Rabu, 25 September 2019

SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN 1 DAN 2(A) KERTAS BAHASA MELAYU 2, MRSM 2019

SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN KERTA BAHASA MELAYU 2, MRSM 2019

Soalan 1 : Rumusan
( 30 markah)

Baca petikan di bowah Dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha menggalakkan industri tumbuhan herba dan kebaikan tumbuhan herba dalam bidang perubatan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

       Pokok herba ialah tumbuhan yang dikategorikan sebagai pokok renek berbatang lembut ataupun keras dan mengandungi air yang banyak. Dahulu, pokok herba ini biasanya digunakan oleh masyarakat sebagai bahan ubat-ubatan untuk merawat penyakit dan makanan tambahan untuk mlnguatkan tenaga. Tumbuhan herba ini juga sering digunakan dalam masakan bagi menyedapkan rasa masakan. Tumbuhan herba yang biasa digunakan dalam masakan seperti lengkuas, kunyit, halia dan bawang putih sebenamya mempunyai khasiat yang menakjubkan.

       Kini, pengguna mula cenderung kepada produk semula jadi, lalu mereka memilih untuk menjadikan tumbuhan herba sebagai bahan utama kegunaan harian. Untuk itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengambil langkah proaktif menjalankan penyelidikan mengenai tumbuhan herba. Kementerian ini juga mengadakan kempen secara besar-besaran berkaitan penanaman tumbuhan herba untuk menyedarkan masyarakat tentang industri ini. Kempen ini boleh dijalankan melalui pelbagai cara termasuklah media massa agar masyarakat dapat menyedari kepentingan industri tumbuhan herba.

       Bagi menyokong usaha kerajaan ini, agensi berkaitan pertanian telah mewujudkan taman-taman herba. Keiwujudan taman-taman ini akan menarik minat pekerja di agensi tersebut dan juga pengunjung untuk mendalami ilmu berkaitan tumbuhan herba. Selain itu, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menubuhkan Taman Konservatori Pertanian yang menempatkan lebih 500 spesies tumbuhan herba yang berfungsi sebagai ubat-ubatan. Usaha yang digerakkan oleh Institut Biosains UPM ini telah berjaya menarik minat para penyelidik tempatan dan luar negara untuk menjalankan kajian perubatan bagi mengatasi pelbagai penyakit. Dalam pada itu, UPM dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) telah bekerjasama menjalankan penyelidikan makmal secara klinikal untuk mencari penawar kepada penyakit kanser.

         Di samping itu, UPM turut menganjurkan Bengkel Pengenalan Tumbuhan Ubat-ubatan bagi mendedahkan masyarakat kepada kegunaan tumbuhan herba, kaedah penanaman dan penjagaannya. Dalam usaha merancakkan penanaman pokok herba ini, semua kerajaan tempatan disarankan membuat landskap tanaman herba di kawasan majlis perbandaran masing-masing di samping menanam pokok-pokok hiasan. Orang ramai juga digalakkan menanam tumbuhan herba di pekarangan rumah mereka sebagai penghias halaman rumah. Bagi menggalakkan orang ramai menanam tanaman herba ini, Jabatan Pertanian akan memberikan pendidikan penanaman herba secara praktikal seperti proses-proses penanaman, penjagaan dan fungsi tumbuhan herba dalam menyembuhkan penyakit. Usaha-usaha yang giat dijalankan  ini mampu menyerlahkan potensi industri tumbuhan herta agar masyarakat mendapat manfaat daripadanya.

Dipetik dan diubah suai daripada
' Keajaiban Tumbuhan Herba'
oleh Nazrul Azim Sharuddin,
Utusan Malaysia, l0 Julai 2017


Isi tersurat petikan rumusan di atas diwarnakan dengan warna kuning. Diharapkan pelajar dapat membina perenggan isi tersurat berdasarkan isi-isi berkenaan.

Perenggan Pengenalan Rumusan:-

Petikan membincangkan langkah-langkah/cara-cara/inisiatai-inisiatif/kaedah-kaedah/tindakan-tidakan/pendekatan/ mekanisme/ modus operandi/ cadangan-cadangan/ strategi untuk menggalakkan industri tumbuhan herba di negara kita/ di Malaysia/ dalam kalangan masyarakat.

atau

Rumusan memperihal langkah-langkah / cara-cara / inisiatif-inisiatif / kaedah-kaedah / tindakan-tidakan /pendekatan / mekanisme / modus operandi / cadangan-cadangan / strategi menggalakkan industri tumbuhan herba dan kebaikan tumbuhan herba dalam bidang perubatan.

Sila bina perenggan isi tersurat rumusan anda menggunakan enam isi tersurat yang diwarnakan di atas.

Sebelum menulis perenggan isi tersurat, pelajar perlu peka berkaitan subjek setiap isi di atas  kerana kebanyakannya subjeknya isinya berbeza-beza. Subjek setiap isi di atas, saya hitamkan. Sekiranya subjek ayat isi berkenaan tidak ditulis bermakna ayat berkenaan dianggap ayat tergantung dan isinya  tidak akan diterima kerana ayat berkenaan tidak lengkap.

Perenggan Isi tersurat yang lengkap.

       Usaha -usaha  menggalakkan industri tumbuhan herba telah dijalankan oleh  Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan mengambil langkah proaktif menjalankan penyelidikan dan mengadakan kempen secara besar-besaran berkaitan penanaman tumbuhan herba. Selain itu, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menubuhkan Taman Konservatori Pertanian, menganjurkan Bengkel Pengenalan Tumbuhan Ubat-ubatan serta bekerjasama dengan  Majlis Kanser Nasional (MAKNA) menjalankan penyelidikan makmal secara klinikal. Bahkan juga, untuk menggalakkan industri tumbuhan herba, orang ramai digalakkan menanam tumbuhan herba di pekarangan rumah mereka.


Isi  Tersirat:-
Di bawah disenaraikan isi tersirat berdasarkan kata kunci kebaikan tumbuhan herba dalam bidang perubatan

1.   Tumbuhan herba kurang memberi kesan sampingan kepada kesihatan.
2.   Kos penggunaan tumbuhan herba lebih murah.
3.   Tumbuhan herba bebas daripada penggunaan bahan kimia.
4.   Tumbuhan herba mudah didapati.
5.   Tumbuhan herba berfungsi sebagai bahan perubatan alternatif.
6.   Penggunaan tumbuhan herba mempercepat kesan penyembuhan.
7.   Tumbuhan herba boleh dijadikan makanan gantian kepada pesakit.
8.   Tumbuhan herba meningkat daya ketahanan badan melawan penyakit/ meingkat tahap imunasi

Perenggan isi tersirat:-

       Kebaikan tumbuhan herba dalam bidang perubatan kerana penggunaannya kurang memberi kesan sampingan kepada kesihatan pesakit dan kos penggunaannya lebih murah.

Penutup Rumusan:-
         Kesimpulannya, kerajaan perlu memajukan penggunaan tumbuhan herba dalam bidang perubatan agar kehidupan masyarakat sentiasa sihat.


Rumusan Lengkap:-

    Rumusan membincangkan langkah-langkah / cara-cara / inisiatif-inisiatif / kaedah-kaedah / tindakan-tidakan /pendekatan / mekanisme / modus operandi / cadangan-cadangan / strategi menggalakkan industri tumbuhan herba dan kebaikan tumbuhan herba dalam bidang perubatan.

     Usaha -usaha  menggalakkan industri tumbuhan herba telah dijalankan oleh  Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan mengambil langkah proaktif menjalankan penyelidikan dan mengadakan kempen secara besar-besaran berkaitan penanaman tumbuhan herba. Selain itu, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menubuhkan Taman Konservatori Pertanian, menganjurkan Bengkel Pengenalan Tumbuhan Ubat-ubatan serta bekerjasama dengan  Majlis Kanser Nasional (MAKNA) menjalankan penyelidikan makmal secara klinikal. Bahkan juga, untuk menggalakkan industri tumbuhan herba, orang ramai digalakkan menanam tumbuhan herba di pekarangan rumah mereka.

       Kebaikan tumbuhan herba dalam bidang perubatan kerana penggunaannya kurang memberi kesan sampingan kepada kesihatan pesakit dan kos penggunaannya pula lebih murah.

           Kesimpulannya, kerajaan perlu memajukan penggunaan tumbuhan herba dalam bidang perubatan agar kehidupan masyarakat sentiasa sihat.


Peringatan, pelajar boleh memilih bilangan isi tersurat dan isi tersirat berdasarkan pakej isi yang dicadangkan. Sekiranya, pelajar berpendapat isi tersirat lebih mudah, pelajar boleh menulis lebih banyak isi tersirat dan mengurangkan bilangan isi tersurat asalkan jumlah bilangan isi tersurat dan tersirat berjumlah lapan isi untuk memperoleh markah isi penuh enam belas markah.

108 patah perkataan



Soalan 2 : Pemahaman
(35 markah )

Soalan 2(a) - Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)  Berikan maksud rangkai kata menyerlahkan potensi.                             (2 markah)

Kata yang boleh diterima sebagai kata sama maksud untuk rangkai kata menyerlahkan potensi adalah seperti jadual di bawah. Pelajar perlu menukar maksud setiap kata yang terdapat pada rangkai kata berkenaan untuk mendapatkan markah penuh. Markah tidak diberikan sekiranya pelajar masih menggunakan kata yang sama semasa menulis menjawab soalan.

Kata asal
menyerlahkah
potensi
Kata lain
memperlihat, menampakkan, menonjolkan,
Kebolehan, kemampuan, keupayaan

Jawapan dengan  menggunakan ayat yang gramatis:-

Rangkai kata menyerlahkan potensi bermaksud memperlihat / menampakkan / menonjolkan kebolehan / kemampuan / keupayaan.

(ii) Pengarang ada mengemukakan beberapa kegunaan tumbuhan herba dalam
     kalangan masyarakat dahulu.
     Nyatakan kegunaan-kegunaan tersebut.                                                            (3 markah)


Jawapan yang terdapat dalam teks rumusan

Bil
Isi terdapat dalam teks
1
Sebagai bahan ubatan untuk merawat pesakit
2
Makanan tambahan untuk menguatkan tenaga
3
Digunakan dalam masakan untuk menyedapkan rasa masakan.

Isi minimum dua tetapi pelajar disarankan menjawab ketiga-tiga isi kerana isi ketiga berfungsi sebagai isi “backup” jika ada dua isi yang sebelumnya salah atau tidak tepat

Jawapan soalan menggunakan binaan ayat yang gramatis:-

Pengarang mengemukakan kegunaan tumbuhan herba sebagai bahan ubatan untuk merawat pasakit, sebagai makanan tambahan untuk menguatkan tenaga, dan digunakan dalam masakan untuk menyedapkan rasa masakan.

Elakkan menjawab jawapan dalam bentuk dalam bentuk poin



(iii) Penggunaan herba dalam perubatan tradisional kurang mendapat sambutan
      dalam  kalangan masyarakatpada hari ini.
      Pada pendapat anda, mengapakah hal ini herlaku?                                      (4 markah)

Soalan meminta anda memberi pendapat, oleh sebab itu disarankan jawapan anda perlu ada huraian. Cadangan jawapan mengapa penggunaan herba dalam perubatan tradisional kurang mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat kerana:-

Bil
Cadangan isi
1
kurang mendapat maklumat berkenaan keberkesanan penggunaan herba dalam perubatan zaman sekarang berbanding perubatan moden.
2.
perubatan menggunakan perubatan herba dianggap ketinggalan zaman dan kuno dan masyarakat sekarang lebih percaya dengan perubatan moden.
3.
premis pengamal perubatan tradisional kurang kondusif menyebabkan masyarakat tidak selesa untuk mendapatkan rawatan di premis berkenaan.
4.
layanan pengamal perubatan tradisional kurang professional dan tidak cekap berbanding dengan pengamal perubatan moden.
5.
premis perubatan tradisonal kebanyakannya terdapat di kawasan luar bandar dan ini meyukarkan masyarakat untuk mendapatkan rawatan di sana.
6.
Sebahagian pengamal perubatan tradisional menyampuradukkan unsur-unsur kurafat serta bertentangan dengan agama semasa menjalankan perubatan dan perubatan berkenaan dianggap syirik menyebabkan masyarakat tidak bersetuju untuk mendapatkan rawatan berkenaan.
7.
kaedah penyediaan alatan perubatan tradisonal kurang bersih dan masyarakat tidak berminat untuk mendapat rawatan tersebut.
8
terdapat unsur penipuan semasa pengamal perubatan tradisional menjalankan perubatan dan masyarakat berasa tertipu untuk mendapatkan rawatan tradisonal.
9.
pengamal perubatan tradisonal tidak mendapat mendapat kelayakan khusus dalam bidang perubatan dan tidak diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Jawapan lengkap soalan 2(iii) dengan binaan ayat yang gramatis:-


Pada pendapat saya penggunaan herba dalam perubatan tradisional kurang mendapat sambutan dalam  kalangan masyarakat pada hari ini kerana perubatan tradisional kurang mendapat maklumat berkenaan keberkesanan penggunaan herba dalam perubatan zaman sekarang berbanding perubatan moden dan perubatan menggunakan perubatan herba dianggap ketinggalan zaman dan kuno dan masyarakat sekarang lebih percaya dengan perubatan moden. Di samping itu, premis pengamal perubatan tradisional kurang kondusif menyebabkan masyarakat tidak selesa untuk mendapatkan rawatan di premis berkenaan.


Pelajar boleh memilih mana-mana dua isi yang sesuai dan jika ada masa, pelajar boleh menjawap tiga isi dan fungsi isi ketiga sebagai isi “backup”. Sekali lagi diingatkan pelajar perlu menjawab dengan membina ayat gramatis dan elakkan menjawab dalam bentuk poin.