PENGENALPASTIAN POLA
AYAT FN+FS YANG MENGELIRUKAN PENGGUNA BAHASA DAN CALON PEPERIKSAAN
Frasa sendi nama ialah
binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa
nama yang yang menjadi pelengkap kepada pola FS, yang juga dahulunya disebut
(FSN) oleh sesetengah penulis buku tatabahasa.
Ada 3 binaan Frasa
sendi nama yang perlu kita kuasai jika mahu menguasai sintaksis pola ayat.
Lihat maklumat di bawah dengan telitinya. Predikat yang mempunyai ciri-ciri berikut
menjadikannya berpola FN+FS. Lihat contoh di bawah.
(1) Kata Sendi
Nama + Frasa Nama
(1a) Wanita tua itu di jambatan. (FN+FS)

NOTA:
Kelemahan calon peperiksaan ialah mereka keliru apabila ternampak kata sendi nama walaupun fungsinya hanya menjadi keterangan predikat sahaja. Satu patah perkataan sahaja sudah boleh menjadi pengganggu dalam soalan yang mengelirukan calon peperiksaan jika mereka tidak menguasai kata sendi nama dengan baiknya. Lihat contoh di bawah.

(1b) Wanita tua
itu berdiri di jambatan. (FN+FK)
(1b) Wanita tua itu lama berdiri di jambatan. (FN+FA)

(2) Kata Sendi
Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama
2(a) Ibu saya di belakang rumah. (FN+FS)
2(b) Ibu saya ke belakang rumah. (FN+FS)
2(c) Ibu saya dari belakang rumah. (FN+FS)

Calon juga boleh dikelirukan dengan pengganggu yang terletak sebelum kata sendi nama sehingga mereka yang goyah ilmu kata sendi nama dan subjek + predikat menyebabkan mereka terpengaruh oleh soalan, akhirnya menulis pola ayat yang salah. Lihat contoh di bawah.

2(b) Ibu saya
menanak nasi di belakang rumah. (FN+FK)
2(c) Ibu saya berkebun di belakang rumah. (FN+FK)
2(d) Ibu saya datang dari belakang rumah. (FN+FK)

(3) Kata Sendi
Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama + (Frasa Keterangan)
3(a) Ayah saya
ke utara negara Jepun pada tahun lalu. (FN+FS)
3(b) Ayah saya dari selatan Johor dengan bapanya. (FN+FS)
3(c) Anak kecil itu di atas pangkuan ibunya setiap waktu. (FN+FS)

Kelemahan calon yang berikutnya ialah kekeliruan antara kata nama dengan kata sendi nama dan kekeliruan antara kata hubung dengan kata sendi nama.

3(d) Untuk anak
mami berdiam diri memang susah. (FN+FA)
3(e) Bahawa berita esok cuti am adalah palsu. (FN+FA)
3(f) Kakak memotong kek dengan menggunakan pisau. (FN+FK)

Sekian dulu untuk hari ini, jika ada silap dan salah, mohon
betulkan. Kita belajar sama-sama. Tiada gading yang tidak retak, tiada laut
yang tidak berombak, tiada bumi yang tidak ditimpa hujan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan