Sabtu, 11 November 2017

SOALAN KERTAS BAHASA MELAYU KERTAS 1, BAHAGIAN A (1103/1) SPM 2017

KERTAS BAHASA MELAYU KERTAS 1 SPM 2017

Telah seminggu berlalu pelajar SPM 2017 menjawab kertas Bahasa Melayu 1( 1103/1). Semoga pelajar dapat menjawab soalan bahagian A ( karangan berpandu) , dan  bahagian B ( karangan pilihan berdasarkan dimensi, diri, keluarga atau masyarakat, dimensi negara dan dimensi komsas) dengan baik dan mendapat keputusan cemerlang.

Sebagai peringatan, pelajar tingkatan 4 2017, bakal menghadapi peperiksaan SPM 2018, perlu bersedia daripada sekarang untuk menghadapi kertas Bahasa Melayu 1. Perancangan dan persediaan awal amat berguna untuk memastikan pelajar berjaya menjawab soalan karangan dengan cemerlang. Sebagai seorang guru, saya dapati pelajar boleh mengarang tetapi untuk menghasilkan karangan cemerlang atas bukan semudah yang ditanggap oleh pelajar kerana mengarang karangan cemerlang memerlukan latihan sistematik sehingga pelajar berjaya membudayakan penghasilan karangan cemerlang. Banyak perkara yang perlu diberi perhatian oleh setiap pelajar untuk menghasilkan karangan ke tahap kecemerlangan tersebut, dan paling sukar untuk menghasilkan karangan secara matang. Antara kemahiran menyampaikan idea, kemahiran menghasillkan bahasa gramatis sama akat kata, ayat, kosa kata, dan keindahan bahasa, pengolahan karangan yang matang dan perenggan yang seimbang dan terkini memasukkan unsur kemahiran berfikir secara kreatif dan kristis (KBAT).

Sekiranya, budaya menghasilkan karangan cemerlang tidak dikuasai pelajar, antara saya kesan pelajar boleh menghasilkan karangan cemerlang tetapi tidak berjaya membahagikan masa untuk menyiapkan karangan, dan kebanyakan pelajar tidak berjaya menulis kriteria yang diperlukan untuk menghasilkan karangan cemerlang. Pelajar boleh merujuk coretan yang telah saya coretkan di dalam Blog Laman Bahasa Melayu SPM ini, tetapi saya akan cuba membincangkan semula kriteria berkenaan kerana kebanyakan pelajar malas merujuk bahan berkenaan kerana maklumat berada di hujung jari dan dunia tanpa sempadan sesuai dengan  zaman modenesasi sistem komunikasi digital negara. Selain itu, banyak sumber bahasa boleh pelajar peroleh bukan sahaja di blog ini tetapi blog guru bahasa Melayu yang wujud di dunia siber. Pelajar bijak akan menggunakan setiap sumber ilmu yang ada di dunia maya, dan tiada alasan untuk pelajar membuat alasan tiada sumber untuk mendapat maklumat di dunia siber kerana hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.



SOALAN KERTAS BAHASA MELAYU 1 SPM 91103/1) 2017





   Persoalannya, apakah  kehendak soalan Kertas Bahasa Melayu 1,  Bahagian A ( Karangan Berpandu) SPM 2017. Adakah pelajar menjawab soalan berkenaan dengan baik dan sesuai dengan kehendak soalan, itulah menjadi tanda tanya kalangan pelajar. Insya-Allah, sekiranya ada masa saya akan cuba membincangkan kehendak soalan berkenaan.

Ulasan berkaitan soalan bahagian A ( Karangan Berpandu)

Soalan berkehendakkan pelajar menghuraikan peranan Unit Bimbingan dan Kauseling di sekolah. Soalan ini agak mencabar pelajar kerana walaupun isi diberi iaitu peranan Unit Bimbingan dan Kaunseling berperanan menyediakan khidmat nasihat, memberi bimbingan kerjaya, dan meningkatkan motivasi murid tetapi kepada pelajar yang tidak ada maklumat berkaitan peranan Kauselor Sekolah dalam unit berkenaan sudah pasti pelajar sukar untuk menulis karangan berkenaan sedangkan karangan ini wajib dijawab.

Contoh Karangan

Masalah disiplin yang kian menjadi-jadi dewasa ini antaranya masalah poteng sekolah, merokok, dadah, masalah vandalisme, hedonisme buli, serta tidak ketinggalan masalah jenayah. Permasalahan yang ditimbulkan pelajar menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar. Oleh sebab itu, pada tahun 1996, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menempatkan kaunselor untuk mengelolakan Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah untuk menangani masalah disiplin pelajar yang sebelum ini dikendalikan oleh guru bimbingan kaunseling.  Persoalannya, apakah tanggungjawab Unit Bimbingan dan Kauseling di sekolah?

Antara peranan Unit Bimbingan dan Kauseling yang dipertanggungjawab kepada kaunselor sekolah adalah untuk menyediakan khidmat nasihat kepada pelajar. Sebagaimana kita sedia maklum, kini pelbagai masalah pelajar berlaku di sekolah seperti ponteng, merokok, dadah, hendonisme, vandalisme, dan ada juga terlibat dengan masalah jenayah. Antara langkah yang dijalankan untuk membanteras masalah berkenaan adalah dengan memberi bimbingan dan nasihat kepada pelajar agar pelajar dapat mengubah tingkah laku mereka kerana mencegah lebih baik daripada merawat. Sekiranya perlu, kaunselor akan menghubungi ibu bapa untuk berbincang dan mendapat bantuan serta pandangan mereka kerana ibu bapa merupakan orang paling hampir dan disegani pelajar. Sekiranya, permasalahan pelajar ditangani dengan baik sudah pasti masalah disiplin dalam kalangan pelajar akan dapat dibanteras. Tegasnya, peranan kaunselor sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah adalah untuk menyediakan khidmat nasihat kepada pelajar.

      Selain itu, khidmat kaunselor juga amat penting sebagai sumber maklumat berkaitan kerjaya pelajar kerana hanya
jauhari yang mengenal manikam. Hal ini amat penting kerana pelajar tidak mempunyai cukup maklumat berkaitan kerjaya pilihan mereka serta  pakej jurusan mata pelajaran yang dipilih semasa berada di tingkatan empat. Sebagai contoh, pelajar yang mengambil jurusan sains perlu tahu fokus dan jurusan yang ditawarkan di Institut Pengajian Tinggi (IPT) agar mereka faham jurusan yang perlu mereka pilih selepas keputusan SPM diketahui. Bahkan juga, dengan kefahaman mereka berkaitan pakej dan jurusan yang boleh dipilih sebelum memohon kemasukan ke institusi pengajian tinggi secara langsung akan memberi motivasi untuk mereka menguasai mata pelajaran yang mereka pelajari dan dengan itu mereka akan bersedia untuk menghadapi pengajian mereka semasa di IPT kelak. Malah pengetahuan awal berkaitan pakej jurusan di IPT juga mampu mengelakkan mereka tersilap pilih jurusan semasa memohon kemasukan ke institusi pengajian tinggi. Tegasnya, khidmat kaunselor amat penting sebagai sumber maklumat awal berkaitan kerjaya pelajar untuk mengelak kecundang dalam kehidupan bak kata pepatah yang dikendong tak dapat, yang dikejar berciciran.

Bahkan juga, peranan kauselor sebagai tunggak utama serta pengelola Unit Bimbingan dan Kaunseling berperanan untuk meningkatkan motivasi pelajar. Oleh sebab itu seorang kaunselor bertanggungjawab untuk membantu pelajar mengetahui dan memahami kemahiran belajar yang meliputi kemahiran membaca, kemahiran mengambil nota, mengurus pengurusan masa, pengurusan diri, kemahiran mendengar, kemahiran mengingat, mengulangkaji, menjawab soalan peperiksaan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan. Sebagai contoh, kaunselor akan mengatur program kecemerlangan akademik sekolah dengan kerjasama unit akademik sekolah sama ada melibatkan pelajar yang akan menghadapi Penilaian Tingkatan 3 atau pelajar yang akan menghadapi Peperiksaan SPM. Di samping itu, seorang kaunselor berperanan mengumpul data perkembangan akademik pelajar sama data ada ujian, dan peperiksaan pelajar serta bertindak membimbing pelajar sebagai klien sekiranya prestasi mereka merundum. Hal ini kerana tugas kaunselor merupakan tugas sepenuh masa terhadap kemenjadian pelajar dan membantu kecemerlangan seseorang pelajar. Sekiranya, pelajar selalu diberi motivasi sudah pasti prestasi akademik mereka akan cemerlang. Tegasnya, tugas seorang kaunselor adalah untuk meningkatkan motivasi pelajar dalam bidang akademik.

Kaunselor sekolah juga berperanan memberi khidmat nasihat untuk membentuk nilai dan kemenjadian seseorang pelajar agar mereka menjadi insan yang berguna untuk keluarga, masyarakat dan negara. Hal ini kerana, kauselor merupakan individu yang pakar mengesan kebolehan, sikap dan keperibadian seseorang pelajar. Untuk tujuan pengesanan personaliti pelajar, kauselor akan menggunakan ujian psikometrik bertujuan untuk mengesan potensi pelajar, serta menyalurkan maklumat berkaitan personaliti  pelajar kepada guru mata pelajaran. Maklumat berkenaan akanmemudahkan guru untuk mengenalpasti strategi, kaedah dan teknik pengajaran supaya guru dapat mewujudkan suasana pembejalaran yang kondusif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Peribahasa Melayu ada mengatakan bahawa "melentur buluh biarlah daripada rebungnya" begitu jugalah peranan kauselor untuk membentuk jati diri seseorang pelajar daripada keberadaan mereka di tingkatan satu lagi agar mereka menjadi insan cemerlang di dunia dan di akhirat. Jelasnya, jika pembentukan personaliti pelajar diambil berat, pelajar akan gemilang daripada pencapaian akademik dan semerlang daripada segi sahsiahnya. Tegasnya,Kaunselor sekolah juga berperanan memberi khidmat nasihat untuk membentuk nilai dan kemenjadian seseorang pelajar agar mereka menjadi insan yang berguna untuk keluarga, masyarakat dan negara.


Kesimpulannya, seorang kaunselor berperanan mengendalikan Unit Bimbingan dan Kauseling ke arah kemenjadian pelajar cemerlang, gemilang dan terbilang. Untuk merealisasikan kecemerlangan pelajar, mereka perlu membimbing pelajar mengurus diri dan masa, mengurus cara belajar, mengurai sebarang masalah diri pelajar dan berkolaborasi dengan guru ibarat aur dengan tebing untuk melahirkan pembelajaran yang kondusif. Sekiranya, kauselor sekolah bejaya melaksanakan program kemenjadian pelajar, sudah sekolah tidak akan ketandusan pemimpin malah pencapaian akademik sekolah akan meningkat saban tahun. Unit Bimbingan dan kaunseling yang proaktif penentu kecemerlangan pelajar dan sekolah.

PELAJAR DISARANKAN MENULIS TIGA ISI SAHAJA UNTUK PENGELOLAAN MASA SEMASA MENGARANG. PASTIKAN KARANGAN PELAJAR LENGKAP, ADA PERENGGAN PENGENALAN, PERENGGAN ISI, DAN PERENGGAN PENUTUP.

15 ulasan:

Unknown berkata...

mcm lebih 200, 250 patah perkataan je ni πŸ€”

Tanpa Nama berkata...

Anda silap, walaupun soalan meminta anda menulis antara 200 hingga 250 patah perkataan, tetapi pada hakikatnya, pelajar yang mampu menulis lebih 250 patah perkataan senang mendapat markah cemerlang atas. Jika boleh anda buka kupasan Lembaga peperiksaan pada galeri bahan saya di sebelah kanan blog saya, anda akan faham kenapa pelajar perlu menulis lebih daripada 250 patah perkataan. Sila rujuk guru yang berpengalaman tentang kepanjangan sesbuah karangan berpandu. Anda silap, anda orang yang rugi.

Tanpa Nama berkata...

Well, yeaa mmg kitorg students jwb lebih drpd 250 pp. usually sbb nk dptkn markah n cuba mengikut cara cikgu. Tetapi, kadang2 ade sesetengah cg akan potong ayat yg lebih drpd 250 pp. Ade yg probably x, n ade yg ye.

MOHD. RAMSUL ABD. RAHIMAN berkata...

Alhamdulillah, sebagai seorang guru yang berpengalaman karangan satu atau berpandu perlu ditulis lebih daripada 250 patah perkataan. Namun ada sesetangah guru yang tidak faham situasi ini. Oleh sebab itu saya tidak perlu mengulas panjang hal ini kerana pelajar yang kreatif, dan mahir menulis karangan lebih 250 patah perkataan yang akan tahu kepentingannya. Saya mohon pelajar atau guru merujuk kepada Kupasan Mutu Jawapan Murid SPM 2017 yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan sebagai mana yang saya paparkan di ruangan kanan blog ini. Diharapkan melalui kupasan jawapan berkenaan pelajar dan guru sekalian akan faham sama ada karangan soalan 1 atau karangan berpandu perlu ditulis hanya 250 patah perkataan atau lebih. Namun saya tidak menyalahkan anda jika situasi berkenaan berlaku tetapi guru berkenaan perlu merujuk kepada mereka yang lebih tahu lebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan, kerana kesialapan guru berkenaan boleh menjejaskan markah pelajar. Harap maklum.

Tanpa Nama berkata...

Sebagai seorang guru yang berpengalaman, Saya ingin memberitahu Anda bahawa walaupun pelajar itu kreatif Dan mempunyai banyak idea bagi karangan tertentu, pelajar itu juga perlu mempertimbangkan faktor Masa, Jika ikut cara Anda suruh pelajar menulis lebih daripada 250 patah perkataan,pelajar ITU TIDAK DAPAT Mengarang Dengan baik untuk karangan seterusnya itu di bahagian B.Hal INI akan menyebabkan pelajar ITU mendapat markah yang rendah dalam karangan bahaguan B kerana faktor Masa. Harap maklum.

sara berkata...

ni google translate ke πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
"anda silap" btw thankz bgtau srs x pltau pon slme ni ingt kalau lebih bole tolak markah ❣️πŸ‘Œ

Unknown berkata...

Panjang sangat ni

Muhamad Izhar berkata...

cikgu, isi keempat tu kriteria wajib untuk dapat karangan cemerlang atau jika tiada pun tidak menjadi masalah

Unknown berkata...

terbaikπŸ‘

yayayaya berkata...

Nak tanya maksudnya boleh ke saya buat karangan lebih daripada 250 patah perkataan? sebab kalau di sekolah perkataan yang lebih daripada 250pp tidak akan dibaca. saya keliru πŸ˜…

MOHD. RAMSUL ABD. RAHIMAN berkata...

Kebanyakan pelajar dan guru masih keliru dengan arahan soalan karangan berpandu, soalan 1 Kertas Karangan Bahasa Melayu 1 yang meminta pelajar menulis karangan berpandu antara 200 hingga 250 patah perkataan. Banyak juga kalangan pelajar dan pelayar blog ini mempertikaikan kepanjangan contoh karangan berpandu yang sering saya paparkan di dalam blog ini. Banyak juga yang mempertikaikan kemampuan pelajar menulis karangan panjang berkenaan. Hal ini demikian kerana faktor masa, dan faktor kemampuan pelajar untuk menulis karangan.
Sebagai makluman, menulis karangan bukan suatu perkara yang mudah, memerlukan latihan yang kerap, dan memerlukan sokongan dan bantuan guru sebagai pembimbing daripada tingkatan 4, malah daripada tingkatan 3 lagi. Hanya pelajar yang kreatif yang mampu melahirkan karangan "matang" semasa mengarang dan bertaraf A+. Namun untuk mendapatkan karangan bertaraf A mungkin tidak sesukar mendapat markah A+. Guru yang tidak menyemak karangan, setelah patah perkataan lebih 250 patah perkataan mungkin kurang faham dan karangan berbeza dengan rumusan. Karangan melebihi 250 patah perkataan perlu disemak kerana jika karangan berkenaan tidak disemak, tindakan berkenaan akan membunuh kreativiti pelajar.
Kesimpulannya, ingin saya tegaskan kepada pelajar yang baru mula untuk menghasilkan karangan mohon bimbingan guru, dan elakkan terus menyalin karangan panjang yang saya terbitkan dalam blog ini. Hal ini demikian kerana pelajar di sekolah terdiri pelajar elit, sederhana,dan mulus. Oleh sebab itu, setiap golongan pelajar berkenaan memerlukan bimbingan berbeza mengikut kemampuan mereka menulis karangan. Menulis karangan bukan mudah tetapi tidak sesukar mana, dan memerlukan bimbingan seorang guru. Kepada guru yang masih kurang faham, mohon berdamping dengan guru berpengalaman dan sebaik-baiknya guru yang menyemak kertas Bahasa Melayu 1 untuk mendapat penjelasan yang lebih jelas mengenai kehendak kertas karangan. Sekian.

MOHD. RAMSUL ABD. RAHIMAN berkata...

Pertanyaan berkaitan penulisan lebih 250 patah perkataan boleh ke tidak. Jawapannya, boleh.

Unknown berkata...

brapa perenggan untuk soalan ni? ...5 oke ke atau memang nak tmbah 1 isi

Unknown berkata...

ini huraian

Unknown berkata...

ini isi utama