Ahad, 26 November 2017

PEPERIKSAAN SPM 2017 AKAN MENUTUP TIRAINYA, JUSTERU SAYA INGIN MENYINGKAP SEMULA NOSTALGIA SERTA PERANAN SAYA SEBAGAI GURU BAHASA MELAYU TAHUN 2017 DAN 2018

PENGALAMAN MENGAJAR BAHASA MELAYU KELAS 5 SAINS SMK SERI LONDANG 2017 DAN APA YANG BERLAKU KEPADA  SAYA PADA TAHUN 2018

        Sebagaimana kita sedia maklum, peperiksaan SPM 2018 akan melabuhkan tirainya pada 4 Disember 2017 secara rasmi. Oleh sebab itu, pelajar tingkatan 4 2017, perlu bersedia daripada sekarang untuk melakukan persediaan awal kerana masa itu emas, dan pada masa yang sama sekiranya ditanya kalangan pelajar SPM 2017, mereka sudah pasti menjawab masa berlalu sepantas kilat dan mereka sudah pasti gembira, sekiranya mereka berjaya menjawap soalan kertas Peperiksaan Bahasa Melayu SPM 2017 yang telah dilalui pada 6 November 2017 mereka akan puas tetapi jika tidak mereka akan sesal kenapa tidak bertindak awal menghadapi Bahasa Melayu  SPM 2017. Sudah jelas, peranan pelajar merupakan faktor utama ke arah kejayaan mereka menghadapi peperiksaan awam tersebut. Bukan sahaja pelajar merasai kesan atau impak peperiksaan SPM 2017, malah guru mata pelajaran Bahasa Melayu juga terkesan sama.

             Oleh sebab itu, saya sebagai seorang guru sentiasa peka dengan situasi berkenaan dan perlu melakukan persiapan awal untuk menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran 2018. Sebagai seorang guru yang baru di SMK Seri Londang dan memulakan tugas sebagai guru mata pelajaran Bahasa Melayu Kelas 5 Sains secara tidak rasmi pada bulan Mei 2017, dan secara rasminya pada penghujung bulan Julai 2017, banyak nostalgia saya alami. Pertama, setelah tiga tahun berkhidmat di Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah pada tahun 2014 sebagai Penolong PPD Kurikulum Bahasa, saya terpaksa meninggalkan kerjaya saya berkenaan apabila saya menghadapi masalah serius akibat kanser usus pada pertengahan tahun 2016, dan pada bulan April 2017 saya telah ditukar ke SMK Seri Londang sebagai guru mata pelajaran Bahasa Melayu, guru biasa setelah saya memohon meletakkan jawatan sebagai jawatan hakiki saya DG 44. Sememangnya, agak sedih untuk melepaskan jawatan berkenaan tetapi demi untuk kesihatan dan tidak mahu kehadiran saya di PPD menyusahkan pegawai lain. Ramai juga rakan-rakan guru bertanya soalan tugasan saya di SMK Seri Londang, adakah saya memegang jawatan Penolong Kanan dan jawapan mudah untuk saya menjawab soalan berkenaan, "Saya turun ke SMK Seri Londang sebagai guru biasa kerana saya lebih mengutamakan kesihatan daripada jawatan." Memang saya anggap keputusan saya tepat kerana jika saya memegang jawatan sudah pasti saya akan tertekan atau stres dengan tanggung jawab sebagai seorang pentadbir Saya berpendapat keputusan saya tepat kerana saya berjaya menjalankan tugasan saya sebagai seorang Guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu tetapi oleh sebab masa saya bersama dengan pelajar Kelas 5 Sains selama 7 bulan, saya dapati hanya segelintir pelajar mampu mencapai aras cemerlang Atas (A+) tetapi rata-rata pelajar berjaya melonjakkan diri mereka ke arah cemerlang, dan cemerlang bawah.

             Sebagai bekas guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan juga  Ketua Panitia Bahasa Melayu SMKA Sultan Azlan Shah, target utama saya adalah untuk membantu pelajar menggapai ( A+), iaitu sebelum saya menjawat jawatan sebagai Pegawai di PPD, dan saya amat puas hati tugasas saya sebagai guru bahasa Melayu di sekolah ini sepanjang bertugas selama 12 tahun. Cuma saya berdoa semoga keputusan SPM 2017, ada pelajar saya akan menggapai A+ dan saya sasarkan kepada 3 orang pelajar dan jika diiazinkan Tuhan mungkin lebih kerana pelajar yang mencapai Gred A seramai 8 orang, tiga orang pelajar menggapai gred A semasa ( peperiksaan Pertengahan Tahun PPT dan 8 orang semasa Peperiksaan Percubaan SPM (PAT) 2017. Walaubagaimanapun, salah seorang pelajar boleh menggapai A+ semasa PAT tetapi oleh sebab kertas karangannya tidak mencapai slot cemerlang atas kerana penulisan karangan tidak menunjukkan kematangan sungguhpun bahasanya mantap dan markahnya 85%. Kertas bahasa Melayu beliau mencapai cemerlang atas tetapi kurang mantap iaitu 90%, dan tidak dapat membantu untuk mencapai cemerlang atas untuk keputusan keseluruhan kertas Bahasa Melayu (1103). Saya dapat megesan prestasi pelajar menggunakan Analisa Item Bahasa Melayu Menengah Atas  AIBMMA) yang saya wujudkan tujuan berkenaan.

               Berdasarkan intervensi ke arah melahirkan pelajar cemerlang atas, cukup mantap kerana saya ada (AIBMMA), selain itu saya menghasilkan Modul Kertas BM1 dan Kertas BM2 untuk kegunaan pelajar, saya ada blog Laman Bahasa Melayu SPM ini sebagai bantuan memperkasakan bahasa Melayu SMK Seri Londang, namun agak malang kerana pelajar SMK Seri Londang terletak di kawasan luar bandar, tidak semua pelajar dapat capaian internet tetapi itu bukan merupakan masalah utama kerana pelajar ada telefon pintar untuk mengakses capaian blog, selain itu pelajar juga telah mewujudkkan kumpulan 'whatasaap' tetapi penggunaannya baik tetapi pelajar gagal untuk menggunakannya dengan lebih baik, maksud saya pelajar tidak banyak bertanya soalan untuk memahirkan mereka meningkatkan penguasaan bahasa, sama ada kertas 1 atau kertas 2.  Bahkan juga saya mewujudkan Jadual Pengembangan Idea Untuk Menghasilkan Perenggan Pengenalan, Perenggan Isi dan Perenggan Penutup ke arah menghasilkan karangan Cemerlang Atas, tetapi pelajar masih gagal untuk menghasilkan kerangan cemerlang atas sedangkan bahan atau sumber penulisan banyak dalam modul bahasa sama ada kertas 1 atau 2. Selain itu, pelajar juga saya bekalkan banyak bahan berbentuk kemahiran untuk menjawab kedua-dua kertas. Oleh sebab itu, saya merumuskan mereka gagal dalam kemahiran merujuk bahan terutama tidak mengumpulkan bahan berkenaan dalam fail khas serta sistem fali mereka lemah. Oleh sebab itu, jika saya diberikan ruang untuk membimbing pelajar SPM 2018, banyak perkara yang perlu saya beri perhatian kepada pelajar.

                 Sepanjang saya berada di SMK Seri Londang, saya banyak kali menimbulkan pertanyaan dan cadangan untuk memperkasakan Organisasi Panitia Bahasa semasa mesyuarat pengurusan melibatkan guru bahasa Melayu dan Guru Kanan Bahasa serta mesyuarat pengurusan Kurikulum kerana saya amat sensitif untuk melihat organisasi ini mantap kerana organisasi amat penting bagi saya terutama untuk melihat guru-guru Bahasa Melayu di SMK Seri Londang mampu melahirkan PdP berkesan terutama melibatkan kaedah pengajaran, teknik pemeriksaan kertas agar semakan selaras, serta pengetahuan mengenai teknikal menjawab kertas peperiksaan sama ada PT3 atau SPM agar profesionalisme guru mantap untuk melahirkan pelajar cenerlang. Saya tidak terkejut apabila saya diberi tanggungjawab sebagai Ketua Panitia Bahasa Melayu 2018 dan pihak pentadbir secara tidak rasmi memohon saya untuk mengendalikan kelas Peperiksaan dan saya tidak mahu memperkatakannya terutama kelas mana saya perlu kendalikan pada tahun 2018 selagi tidak mendapat keputusan rasmi semasa mesyuarat pengurusan Kurikulum yang akan bersidang pada 27 Disember 2018. Cuma saya sudah dapat mengesan keputusannya apabila PK1 dan Pengetua seperti sudah memberikan kenyataan secara tidak rasmi, apapun keputusannya saya memang sudah bersedia kerana banyak perkara yang perlu saya lakukan kerana setiap tanggungjawab yang diberikan kepada saya akan saya kotakan kerana apabila saya mempersoal, dan melontarkan pandangan semasa mesyuarat pengurusan kerana saya cakna dan ingin melihat bahasa Melayu perlu diperkasakan kerana sebelum memperkasakan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar guru-guru Bahasa Melayu juga perlu diperkasakan terlebih dahulu agar pelajar akan terbimbing ke arah kecemerlangan PT3 dan SPM 2018. Guru bahasa Melayu perlu sedar peranan masing-masing kerana kecemerlangan PT3 bermula daripada tingkatan 1, diikuti tingkatan 2 dan akhirnya tingkatan 3 sebagai pengakhiran untuk menengah bawah dan kecemerlangan pelajar menengah atas bermula daridapa ting 4 dan pengkahiran semasa pelajar berada di tingkatan 5, justeru kecemerlangan perlu disemai dan tanggungjawab berkenaan bukan tertanggung di bahu guru tingkatan 3 untuk menengah bawah dan di bahu guru tingkatan 5 untuk menengah atas. Impaknya, kejayaan pelajar PT3 dan pelajar SPM merupakan kejayaan bersama. Insya-Allah, saya akan cuba dan berusaha untuk memperkasakan Bahasa Melayu kalangan guru dan pelajar SMK Seri Londang, dan akan menggunakan pengalaman saya sebagai seorang guru Bahasa selama 26 tahun, cuma saya perlukan kerjasama guru-guru Bahasa Melayu kerana kecemerlangan milik bersama kerana berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing dan cubit peha kanan, peha kiri terasa.

        Banyak tugasan dan peranan saya untuk memperkasakan bahasa Melayu sepanjang menjadi guru biasa semula dan bagi saya tugasan berkenaan lebih berkesan berbanding epanjang saya bertugas sebagai Penolong PPD Kurikulum Bahasa, di PPD Perak Tengah. Antaranya, saya amat gembira kerana saya dapat mengaktifkan semula Blog Laman Bahasa Melayu ini. Selain itu, saya mengucapkan terima kasih kepada panitia, Guru Kanan Bahasa  dan pentadbir sekolah sama ada sekolah dalam daerah atau sekolah di luar daerah Perak Tengah yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk menyampaikan Teknik dan  Bengkel Kecemerlangan SPM 2017, antara SMK Tronoh, GK Bahasa Puan Hajah  Nor Asiah, SMK Seri Iskandar untuk Kem Pelajar Sederhana dan Cemerlang Di PULARES Batu Gajah pada minggu yang berlainan, GK Bahasa En. Rosli b. Samut SMK Batu 10, Lekir Setiawan dan tidak ketinggalan kepada Ketua Unit Akademik, En. Munif dan EN Azhar PPD Perak Tengah kerana memberi kepercayaan kepada saya mengendalikan Kem Halus dijalankan di SMK Seri Londang untuk Zon Bota dan Kem Kecemerlangan SPM di SMK Dato' Seri Maharaja Lela, dan Kem Kecemerlangan SMK Seri Londang di PULARES Batu Gajah. Pada masa yang sama, saya memohon maaf kepada PK1 SMK Changkat Lada dan Pegawai  PPD Manjung kerana tidak dapat menerima undangan untuk menyampaikan Teknik Menjawab Peperiksaan SPM 2017 kerana masalah PdP dan pada masa yang sama, saya sendiri terlibat dengan Program Kecemerlangan SMK Seri Londang. Sesungguhnya, setiap kali saya menyampaikan perkongsian ilmu berkenaan, penyampaian saya untuk teknik menjawab semakin mantap dan pada masa yang sama bahan-bahan saya sampaikan bertambah mantap dan sudah pasti aset berkenaan dapat membantu saya menyampaikannya semasa PdP dengan pelaja 5 Sains SMK Seri Londang. Inysa-Allah sekiranya saya mendapat undangan lagi pada tahun 2018, saya akan cuba membantu memperkasakan penguasaan pelajar untuk menjawab kertas Bahasa Melayu (1103) cuma masa, perlu diberi perhatian kerana untuk melengkapkan penyampaian masa dipertuntukkan untuk kedua-dua kertas sekurang-kurangya 3 jam atau, barulah pengisian untuk kertas BM 1 dan BM 2 mantap dan penyampaian boleh secara santai. Insya-Allah.

            Selain itu, Pengetua SMK Seri Londang telah memberi gambaran pada tahun 2018, tugasan saya bertambah terutama apabila saya diberikan mandat untuk mengelolakan Organisasi Pantia bahasa Melayu dan juga mengendalikan kelas peperiksaan SPM. Pertama sekali saya bersyukur kehadrat Illahi kerana memberikan saya kesihatan tubuh badan dan saya berdoa dan mengharapkan doa sesiapa sahaja mengenali saya supaya kanser usus saya akan pulih sepenuhnya, kerana sehingga kini saya sentiasa akur dan meneruskan prosedur rawatan dengan mengikuti semua temu janji yang telah dirancang doktor pakar Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur dan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pentadbir SMK Seri Londang kerana memberi kelepasan saya untuk mengikuti semua temu janji saya dan pada masa yang sama saya terus memberi komitmen saya kepada murid kelas saya sama ada kelas 5 Sains dan Kelas 2A1 dengan menyediakan bahan tugasan setiap kali saya menghadiri temu janji di hospital. Insya-Allah saya akan terus memberi komitmen untuk memperkasakan Bahasa Melayu SMK Seri Londang berdasarkan amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan kepada saya. Saya berdoa, semoga keputusan pelajar 5 Sains yang akan diumumkan pada tahun 2018 memberangsangkan sebagai motivasi untuk saya terus melahirkan Insan Cemerlang, Terbilang dan Gemilang dalam kertas Bahasa Melayu (1103).  Mohon doakan saya terus sihat sebagai admin Blog laman Bahasa Melayu ini kerana saya beranggapan blog ini sebagai Kelas Tuisyen Maya sebagai sumbangan saya kepada pelajar yang dahagakan ilmu berbahasa dan membantu pelajar cemerlang Kertas Bahasa Melayu (1103)

DOAKAN SAYA SIHAT SEPENUHNYA DARIPADA  KANSER USUS SAYA  HADAPI UNTUK MENERUSKAN USAHA MEMPERKASAKAN BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN PELAJAR SPM

Tiada ulasan: