Rabu, 15 November 2017

SOALAN KERTAS BAHASA MELAYU 2 (1103/2) SPM 2017

SOALAN KERTAS BAHASA MELAYU 2, SPM 2017.







INSYA-ALLAH PERBINCANGAN BERKIATAN SOALAN-SOALAN KERTAS BAHASA MELAYU 1 AKAN DIBINCANGKAN ( DOAKAN SAYA SIHAT UNTUK MELAKUKANNYA)


11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cikgu , bolehkah saya dapatkan skema jawapan ?

Unknown berkata...

Jawapan

aneeka berkata...

Cikgu , Sya pelajar persendirian sekarang sya confuse kena focus yang mana untuk atleast credit dalam BM.Please give me any advice cikgu.

Unknown berkata...

Wish me luck neh

MOHD. RAMSUL ABD. RAHIMAN berkata...

Aneeka, saya amat memahami masalah anda sebagai calon persendirian. Namun, untuk saya menjelaskan masalah anda amat sukar kerana Kertas Bahasa Melayu amat luas skopnya. Agak mustahil untuk saya menjelaskan cara dan langkah untuk berjaya mendapat markah kepujian dalam peperiksaan dalam masa tinggal lebih kurang 20 jam dam 10 minit. Sedangkan saya mengajar anak murid saya selama setahun pun ada dalam kalangan pelajar saya tidak dapat menguasai teknik menjawab soalan peperiksaan sedangkan saya sudah dua kali menjelaskan teknik menjawab, melaksanakan kelas tuisyen sentuhan akhir tiga fasa, belum lagi semasa mengajar di dalam kelas. Oleh sebab itu, dalam blog saya ini saya jelaskan tajuk yang pelajar perlu fokus, cara mengarang dan cara menjawab soalan. Satu sahaja yang saya nasihat Aneeka cuba rujuk bahan di dalam blog ini dan cuba untuk melihat keperluan manjawab soalan. Semoga Tuhan sahaja yang mampu membantu Aneeka selain usaha Aneeka untk membuat persiapan menghadapi Kertas Bahasa Melayu SPM. Berusahalah, semoga Aneeka boleh menjawab soalan Kertas Bahasa Melayu SPM pada pukul 8.00 pagi untuk kertas BM 1 dan seterusnya kertas BM 2. Maafkan saya saya tidak boleh membantu lebih lanjut, namun soalan yang mudah dijawab sebenarnya rumusan, karangan berpandu ( Soalan Karangan bahagian A), Novel, binaan ayat mengunakan perkataan diberi itupun soalan ini memerlukan perbendaharaan kata yang luas. Selamat menghadap peperiksaan SPM Kertas Bahasa Melayu.

Unknown berkata...

Cikgu,kalau tertulis kat ruangan yg tidak dibenarkan tulis tu apa jadi? Markah akan kurang ke? Sbb sa trtulis kat ruang tu akibat lalai tentang peringatan tersebut....

MOHD. RAMSUL ABD. RAHIMAN berkata...

Berdasarkan soalan pelajar di atas, pelajar tertulis jawapan di bahagian ruangan jawapan yang sepatutnya dikosongkan. Sebagai makluman, ruangan berkenaan merupakan ruangan untuk pemeriksa menulis markah semasa semakan kertas dijalankan. Namun, perkara berkenaan telah berlaku dan cuma pada pendapat saya, pemeriksa kertas juga mempunyai hati budi, dan jugasikap prikemanusian semasa pemeriksaan dijalankan, cuma pelajar berkenaan perlu berdoa agar pemeriksa tidak sukar untuk membuat pemeriksaan semasa menyemak jawapan pelajar. Sekiranya jawapan pelajar bermutu, dan baik semasa menjawab soalan berkenaan, masalah berkenaan tidaklah kronik, namun doakan semoga pemeriksan tidak sukar memeriksa kertas jawapan pelajar.
Saya tidak pasti, jawapan soalan yang dimaksudkan pelajar berkenaan sama ada soalan kertas Bahasa Melayu 1 atau kertas Bahasa Melayu 2. Jika kertas bahasa Melayu 1, bermakna kertas berkenaan merupakan kertas karangan berpandu Soalan 1 dan Soalan 2, karangan jenis dimensi. Sebaliknya, jika kertas berkenaan kertas bahasa Melayu 2, jawapan pelajar berkenaan soalan 1 Rumusan, 2 (a) Pemahaman Umum, 2(b) Pemahaman Prosa Moden, 2(c) Prosa Klasik, 2(d) Puisi, 3 (a) Binaan ayat daripada perkataan diberi, 3 (b) Kajian Ayat- membina ayat tunggal kepada 3 ayat, 3(c) Mengesan kesalahan ejaan dan imbuhan, 3(d) mengesan kesalahan istilah dan tatabahasa, 3 (e) Peribahasa, 4 (a) Kajian satu novel dan 4 (b) Kajian dua novel. Kesimpulannya, pelajar berkenaan jangan risau kerana perkara berkenaan telah berlaku, doakan pemeriksa tidak sukar memeriksa jawapan yang dimaksudkan. Kepada pelajar ting 4, yang akan mengambil peperiksaan kertas bahasa Melayu pada masa akan datang, cuba elakkan menulis di bahagian ruangan perlu di kosongkan pada bahagian tepi kertas jawapan kerana ruangan berkenaan digunakan oleh pemeriksa kertas untuk menulis markah setiap soalan yang dijawab oleh pelajar, dan markah-markah yang ditulis di tepi ruangan kosong berkenaan akan dikira dan dijumlahkan markahnya.
Semoga pelajar yang bertanya faham dengan penerangan saya di atas. Saya mendoakan pelajar berkenaan akan mendapat keputusan yang baik untuk kertas yang dimaksudkan.

Tanpa Nama berkata...

Kalau saya terulis nombor soalan pada ruang buku jawapan yg tidak dibenarkan ,akan macam mana

MOHD. RAMSUL ABD. RAHIMAN berkata...

Soalan anda, sama seperti soalan di atas. Namun anda menulis nombor soalan di bahagian ruangan kosong di sebelas kiri buku jawapan. Pada pendapat saya, kesalahan berkenaan tidaklah menjejaskan jawapan anda. Jangan risau kerana setiap pemeriksa ada sifat kemanusiannya. Cuma pelajar yang akan menghadapi peperiksaan akan datang perlu ingat, ruangan kiri dan kanan adalah ruangan pemeriksa kertas menulis markah atau catatan. Jika boleh elakkan menulis kedua-dua ruangan berkenaan. Kepada sesiapa yang ingin bertanya, memberi pendapat atau apa sahaja ulasan di rungan ulasan ini, mohon menulis nama. Sekian, terima kasih.

Wafiy berkata...

Assalamualaikum tuan...boleh saya tanya... Beri kesan tak kepada karangan bahagian B kalau kita tidak tulis nombor soalan... Mungkin masa itu kita terlupa... Adakah ia beri kesan terhadap markah karangan?

MOHD. RAMSUL ABD. RAHIMAN berkata...

Waalaikumsalam, insya-Allah masalah adik terlupa menunulis nombor karangan tidak memberi kesan kepada jawapan kerana pemeriksa faham adik menjawab soalan bahagian B tersebut, berdasarkan jawapan adik berikan. Cuma saya berharap adik tidak melakukan kesalahan dari segi pengolahan karangan, pemerengganan, kesalahan tatabahasa dan ejaan, serta penggunaan kemahiran berfikir semasa mengarang. Semoga adik cemerlang dalam karangan.