Isnin, 30 September 2019

LATIHAN MEMANTAPKAN POLA AYAT ANDA

UJANA SINTAKSIS 1
Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN +FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS).

1.       Aishah anak sulung guru Matematik sekolah kami.
POLA AYAT: (FN+FN)

2.       Saya yakin bahawa rakan-rakan sekelas saya sangat rajin.
POLA AYAT: (FN+FA)

3.       Rombongan yang akan menyertai ekspedisi berkayak telah bertolak.
POLA AYAT: (FN+FK)

4.       Yang belum ke sekolah lagi ialah adik kerana baru berusia tiga tahun.
POLA AYAT: (FN+FN)

5.       Seorang pelajar akan ke Kuala Lumpur bersama-sama rombongan itu.
POLA AYAT: (FN+FS)

6.       Semua lapan orang anggota pasukan lari berganti-ganti sekolah kita cerdas.
POLA AYAT: (FN+FA)

7.       Beberapa ekor burung merpati sedang makan padi di jemuran Mak Teh.
POLA AYAT: (FN+FK)

8.       Buku cerita ini tentang pengembaraan seorang pemuda dari kampungnya.
POLA AYAT: (FN+FS)

9.       Pelajar baharu kelas itu bernama Ariana Zafirah.
POLA AYAT: (FN+FK)

10.  Beliau seorang guru yang amat dedikasi dalam tugasnya.
POLA AYAT: (FN+FN)

11.  Pelajar itu daripada Kelab Harimau Muda.
POLA AYAT: (FN+FS)

12.  Dari negara Jepun kebanyakan pengunjung ke pameran itu.
POLA AYAT: (FN+FS)

13.  Semua pemain sepak takraw pasukan itu dari Kampung Bahagia.
POLA AYAT: (FN+FS)

14.  Pelumba basikal yang sedang kami tunggu itu amat gigih.
POLA AYAT: (FN+FA)

15.  Guru yang sedang berkursus di Kuala Lumpur ialah Cikgu Zakaria.
POLA AYAT: (FN+FN)

16.  Amat terkenal pelumba basikal yang memenangi perlumbaan kali ini.
POLA AYAT: (FN+FA)

17.  Penuntut yang terlibat dalam kemalangan itu seorang pelajar Cina.
POLA AYAT: (FN+FN)

18.  Bangsa Arab terkenal dalam sejarah sebagai pengembara yang hebat.
POLA AYAT: (FN+FK)

19.  Askar Melayu yang membuat tasik di negeri Ceylon dahulu sungguh rajin.
POLA AYAT: (FN+FA)

20.  Kapal Phinisi itu daripada hasil tangan kaum Banjar di Bulukumba.
POLA AYAT: (FN+FS)

21.  Gelang emas yang dihadiahkan kepada isterinya itu cantik sungguh.
POLA AYAT: (FN+FA)

22.  Buah durian di belakang rumah Pak Lazim sudah gugur.
POLA AYAT: (FN+FK)

23.  Semua perkakas di dalam bilik darjah sekolah kami daripada kayu jati.
POLA AYAT: (FN+FS)

24.  Penyanyi muda yang berkasut kulit buatan Itali itu adik Mat Rashid.
POLA AYAT: (FN+FN)
25.  Bangunan kelab sukan di penjuru jalan itu sudah usang benar.
POLA AYAT: (FN+FA)

26.  Dua sisir sikat rambut di almari telah dibeli oleh kakak Gopal.
POLA AYAT: (FN+FK)

27.  Basikal pam angin yang sedang ditunggangi oleh adik ialah jenis Raleigh.
POLA AYAT: (FN+FN)

28.  Pengawal peribadi menteri yang baru bersara itu dari kampung saya.
POLA AYAT: (FN+FS)

29.  Kayu pembaris kepunyaan abang Foo Ying dipinjamkan kepada cikgu.
POLA AYAT: (FN+FK)

30.  Kereta lama yang tidak boleh bergerak lagi kerana kehabisan minyak pelincir itu kepunyaan abang David.
POLA AYAT: (FN+FN)

31.  Ayah Hafiz ke kedai membeli getah pemadam untuk anaknya.
POLA AYAT: (FN+FS)

32.  Umur batu penanda di jalan raya itu cukup tua.
POLA AYAT: (FN+FA)

33.  Lebah betina yang menyengat budak kecil itu akhirnya telah mati dipukul.
POLA AYAT: (FN+FK)

34.  Mereka ke kampung itu untuk melihat kambing jantan Pak Manafyang berkaki lima.
POLA AYAT: (FN+FS)

35.  Gerabak kereta api untuk penumpang perempuan sahaja itu sungguh cantik.
POLA AYAT: (FN+FA)

36.  Penduduk rumah pangsa yang berhijrah ke bandar untuk mencari kerja kaum lelaki belaka.
POLA AYAT: (FN+FN)

37.  Bantuan ini untuk orang kampung yang menjadi mangsa banjir.
POLA AYAT: (FN+FS)

38.  Ketua negara itu sentiasa mengingatkan penghuni kota supaya berdikari.
POLA AYAT: (FN+FK)

39.  Bilangan anak bandar yang tidak mengetahui nama pokok itu sedikit sekali.
POLA AYAT: (FN+FA)

40.  Yang bergotong-royong membersihkan kawasan pinggiran itu orang Kampung Sentosa.
POLA AYAT: (FN+FN)

41.  Keluarga yang baru sampai petang tadi dari Pantai Timur.
POLA AYAT: (FN+FS)

42.  Api itu sukar dipadamkan kerana angin barat daya sedang melanda ketika itu.
POLA AYAT: (FN+FK)

43.  Penduduk kampung itu mulai risau kerana air sungai simpang kiri terus menurun.
POLA AYAT: (FN+FA)

44.  Jalan belakang rumah kampung yang gelap sentiasa itu ialah jalan mati.
POLA AYAT: (FN+FN)

45.  Jam tangan yang baru dibelinya untuk isterinya.
POLA AYAT: (FN+FS)

46.  Wanita India zaman dahulu menggemari gelang kaki.
POLA AYAT: (FN+FK)

47.  Pemuda yang meragut rantai leher wanita tersebut amat ganas.
POLA AYAT: (FN+FA)

48.  Lelaki yang tidak lagi kelihatan batang hidungnya itu ialah adik Othman.
POLA AYAT: (FN+FN)

49.  Sejak menggunakan motor diesel, penggunaan minyak kereta Azman amat kurang.
POLA AYAT: (FN+FA)
50.  Keluarga yang tinggal di pangsapuri itu masih menggunakan dapur gas apabila memasak.
POLA AYAT: (FN+FK)

51.  Mereka yang suka belayar di lautan dengan hanya menggunakan perahu layar ialah pedagang dari seberang.
POLA AYAT: (FN+FN)

52.  Enjin kereta api Senandung Malam antara yang dibaik pulih.
POLA AYAT: (FN+FS)

53.  Waktu hari keramaian, ramai orang kampung akan ke bandar.
POLA AYAT: (FN+FS)

54.  Menara gading yang diisi borang permohonannya oleh mereka ialah Universiti Malaya.
POLA AYAT: (FN+FN)

55.  Majlis perkahwinan anak gadis penghulu yang sedang diadakan itu amatlah meriah.
POLA AYAT: (FN+FA)

56.  Kedua-dua buah negara itu sedang menandatangani surat perjanjian kerjasama ekonomi dan keselamatan serantau.
POLA AYAT: (FN+FK)

57.  Pakaian ibu yang baharu itu daripada butik ternama bandar ini.
POLA AYAT: (FN+FS)

58.  “Jagalah baik-baik buku kamu itu,” kata ibu Asmah kepada anak bongsunya.
POLA AYAT: (FN+FK)

59.  Dalam sejarah Islam memang amat terkenal tentang harta Raja Sulaiman.
POLA AYAT: (FN+FA)

60.  Kedua-dua orang adik-beradik yang tidak pulang kerana akan menghadiri mesyuarat kelab sekolah pada petang tersebut ialah Hassan dan Hussein.
POLA AYAT: (FN+FN)


61.  Bandar Sri Aman bukan ibu kota negeri Sarawak.
POLA AYAT: (FN+FN)

62.  Taman haiwan di bandar itu bersih seperti Taman Baiduri.
POLA AYAT: (FN+FA)

63.  Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia Tenggara itu di Sabah.
POLA AYAT: (FN+FS)

64.  Pegawai hutan itu tidak membenarkan sesiapa pun memancing di sepanjang Sungai Pahang.
POLA AYAT: (FN+FK)

65.  Usahawan yang baru tiba, iaitu Tengku Ariff, dari negara Pahang.
POLA AYAT: (FN+FS)

66.  Syed Othman sentiasa termenung kerana memikirkan masa depan anak-anaknya. POLA AYAT: (FN+FK)

67.  Hasmadi yang akan menunaikan ibadah umrah pada tahun ini anak angakat Dr. Haji Maulud.
POLA AYAT: (FN+FN)

68.  Mereka cukup gembira apabila Profesor Tan Sri Balong dilantik sebagai Naib Canselor universiti tersebut.
POLA AYAT: (FN+FA)

69.  Gemuk sungguh keempat-empat ekor lembu belaan Selvam.
POLA AYAT: (FN+FA)

70.  Tiga buah rumah ranap akibat banjir yang melanda minggu lalu.
POLA AYAT: (FN+FK)

71.  Kesemua pegawai kanan di pejabat tersebut ialah orang tempatan.
POLA AYAT: (FN+FN)

72.  Ibu tua yang mewakafkan dua bidang tanah daripada keluarga hartawan.
POLA AYAT: (FN+FS)
73.  Kereta Proton berwarna biru muda ini buatan Malaysia.
POLA AYAT: (FN+FN)

74.  Daripada kain sutera warna kehijauan pakaian permaisuri ini.
POLA AYAT: (FN+FS)

75.  Menara Kuala Lumpur yang berdiri megah ini menjadi kebanggaan negara.
POLA AYAT: (FN+FK)

76.  Kejadian rusuhan yang berlaku di negara tersebut amat membimbangkan.
POLA AYAT: (FN+FA)

77.  Wad bersalin di tingkat bawah Blok B.
POLA AYAT: (FN+FS)

78.  Setiap pagi Puspa mengemas bilik tidurnya.
POLA AYAT: (FN+FK)

79.  Tuala mandi merah itu kepunyaan perenang negara.
POLA AYAT: (FN+FN)

80.  Anak-anak Encik Mahbub gembira sekali apabila berada di kedai gunting Samy.
POLA AYAT: (FN+FA)

81.  Aliran air sungai tohor sangat deras setelah hujan lebat.
POLA AYAT: (FN+FA)

82.  Lembaga yang kelihatan samar itu orang muda yang kami kenal.
POLA AYAT: (FN+FN)

83.  Kenderaan mula bergerak apabila lampu berwarna hijau menyala.
POLA AYAT: (FN+FK)

84.  Pasukan pengakap ke rumah usang itu untuk berteduh daripada hujan.
POLA AYAT: (FN+FS)

85.  Taktik perlawanan hoki cara demikian strategi pasukan sekolah kami.
POLA AYAT: (FN+FN)
86.  Pelajar sentiasa memberikan jawapan serentak apabila ditanya oleh guru mereka.
POLA AYAT: (FN+FK)

87.  Ketibaannya tadi secara mendadak sungguh memeranjatkan anggota kumpulan kami.
POLA AYAT: (FN+FA)

88.  Peserta yang tiba-tiba pengsan dalam pertandingan semalam sekarang di hospital.
POLA AYAT: (FN+FS)

89.  Sekayu kain daripada benang sutera itu di rak yang paling atas.
POLA AYAT: (FN+FS)

90.  Kiriman untuk tentera pada hari raya tahun ini ialah kuih-muih tradisional.
POLA AYAT: (FN+FN)

91.  Akibat angin kencang, pondok di lembah yang berdekatan rumah telah roboh.
POLA AYAT: (FN+FK)

92.  Kejayaan kehidupan pada masa ini amat canggih disebabkan kemajuan teknologi.
POLA AYAT: (FN+FA)

93.  Pengunjung keseribu yang mendapat hadiah pada malam itu jiran Vatilingam.
POLA AYAT: (FN+FN)

94.  Cabaran kehidupan kurun kedua puluh amat sengit bagi orang yang tidak berilmu.
POLA AYAT: (FN+FA)

95.  Pelumba lari pecut dari negara kami mendapat tempat pertama dalam perlumbaan tersebut.
POLA AYAT: (FN+FK)

96.  Pemuda yang terjun dengan tergesa-gesa untuk mengelakkan polis itu dari blok ketujuh rumah pangsa.
POLA AYAT: (FN+FS)

97.  Pinggan mangkuk yang disusun rapi oleh kakak sentiasa bersih.
POLA AYAT: (FN+FA)

98.  Beliau ke Indonesia dengan hanya sedikit wang ringgit di sakunya.
POLA AYAT: (FN+FS)

99.  Sahabat taulan pada majlis hari lahirnya datang dari jauh dan dekat.
POLA AYAT: (FN+FK)

100. Ribut taufan yang telah melanda bahagian tenggara Amerika Syarikat ialah Katrina.
POLA AYAT: (FN+FN)

101. Ibu bapa Sumirah bagai rusa masuk kampung di bandar itu.
POLA AYAT: (FN+FS)

102. Pada hari raya, semua orang miskin kaya bermaaf-maafan.
POLA AYAT: (FN+FK)

103. Teruna dara yang berkunjung ke kafe siber itu riang sahaja.
POLA AYAT: (FN+FA)

104. Mereka yang berada di dewan mesyuarat itu datuk nenek belaka.
POLA AYAT: (FN+FN)

105. Cikgu Lim ialah guru Sains di kelas kami.
POLA AYAT: (FN+FN)

106. Cahaya dari rumah itu hanya melalui lampu minyak.
POLA AYAT: (FN+FS)

107. Bulu burung gagak yang hinggap di pekan itu hitam sungguh
POLA AYAT: (FN+FA)

108. Perniagaan cara ali baba tidak patut diamalkan di negara ini.
POLA AYAT: (FN+FK)

109. Pembantu penyelidik baharu itu berasal dari Kedah.
POLA AYAT: (FN+FK)

110. Selama ini pemantauan pegawai kanan itu dari ibu pejabat sahaja.
POLA AYAT: (FN+FS)
111. Timbalan pengerusi yang baru memulakan tugas bulan ini amat pendiam.
POLA AYAT: (FN+FA)

112. Bangunan yang tersergam di Putrajaya itu pejabat Perdana Menteri.
POLA AYAT: (FN+FN)

113. Tiga ekor burung helang sedang terbang berlegar-legar di angkasa.
POLA AYAT: (FN+FK)

114. Semua peserta seminar yang sedang khusyuk mendengar pembentangan kertas kerja tersebut dari Kementerian Pendidikan.
POLA AYAT: (FN+FS)

115. Ibu yang akhirnya membeli juga kedua-dua helai kain itu ialah Mak Siti.
POLA AYAT: (FN+FN)

116. Apabila segala peralatan telah tersedia, kami cukup gembira untuk memulakan pendakian.
POLA AYAT: (FN+FA)

117. Guru yang sedang mengajar di kelas itu ialah Encik Jonathan.
POLA AYAT: (FN+FN)

118. Tuan Guru Suradi memang cukup petah apabila berceramah.
POLA AYAT: (FN+FA)

119. Harimau yang garang itu mudah diperdaya oleh Sang Kancil yang bijaksana.
POLA AYAT: (FN+FK)

120. Yang Berbahagia Tan Sri Temenggung Jugah anak Bariang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri sidang parlimen.

POLA AYAT: (FN+FS)

Sumber blog Dr. Tan CL.

Tiada ulasan: