankan menjawab ketiga-tiga isi kerana isi ketiga berfungsi
sebagai isi “backup” jika ada dua isi yang sebelumnya salah atau tidak tepat
Jawapan soalan
menggunakan binaan ayat yang gramatis:-
Pengarang mengemukakan
kegunaan tumbuhan herba sebagai bahan ubatan untuk merawat pasakit, sebagai
makanan tambahan untuk menguatkan tenaga, dan digunakan dalam masakan untuk
menyedapkan rasa masakan.
Elakkan
menjawab jawapan dalam bentuk dalam bentuk poin
|
(iii) Penggunaan herba
dalam perubatan tradisional kurang mendapat sambutan
dalam
kalangan masyarakatpada hari ini.
Pada pendapat anda, mengapakah hal ini herlaku? (4
markah)
Soalan meminta anda
memberi pendapat, oleh sebab itu disarankan jawapan anda perlu ada huraian.
Cadangan jawapan mengapa penggunaan herba dalam perubatan tradisional kurang
mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat kerana:-
Jawapan lengkap soalan 2(iii) dengan binaan ayat yang gramatis:-
Pada pendapat saya penggunaan herba dalam perubatan tradisional kurang mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat pada hari ini kerana perubatan tradisional kurang mendapat maklumat berkenaan keberkesanan penggunaan herba dalam perubatan zaman sekarang berbanding perubatan moden dan perubatan menggunakan perubatan herba dianggap ketinggalan zaman dan kuno dan masyarakat sekarang lebih percaya dengan perubatan moden. Di samping itu, premis pengamal perubatan tradisional kurang kondusif menyebabkan masyarakat tidak selesa untuk mendapatkan rawatan di premis berkenaan.
Pelajar boleh memilih mana-mana dua isi yang sesuai dan jika ada masa, pelajar boleh menjawap tiga isi dan fungsi isi ketiga sebagai isi “backup”. Sekali lagi diingatkan pelajar perlu menjawab dengan membina ayat gramatis dan elakkan menjawab dalam bentuk poin. |
3 ulasan:
Saya amat menyukai
Terima kasih
Sangat bagus
Catat Ulasan