LATIHAN TATABAHASA SOALAN 3 (D) PERSEDIAAN MENGHADAP KERTAS BM 2 SPM 2019
NAMA:__________________________________________
KELAS:____________________Markah:________
LATIHAN TATABAHASA
KESALAHAN KATA ATAU ISTILAH DAN KESALAHAN TATABAHASA
PRAKTIS 1
(i) Peristiwa semasa berkhemah di Taman Negara
itu meninggalkan ingatan manis yang sukar dilupakan
olehku.
(ii) Kegiatan pemerdagangan orang telah
mendapat prihatin dunia dan menjadi isu antarabangsa di masa
ini.
(iii) Ayah mencantas semak samun
di kebunnya pada tiap hujung minggu.
PRAKTIS 2
(i) "Masyarakat berfikir" adalah asas
penting bagi mencorakkan perubahan masyarakat maju pada zaman ke-21.
(ii) Minit mesyuarat itu ada dengan pengetua
untuk ditatap oleh beliau sebelum dibentangkan dalam
mesyuarat bulanan.
(iii) Ketua kampung akan membincangkan
tentang masalah-masalah yang ditempuhi oleh anak mukimnya
pada minggu depan.
PRAKTIS 3
(i) Tidak kira sama ada di kota atau desa,
semua manusia adalah sama di samping Tuhan.
(ii) Kejayaan pelakon itu yang dimasyhurkan sebagai
pelakon wanita terbaik telah disambut gembira daripada peminatnya.
(iii) Persembahan teater yang mengisahkan
tentang kehidupan Tun Dr. Mahathir telah berjaya menarik penggiat-penggiat teater
seluruh Malaysia menontonnya.
PRAKTIS 4
(i) Pelbagai sayur-mayur dijual oleh Pak Habib di pasar tani
untuk menambahkan pendapatan bagi membiayai keluarganya.
(ii) Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan yang
tidak berharga kerana memberikan manfaat yang banyak
kepada berjuta penduduk dunia sejak terciptanya alam ini
lagi.
(iii) Tanah lungsur yang berlaku
di lereng bukit itu telah meranapkan tiga buah rumah apabila penghuninya
bernasib baik kerana mereka tiada di rumah ketika itu.
PRAKTIS 5
Media massa
merupakan satu saluran komuniti yang berkesan untuk
menyalurkan berbagai maklumat kepada masyarakat. Jika kita
lihat pada hari ini, media massa telah digunakan secara menyeluruh. Ini
kerana media massa berfungsi sebagai pelebar maklumat
kepada masyarakat secara komprehensif. Selain itu, media massa berperanan
mendidik masyarakat di dalam mempelajari sesuatu perkara dan
membuka perasaan mereka untuk mengetahui sesuatu perkara
dengan lebih mendalam.
PRAKTIS 6
(i) Semua pelajar-pelajar digalakkan supaya menonton laman Kementerian Pengajian Tinggi untuk
mendapatkan maklumat kemasukan ke Institusi Pengajian Awam (IPTA).
(ii) Walaupun kita terpaksa bersaing-saing sesama
sendiri untuk merebut jawatan itu, persahabatan perlulah dipulihara.
(iii) Sebagai pelajar, kita mesti tabah merempuh segala
cabaran agar supaya kita berjaya dalam pelajaran.
PRAKTIS 7
(i) Setengah orang suka mengambil kesempatan
apabila seseorang ditindih kesusahan.
(ii) Pihak kerajaan tempatan diusulkan agar
memperbanyak aktiviti yang menguntungkan kepada para remaja.
(iii) Ayah menasihati agar kami mengikut rasmi padi,
semakin berisi semakin tunduk supaya kami tidak bersikap bongkak.
PRAKTIS 8
(i) Semua murid-murid hendaklah menceburi aktiviti
kokurikulum, di samping menumpukan aspek akademik bagi mencapai
kecemerlangan secara holistik.
(ii) Nasi Arab Restoran yang baru dibuka itu mendapat
sambutan yang menggalakkan dalam kalangan peminat.
(iii) Perabot-perabot yang diimport itu mendapat
permintaan yang menggembirakan oleh penduduk di
kawasan kejiranan itu.
PRAKTIS 9
(i) Semua rakyat mesti saling bantu-membantu sewaktu
menghadapi kemiskinan ekonomi yang tidak menentu.
(ii) Murid diminta berdiri untuk mendendangkan lagu
patriotik bagi menghormati kepada negara.
(iii) Pengetua sekolah-pengetua sekolah akan diberikan kenaikan darjat sempena
sambutan Hari Guru Malaysia pada tahun ini.
PRAKTIS 10
Sukan merupakan lapangan yang
merangkumi semua aktiviti kecerdasan atau kemahiran dalam
sesuatu permainan. Selain itu, sukan tidak sahaja menjadi
medan untuk mempamerkan skil permainan atlet dalam bidang masing-masing,
malahan menjadi medan yang dapat meningkatkan mutu permainan
sesuatu pasukan. Lazimnya tiap negara mampu mengaut
keuntungan yang lumayan dalam penganjuran kejohanan sukan yang bermutu
dan bertaraf dunia.
PRAKTIS 11
(i) Orang yang mengetahui berbagai bahasa
tidak mudah dibuli atau diambil kemudahan oleh orang lain.
(ii) Kos perbelanjaan untuk membina taman permainan kanak-kanak
itu dibayar oleh pihak swasta.
(iii) Program Rakan Muda dilaksanakan mengikut gaya hidup
tertentu kerana setengah kementerian mempunyai kecekapan dalam
bidang tersebut untuk membangunkan belia.
PRAKTIS 12
(i) Bantuan Rakyat 1Malaysia ialah untuk membantu
golongan yang berkemampuan rendah.
(ii) Beberapa buah rumah-rumah rosak
teruk dan pokok rebah akibat ribut yang melanda kawasan itu.
(iii) Lima hakim telah mengadili Pertandingan
Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Peringkat Negeri.
PRAKTIS 13
(i) Kempen untuk melayangkan Jalur
Gemilang seharusnya dijalankan secara berterusan dan tidak terhad kepada bulan
kemerdekaan sahaja.
(ii) Kereta api Sinaran Pagi dari Johor Bahru telah terbabas dari
landasan menyebabkan dua gerabaknya terbalik.
(iii) Abang belum mengambil keputusan tepat sama
ada mahu bekerja di sektor swasta atau sektor kerajaan.
PRAKTIS 14
(i) Wanita itu amat rindukan anaknya
sehingga tanpa segan malu meraung apabila dimaklumkan
oleh polis bahawa anaknya masih belum dijumpai.
(ii) Adalah dimaklumkan bahawa hari esok diumumkan sebagai
cuti awam.
(iii) Ibu sedang memotong ikan
di dapur, sementara ayah memperbaiki keretanya yang rosak.
PRAKTIS 15
(i) Pengajian yang dijalankan oleh pihak Jabatan
Pertanian akan berjaya menghasilkan baka pokok yang bermutu tinggi.
(ii) Untuk memastikan yang produktiviti syarikat
mereka bertambah, Encik Hasnan berjanji memberikan bonus sebagai intensif kepada
para pekerjanya.
(iii) Lukisan-lukisan yang bergayut di dinding
itu menarik perhatian para pengunjung.
PRAKTIS 16
(i) Setiap individu digalakkan membuat perawatan kesihatan
sekurang-kurangnya enam bulan sekali untuk memastikan mereka bebas
daripada pelbagai penyakit-penyakit yang berbahaya.
(ii) Para guru sanggup berkorban mengadakan
kelas tambahan di masa cuti demi meninggikan bilangan
murid yang lulus dalam peperiksaan nanti.
(iii) Perdana Menteri Malaysia yang satu,
iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj berperanan penting di dalam sejarah
kemerdekaan tanah air tercinta.
PRAKTIS 17
(i) Dalam dokumentasi Tahun
Melawat Malaysia pada pukul 8.00 malam tadi terdapat video klip berkenaan
pengurusan perkhidmatan tren ke KLIA.
(ii) Semasa Pembentangan Belanjawan 2012 Yang
Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan pendidikan
sebanyak RM2 bilion ke sekolah-sekolah di negara ini.
(iii) "Hadiah kebesaran
yang dianugerahkan oleh beta diharapkan menjadi motivasi
kepada masyarakat," titah raja kepada rakyatnya.
PRAKTIS 18
(i) Puan Fatimah tercegat apabila
dimaklumkan bahawa anak bongsunya meninggal dunia di dalam kemalangan
jalan raya.
(ii) Perjanjian Pelanggan
merupakan antara usaha-usaha kerajaan untuk meningkatkan
kualiti perkhidmatan awam.
(iii) Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada
masyarakat berbagai-bagai mestilah bersatu padu sama ada
pada waktu senang dengan susah.
PRAKTIS 19
Ahmad telah menduduki temu duga untuk
jawatan guru sandaran. Antara dokumen-dokumen yang perlu
dibawa ialah sijil SPM, surat berhenti sekolah dan lain-lain lagi. Dia berasa
agak takut bila berhadapan dengan penemu duga.
Melalui sesi soal jawab baharu dia tahu bahawa kelulusan
akademik sahaja bukan menjamin kejayaan dalam kerjaya.
PRAKTIS 20
(i) Kebanyakan
pekerja kilang batik di Terengganu mahir dalam kerja-kerja melorek batik
kerana mewarisi kemahiran ini dari nenek moyang mereka.
(ii) Habis
pakaian di dalam almari itu digigit oleh tikus sejak rumah
itu ditinggalkan oleh kami setahun yang lalu.
(iii) Ayah
memandu melebihi had laju yang ditetapkan lalu merempuh lampu isyarat merah kerana terlewat menghadiri
temu janji.
|
KESUNGGUHAN ANDA MENJAWAB SOALAN TATABAHASA BAHAGIAN 3(D) AKAN MEMANTAPKAN KEMAHIRAN ANDA MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN KESALAHAN TATABAHASA. INSYA-ALLAH JAWAPAN SOALAN DI ATAS AKAN MENYUSUL.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan