Marilah kita mengenal
pasti imbuhan yang menentukan frasa nama (FN) dalam predikat yang diuji dalam
soalan pola ayat (KSSM) dalam pola ayat FN+FN yang mudah mengelirukan pengguna
bahasa. Ada banyak cara untuk mengenal pasti pola FN+FN, mari kita saksikan 4
daripadanya.
1. Semua imbuhan
akhiran -an membentuk frasa nama. Jika terbaca perkataan berakhiran -an pada
awal predikat, sah jawapannya FN+FN
CONTOH:
Pertandingan itu anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning.
POLA AYAT: FN + FN
Pertandingan itu anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning.
POLA AYAT: FN + FN
2. Predikat
yang bermula dengan kata pemeri "ialah" wajib diikuti frasa nama.
Maka, pola frasa nama (FN) semestinya menjadi penanda pola predikat.
CONTOH:
Pemenang pertandingan itu ialah murid dari daerah Petaling Perdana.
POLA AYAT: FN + FN
Pemenang pertandingan itu ialah murid dari daerah Petaling Perdana.
POLA AYAT: FN + FN
3. Predikat yang
terbentuk daripada kata bilangan dan penjodoh bilangan juga membentuk frasa
nama (FN). Hal ini dikatakan demikian kerana hanya kata nama yang boleh
menerima kata bilangan dan kata penjodoh bilangan.
CONTOH:
Bilangan murid yang menyertai pertandingan itu lima ratus dua puluh orang.
POLA AYAT: FN + FN
Bilangan murid yang menyertai pertandingan itu lima ratus dua puluh orang.
POLA AYAT: FN + FN
Hadiah kakak
saya yang paling mahal sebentuk cincin berlian.
POLA AYAT: FN + FN
POLA AYAT: FN + FN
4. Predikat
yang terbentuk daripada kata tanya juga berbentuk FN. Hal ini dikatakan
demikian kerana kata tanya terletak di bawah payung golongan kata nama.
Biasanya ayat tanya bersusunan biasa berakhir dengan kata tanya tanpa partikel
-kah.
CONTOH
Nama lelaki itu siapa?
POLA AYAT: FN + FN
Nama lelaki itu siapa?
POLA AYAT: FN + FN
Umur wanita itu
berapa?
POLA AYAT: FN + FN
POLA AYAT: FN + FN
Benda itu apa?
POLA AYAT: FN + FN
POLA AYAT: FN + FN
Demikianlah
beberapa cara untuk mengenal pasti pola ayat berbentuk FN+FN. Mungkin pada
perkongsian akan datang, teknik mengenal pasti pola ayat lain boleh saya
kongsikan jika ada yang sudi membacanya. Perkongsian di atas adalah untuk
menjawab soalan daripada seorang rakan guru yang buntu dalam usaha mengajarkan
pola ayat kepada anak-anak muridnya yang lemah dalam bahagian ini.
Peringatan saya
ialah kita harus menguasai subjek dan predikat sebelum menguasai pola ayat.
Jika kelemahan asas, iaitu subjek dan predikat tidak dikuasai, maka kita akan
terus buntu dalam pengenalpastian pola ayat.
Buah cempedak
di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan;
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
Ambil galah tolong jolokkan;
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
2 ulasan:
Anak bongsu Pak Mail berjaya melanjutkan pelajaran ke Australia.Apa pola ayat bagi ayat ini.
Anak bongsu Pak Mail berjaya melanjutkan pelajaran ke Australia. Pola ayatnya FN + FK
Catat Ulasan