SOALAN 3 ( PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA
BIL
|
NEGERI
|
3 (A) MEMBINA AYAT DENGAN PERKATAAN
DIBERI.
|
3 (B)
KAJIAN AYAT- SINTAKSIS
|
|
13
|
SELANGOR
|
Tulis satu ayat bagi setiap penjodoh bilangan di
bawah supaya jelas menunjukkan anda faham maksud dan penggunaannya. Anda
tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
i.
Kaki
ii.
Gugus
iii.
Berkas
iv.
Lembar
v.
Pasang
vi.
Kuntum
|
Nyatakan jenis-jenis ayat perintah di bawah
dan nyatakan sama ada ayat tersebut ayat suruhan, ayat permintaan, ayat
silaan atau ayat larangan.
i.
Jemput ke majlis perkahwinan saya.
ii.
Jangan lalu di kawasan peperiksaan.
iii.
Buang sampah ke dalam tong sampah.
iv.
Jika aku pulang lewat, usah tunggu aku.
v.
Baca soalan dengan teliti sebelum
menjawabnya.
vi.
Harp bersabar sebelum menunggu giliran anda.
|
|
3 ( C ) MENGESAN KESALAHAN
EJAAN DAN
IMBUHAN YANG
TERDAPAT DALAM PETIKAN.
|
3 (D ) MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN
TATABAHASA
|
|||
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu
kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebihdaripada satu kesalahan
ejaandan satu kesalahan penggunaanimbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.
i.
Tasik Putrajaya yang berukuran tujuh kilo
meter panjang dikelilingi oleh pohon-pohon yang beraneka warna dapat
memperindahkan lanskap.
ii.
Kempen AntiIsrael telah dilancarkan dengan
mensarankan pengguna agar memboikot barangan keluarannya seperti Cola-cola
dan Mc Donalds.
iii.
Negara kita akan menghadapi krisis makanan
jika terlalu bertumpukan perhatian kepada bidang perindastrian demi mengejar
status negara maju.
|
Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan
kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahanpenggunaan akata atau
istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin petikan itu
semula.
Negara kita kaya dengan hasil bumi dan kekayaan ini menjadi daya
tarikan yang menolak kuasa asing agar menguasainya. Apabila Revolusi
Perindustrian berlaku di England, British
memerlukan bijih timah untuk memenuhi
keperluan banyak kilang-kilangnya.
Keadaan politik yang goyang di Negeri-negeri Melayu memberi peluang
pada British untuk ikut serta dan memaksa sultan-sultan Melayu menerima
naungan British.
|
|||
3 ( E ) PERIBAHASA
|
||||
Baca petikan di bawah dengan
teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi petikan tersebut.
Sebelum zaman penjajahan British,
orang Melayu telah menjalankan kegiatan pertanian secara kecil-kecilan hanya
untuk menyara diri dan keluarga. Kedatangan penjajah yang telah mengembangkan
perlombongan bijih timah dan pertanian getah menjadikan imigran Cina dan
India dibawa masuk ke Tanah Melayu kerana telah menjadi lubuk rezeki. Kerana menyedari kepentingan perpaduan,
mereka telah menubuhkan Parti Perikatan lalu membentuk kerajaan yang merdeka.
|
BIL
|
NEGERI
|
3 (A) MEMBINA AYAT DENGAN PERKATAAN
DIBERI.
|
3 (B)
KAJIAN AYAT- SINTAKSIS
|
|
13
|
SARAWAK
(LIMBANG)
|
Tulis satu ayat bagi setiap penjodoh bilangan di
bawah supaya jelas menunjukkan anda faham maksud dan penggunaannya. Anda
tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i)
dilema
(ii)
delima
(iii)
bendang
(iv)
gendang
(v)
sarat
(vi)
surat
|
Tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat
pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
i.
Malaysia mempamerkan aksi yang membanggakan
apabila berjaya mengutip 17 emas dalam kejohanan sukan itu.
ii.
Kita tidak dapat menafikan hakikat bahawa
cuaca memainkan peranan penting dalam hidup.
iii.
Pihak berkuasa hendaklah menjalankan kempen
keselamatan di jalan raya untuk memastikan jumlah kemalangan berkurangan.
|
|
3 ( C ) MENGESAN KESALAHAN
EJAAN DAN
IMBUHAN YANG TERDAPAT DALAM PETIKAN.
|
3 (D ) MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN
TATABAHASA
|
|||
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat tiga
kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan
betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan
imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Dalam usaha hendak melahirkan atlit setaraf dunia
serta jenerasi yang berdaya saing, Kementerian Pendidikan Malaysia akan
mewajibkan setiap pelajar sekolah menyertai satu bidang sukan sebagai landasan
untuk menyungkil bakat sukan pada peringkat akar umbi yang berlaku secara
kolektif, bersepadu dan konsistan.
|
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu
kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata dan istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
i.
Ayah memberitahu saya dan emak bahawa kami
akan pulang di kampung pada hujung minggu itu untuk melihat nenek.
ii.
Setiap pekerjaan haruslah dilakukan mengikut
produser supaya hasil yang diperoleh memuaskan hati kepada semua pihak.
iii.
Kereta sampel terbaharu keluaran syarikat
pengeluar kereta nasional itu mendapat sambutan yang menggalakkan dari ramai
orang.
|
|||
3 ( E ) PERIBAHASA
|
||||
Nyatakan peribahasa yang
sama maksud dengan peribahasa yang dikemukakan.
(i)
menepuk air di dulang, terpercik ke muka
sendiri
(ii)
air dicencang tiada akan putus
(iii)
Bagaimana acuan begitulah kuihnya
|
BIL
|
NEGERI
|
3 (A) MEMBINA AYAT DENGAN PERKATAAN
DIBERI.
|
3 (B)
KAJIAN AYAT- SINTAKSIS
|
|
14
|
NEGERI SEMBILAN
|
Tulis satu ayat bagi setiap pasangan kata di
bawah supaya jelas menunjukkan anda faham maksud dan penggunaannya. Anda
tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
i.
melawat – merawat
ii.
mengwap – menguap
iii.
mengelar - menyelar
|
Tukar ayat ayat pasif di bawah kepada ayat
aktif tanpa mengubah maksud ayat asalnya.
i.
Tugas mengemaskinikan carta organisasi
Persatuan bahasa Melayu telah kami laksanakan pada petang semalam.
ii.
Bimbingan awak sangat kami perlukan untuk
memastikan kertas kerja yang disediakan
menepati format yang
dikehendaki.
iii.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan adalah untuk melonjakkan kualiti
pendidikan negara.
|
|
3 ( C ) MENGESAN KESALAHAN
EJAAN DAN
IMBUHAN YANG
TERDAPAT DALAM PETIKAN.
|
3 (D ) MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN
TATABAHASA
|
|||
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu
kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebihdaripada satu
kesalahan ejaandan satu kesalahan penggunaanimbuhan. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.
i.
Penulis mengabadi kisah hidup beliau sebagai
negarawan dalam baiografi.
ii.
Kualiti turapan jalan raya itu tidak mengikut
speksifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya.
iii.
Beberapa orang penjawat awam yang berprofail
tinggi mengenal pasti oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia terlibat dalam penyalahgunaan
kuasa.
|
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu
kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata dan istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
i.
Kewujudan media sosial telah mencetuskan
perang preskripsi dalam kalangan masyarakat kini.
ii.
Senaman yang konsisten sambil teknik yang betul
akan dapat mengatasi masalah hipotisis dan diabetes.
iii.
Halia, pegaga dan serai adalah antara herbivor
yang mempunyai perubatan nilai yang tinggi.
|
|||
3 ( E ) PERIBAHASA
|
||||
Baca
maksud peribahasa di bawah, kemudian nyatakan peribahasa tersebut.
i.
Status orang yang berjawatan tinggi tidak akan
terjejas walaupun bergaul dengan orang bawahannya.
ii.
Seseorang yang menanggung akibat daripada
kesalahan yang diakukan oleh orang lain.
iii.
Sesuatu adat dan budaya yang masih utuh dan
sesuai diamalkan sepanjang masa.
|
BIL
|
NEGERI
|
3 (A) MEMBINA AYAT DENGAN PERKATAAN
DIBERI.
|
3 (B)
KAJIAN AYAT- SINTAKSIS
|
|
15
|
WILAYAH PERSEKUTUAN
|
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan perkataan di
bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud penggunaannya. Anda
tidak boleh menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.
i.
hemah -
hemat
ii.
rasmi
- resmi
iii.
inspirasi - aspirasi
|
Tukar ayat bersusunan songsang di bawah ini
kepada ayat bersusunan biasa tanpa mengubah maksud asalnya.
i.
Sudah ditetapkan pada usia 60 tahun
persaraan kakitangan kerajaan.
ii.
Terletak di Bukit Perdana banglo mewah
berharga RM3 juta itu.
iii.
Sungguh menakjubkan pertunjukan udara yang
diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun hari kemerdekaan negara.
|
|
3 ( C ) MENGESAN KESALAHAN
EJAAN DAN
IMBUHAN YANG
TERDAPAT DALAM PETIKAN.
|
3 (D ) MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN
TATABAHASA
|
|||
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu
kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan
betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
i.
Walaupun Mariah seorang wanita seorang wanita
yang berkerja, namun dia sempat memasak bihun goreng untuk anak-anaknya
bersarapan sebelum pergi ke sekolah.
ii.
Banjir besar itu telah menenggelami semua
perabut di rumahnya dan menyebabkan Amir mengalami kerugian yang besar.
iii.
Sambutan ulang tahun perkahwinannya yang ke 3
telah diada di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.
|
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat tiga
kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
tiga kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
i.
Seiras dengan pelaksanaan GST, pendapatan
Negara telah meningkat dalam kadar yang paling tinggi sekali sejak 10 tahun
yang lalu.
ii.
Yang di-Pertuan Agong menitahkan bahawa beliau
amat berbangga dengan pencapaian negara ini di dalam bidang penerokaan
angkasa lepas.
iii.
Kapal terbang itu akan berhenti di Lapangan
Terbang Antarabangsa Bayan Lepas dalam masa satu setengah jam lagi.
|
|||
3 ( E ) PERIBAHASA
|
||||
Baca petikan di bawah dengan
teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi
berbeza yang terdapat dalam petikan tersebut.
Aku dengan Amirah bersahabat
baik sejak kecil. Aku mempercayai dirinya dan yakin bahawa dia dapat
menyimpan rahsiaku, namun telahanku silap. Amirah telah menceritakan rahsia
peribadiku kepada orang lain sedangkan sebelum ini dia pernah berjanji untuk
menyimpan rahsia tersebut walau berlaku apa-apa sekalipun. Betullah kata
orang tua-tua bahawa kita tidak boleh menyamakan orang lain seperti diri
kita. Mungkin sekarang Amirah sudah berubah. Sungguhpun begitu, tiada apa-apa
yang boleh dibuat lagi. Semuanya sudah terlambat. Aku tidak mempercayainya
lagi.
|
BIL
|
NEGERI
|
SOALAN 4 A ( 7 markah )
|
SOALAN 4 B ( 8 markah )
|
||||
1
|
KEDAH
|
Berdasarkan sebuah novel yang
anda pelajari, jelaskan latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut
|
Berdasarkan dua buah novel yang
anda kaji, huraikan satu peristiwa pada bahagian peleraian yang dapat
memberikan teladan kepada pembaca.
|
||||
2
|
SBP
|
Latar tempat menjadi aspek penting dalam sesebuah
novel.
Huraikan dua latar tempat dalam sebuah novel
yang anda pelajari.
|
Berdasarkan dua buah novel yang
anda pelajari, huraikan satu persoalan kebijaksanaan
bagi setiap novel tersebut.
|
||||
3
|
PAHANG
|
Peristiwa dalam sesebuah novel
dapat menimbulkan
kesedaran kepada pembaca.
Berdasarkan dua peristiwa sebuah
novel yang anda pelajari, huraikan sebab-sebab peristiwa itu dapat menimbulkan
kesedaran kepada pembaca.
|
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu peristiwa yang boleh dikaitkan dengan kerjasama antara watak utama dan watak
sampingan.
|
||||
4
|
JOHOR (SMK DESA CEMERLANG)
|
Latar masyarakat ialah gambaran kehidupan masyarakat yang dipaparkan
dalam sesebuah karya termasuk novel.
Huraikan
dua latar masyarakat dalam sebuah novel yang anda kaji.
|
Berpandukan dua buah novel yang
anda kaji,
jelaskan satu peristiwa yang
menggambarkan nilai kerjasama dalam setiap novel tersebut
|
||||
5
|
PERLIS
|
Salah satu persoalan yang terdapat dalam novel yang anda
kaji ialah persoalan keberanian. Jelaskan dua
persoalan keberanian yang terdapat dalam sebuah novel yang anda kaji.
|
Watak utama sering digambarkan
sebagai seorang yang tabah menghadapi dugaan dalam kehidupan. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan
satu peristiwa yang menunjukkan ketabahan watak utama.
|
||||
6
|
TERENGGANU
|
Berdasarkan sebuah novel yang
anda pelajari, jelaskan dua nilai kemasyarakatan yang terdapat dalarn novel tersebut.
|
Terdapat pelbagai peristiwa rnenarik yang
dipaparkan dalam sesebuah novel.
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu
peristiwa paling menarik yang terdapat dalam setiap novel tersebut dan
kemudian jelaskan sebab anda berpendapat demikian.
|
||||
7
|
MRSM
|
Berdasarkan sebuah novel yang
anda pelajari, berikan dua konflik antara watak yang terdapat dalam novel tersebut.
|
Satu darpada nilai yang terdapat dalam kedua-dua
novel yang anda kaji ialah keberanian.
Jelaskan satu peristiwa yang mengambarkan nilai keberanian
bagi setiap novel tersebut.
|
||||
8
|
KELANTAN
|
Dalam novel terdapat pelbagai peristiwa yang
boleh diteladani oleh pembaca.
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua
peristiwa yang boleh dijadikan teladan oleh pembaca.
|
Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, huraikan satu
persoalan kejujuran bagi setiap novel.
|
||||
9
|
SABAH
|
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan
persoalan kasih sayang berserta contoh yang
sesuai seperti yang diketengahkan dalam novel tersebut.
|
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu
pengajaran berkaitan dengan semangat kerjasama yang terdapat dalam setiap
novel.
|
||||
10
|
PERAK DAERAH PERAK TENGAH
|
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari,
jelaskan dua
contoh peristiwa tentang persoalan ketabahan yang terdapat dalam
novel tersebut.
|
Berdasarkan dua buah novel, huraikan satu
sikap masyarakat yang sepatutnya dihindari
dalam setiap novel yang telah anda pelajari.
|
||||
11
|
MELAKA
|
Novel yang baik dapat memberikan banyak manfaat
kepada pembaca.
Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan dua
kebaikan yang anda peroleh.
|
Unsur saspen dapat menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan
novel.
Jelaskan
unsur saspen yang terdapat dalam dua buah novel yang telah anda pelajari.
|
||||
12
|
PERAK (SMK SUNGAI MANIK)
|
Jelaskan dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan
persoalan ketabahan dalam sebuah
novel yang anda kaji.
|
Berdasarkan dua buah novel yang
telah anda pelajari, jelaskan satu sikap masyarakat
yang sepatutnya dihindari.
|
||||
13
|
SELANGOR
|
Konflik yang timbul dalam sesebuah novel membuat
cerita semakin berkembang.
Jelaskan dua peristiwa yang dapat mengambarkan penyelesaian
konflik antara watak utama dalam sebuah novel yang anda pelajari.
|
Berdasarkan dua buah novel anda
pelajari, huraikan
satu pengajaran tentang keberanian
yang terdapat dalam setiap novel.
|
||||
14
|
SARAWAK
(LIMBANG)
|
Watak sampingan ialah watak pembantu yang
membantu watak utama membangunkan sesebuah cerita.
Huraikan dua perwatakan bagi satu watak sampingan dalam sebuah novel yang anda pelajari.
|
Berdasarkan dua buah novel yang
anda pelajari, jelaskan latar masyarakat yang terdapat dalam setiap novel
tersebut.
|
||||
15
|
NEGERI SEMBILAN
|
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan contoh
peristiwa untuk kedua-dua persoalan di atas.
|
Pengakhiran sesebuah novel yang anda kaji telah menarik minat anda kerana
terdapat keistimewaannya yang tersendiri.
Jelaskan keistimewaan tersebut.
|
||||
16
|
WILAYAH PERSEKETUAN
|
Salah satu nilai yang terdapat novel yang anda
kaji ialah nilai kasih sayang.
Jelaskan dua peristiwa yang menggambarkan nilai kasih
sayang dalam sebuah novel yang anda
pelajari.
|
Berdasarkan dua buah novel yang
anda pelajari, huraikan satu latar tempat yang berkaitan dengan watak utama
bagi setiap novel tersebut
|
SOALAN DAN JAWAPAN SOALAN KOMSAS NOVEL UNTUK MEMBANTU PELAJAR MENJAWAB SOALAN DI ATAS. SEMOGA PELAJAR MAMPU DAN BERSEDIA MENJAWAB SOALAN BAHASA MELAYU (1103) 2017.
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan latar masyarakat yang dipaparkan dalam novel ( 7 markah )
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
Masyarakat
kampung
1. Masyarakat kampung
yang tinggal di Kampung Sentosa terdiri daripada Haji Abdul Rahman, datuk
Lili, Abang Rashid, Seman, Che Jah dan lain-lain.
2. Masyarakat kampung yang
masih berpegang kepada cara hidup tradisi. Contohnya, rumah penduduk di
Kampung Sentosa jendelanya menghadap jalan.
3. Masyarakat kampung yang
masih percaya kepada perubatan tradisional. Datuk Lili merupakan seorang yang
pakar dalam perubatan tradisional dengan menggunakan herba.
|
Masyarakat
kampung
1. Masyarakat
kampung yang tinggal di Kampung Parit Haji Rais. Haji Sulaiman
merupakan ketua kampung di situ. Masyarakat kampung yang lain ialah Mak Aji,
Aton, Embong, Tauke Lim dan lain-lain.
2. Masyarakat
kampung yang hidup bekerjasama antara satu sama lain setelah dinasihati oleh
Haji Sulaiman semasa gotong-royong untuk sambutan Majlis Maulidur Rasul.
|
Masyarakat yang
saling membantu
1. Geetha
dan Danel membantu Lili menyelesaikan masalah kubah surau di Kampung Sentosa
.
2. Datuk
Lili membantu pesakitnya, Puan Letchumi dan Puan Hamimah mendapatkan
rawatan menggunakan perubatan tradisional.
3.Lili dan Kak
Mimah membantu menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang dialami oleh
keluarga Che Jah.
|
Masyarakat yang
saling membantu
1. Haji
Sulaiman selaku ketua kampung membantu keluarga Dahlia menyelesaikan
masalah emak Dahlia yang menghidap tekanan perasaan.
2. Tauke
Lim membantu memberi hutang kepada keluarga Dahlia.
3. Penduduk
kampung membina rumah Embong semula, setelah rumah musnah dilanda
banjir.
|
Masyarakat yang
ikhlas dalam membantu orang lain.
1. Datuk
Lili ikhlas membantu Che Jah dan anak-anaknya walaupun berdepan dengan
pelbagai tohmahan daripada segelintir penduduk kampung.
2. Lili
ikhlas membantu Che Jah menyelesaikan masalah keganasan rumah
tangganya.
|
Masyarakat yang
ikhlas dalam membantu orang lain
1. Tauke
Lim ikhlas membantu memberi hutang kepada keluarga Dahlia.
2. Haji
Sulaiman ikhlas membantu Embong menyelesaikan masalahnya.
3. Najib
ikhlas membantu Dahlia membawa adiknya, Anggerik yang demam ke klinik.
|
Masyarakat yang insaf akan
kesilapannya.
1. Haziq
dan Rafik akhirnya insaf akan kesilapan mereka terlibat dalam gejala sosial seperti
mencuri harta orang kampung dan menagih dadah.
|
Masyarakat yang
insaf akan kesilapannya
1. Abu
Bakar insaf akan kesilapannya yang suka membuang masa dengan rakan-rakannya.
2. Abu
Bakar juga insaf akan kesalahannya yang telah mencuri kambing milik bapanya
sendiri.
3. Nek
Kiah akhirnya insaf akan sikapnya terhadap keluarga Dahlia apabila Dahlia dan
emaknya yang banyak membantu beliau ketika sakit sedangkan anak-anak
yang selama ini amat disayangi langsung tidak menziarahinya.
|
Masyarakat yang
bertanggungjawab
1. Datuk
bertanggungjawab menjaga Lili sepanjang dia menghabiskan cuti persekolahannya
di kampung.
2. Datuk
bertanggungjawab membantu merawat pesakit yang datang berubat dengan
menggunakan kaedah perubatan tradisional.
|
Masyarakat yang
bertanggungjawab
1. Haji
Sulaiman bertanggungjawab membantu anak buahnya,Embong yang menghadapi
masalah isterinya yang mengalami masalah mental dan masalah kewangan.
2. Haji Sulaiman
bertanggungjawab menyuruh penduduk kampung membantu membina rumah Embong semula
yang musnah akibat
banjir.
|
Masyarakat yang
terlibat dalam gejala sosial
1. Anak-anak
Che Jah iaitu Rafik dan Haziq suka mencuri harta benda penduduk kampung dan
terlibat dalam penagihan dadah.
2. Suami
Che Jah, Seman suka bermain judi.
|
Masyarakat remaja
yang terlibat dalam gejala sosial
1. Abu
Bakar, adik Dahlia suka berfoya-foya dengan rakan-rakannya.
2. Abu
Bakar sanggup mencuri kambing milik bapanya sendiri.
|
Soalan 2
Dalam sesebuah novel,
terdapat peristiwa-peristiwa yang menarik perhatian pembaca. Berdasarkan dua
buah novel yang anda kaji, pilih satu peristiwa yang menarik dan
nyatakan sebab peristiwa itu berjaya menarik perhatian anda.
(8 markah)
Novel Jendela
Menghadap Jalan
|
Novel Songket
Berbenang Emas
|
Peristiwa mengubati
pesakit
1. Datuk
Lili menyembuhkan penyakit Puan Letchumi, ibu Geetha dengan menggunakan
rawatan tradisional melalui penggunaan herba.
2. Datuk
Lili merawat Kak Mimah yang menghidap penyakit gout dengan menggunakan
tumbuh-tumbuhan herba seperti mas cotek, pegaga, daun sirih,daun belimbing
dan sebagainya.
Sebab
1. Peristiwa
ini berjaya menarik perhatian saya kerana penggunaan herba dalam
perubatan tradisional ini dapat membantu menyembuhkan pesakit yang tidak mahu
pergi ke hospital kerana kos rawatan yang tinggi.
2. Peristiwa
ini berjaya menarik perhatian saya kerana datuk Lili bersedia
membantu sesiapa sahaja yang menghidap penyakit dengan perubatan
tradisional. Kita juga perlu membantu orang yang memerlukan bantuan jika kita
mempunyai kepakaran dalam apa-apa bidang.
|
Peristiwa
menyelamatkan nyawa orang lain
1. Dahlia
sanggup terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Said yang lemas.
Sebab
1. Peristiwa
ini berjaya menarik perhatian saya kerana sifat berani yang ada
pada Dahlia yang sanggup menghadapi sebarang risiko dalam menyelamatkan nyawa
orang lain ini jarang dimiliki oleh orang lain. Walaupun Dahlia seorang
gadis, namun dia berani terjun ke dalam sungai yang berarus deras itu demi
menyelamatkan nyawa orang lain.
|
Peristiwa
menyelesaikan masalah kubah surau
1. Lili
, Geetha, Danel mewakili golongan remaja yang bekerjasama untuk menyelesaikan
masalah orang-orang kampung yang kurang bersetuju dengan
pembinaan masjid baharu, sebaliknya hanya mahu kubah dipasang di surau yang
sudah lama usianya.
Sebab
1. Peristiwa
ini berjaya menarik perhatian saya kerana walaupun Geetha dan Danel berlainan
bangsa dan agama, mereka sanggup membantu Lili yang beragama Islam untuk
menyelesaikan masalah berkaitan dengan surau di Kampung Sentosa.
|
Peristiwa keluar
dari asrama demi kepentingan keluarga
1. Dahlia
sanggup berkorban dengan keluar dari asrama kerana ingin menguruskan
adik-adiknya yang masih kecil setelah ibunya dimasukkan ke hospital akibat
kemurungan. Walaupun peperiksaan STPM hanya tinggal beberapa bulan sahaja
lagi, Dahlia selaku anak sulung tidak mementingkan dirinya sendiri dan
sanggup berkorban demi keluarganya yang dilanda musibah.
Sebab
1.
Peristiwa ini
berjaya menarik perhatian saya kerana Dahlia sanggup berkorban dan lebih
mengutamakan kepentingan keluarga daripada kepentingan dirinya sendiri yang
akan menduduki peperiksaan STPM tidak lama lagi.
2.
|
Peristiwa mengenai semangat setiakawan yang tinggi
1. Lili
telah diculik oleh Rafiq dan Haziq. Hal ini telah menggemparkan seluruh
penduduk kampung. Dia telah dilarikan dan disembunyikan di sebuah tempat.
Namun begitu, dek rasa tanggungjawab terhadap rakan masih utuh dalam diri
Danel, dia telah berusaha untuk menjejaki Lili dan dia akhirnya telah berjaya
menyelamatkan Lili daripada dua beradik itu.
Sebab
1. Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya
kerana Danel telah menunjukkan semangat setiakawan yang tinggi dan berusaha
menyelamatkan Lili yang diculik oleh Rafiq dan Haziq.
|
Peristiwa
mengenai perkara mistik
1. Pada
mulanya, ibu Dahlia tiba-tiba sahaja gila dan dimasukkan ke dalam hospital.
Keadaan menjadi semakin pelik apabila binatang berbisa, iaitu ular mula
mengganggu keluarga Dahlia. Semuanya terungkai apabila Abu Bakar, adik Dahlia
telah menjumpai kain kuning yang usang ditanam di bawah rumah mereka.
Sebab
1. Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya
kerana pelbagai perkara pelik dan malang yang berlaku dalam keluarga Dahlia
secara bertimpa-timpa seolah-olah seperti dirancang.
|
Peristiwa anak
yang patuh akan ibunya
1. Lili
tidak mahu pulang ke kampung ibunya kerana masa cutinya telah diaturkan
dengan pelbagai aktiviti bersama rakan-rakannya. Akan tetapi, ibunya berkeras
mahu menghantarnya ke kampung dengan alasan yang pelbagai. Akhirnya, Lili
akur kerana dia percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan dia perlu
patuh akan kehendak ibunya.
Sebab
1. Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya
kerana sebagai seorang anak yang patuh akan kata ibunya, Lili sanggup
mengetepikan kehendak diri sendiri kerana dia percaya perancangan ibunya
pasti mempunyai hikmah.
|
Peristiwa sikap
membantu dalam diri
1. Dahlia
yang membantu anak Aton, Said yang kelemasan di dalam sungai. Pada mulanya,
Dahlia ternampak Said bermandi-manda di dalam sungai di hadapan rumahnya.
Namun, tiba-tiba sahaja Said lemas. Dahlia mengambil keputusan untuk terjun
ke dalam sungai dan menyelamatkan Said. Malangnya, derasan air sungai
bermaharajalela ketika itu. Said mati lemas dan niat baik Dahlia itu disalah
ertikan.
Sebab
1. Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya
kerana walaupun tidak pandai berenang, Dahlia tetap memberanikan diri terjun
ke sungai untuk menyelamatkan Said. Dia bagaimanapun gagal menyelamatkan Said
yang telah lemas.
|
Peristiwa
memaafkan kesalahan orang
1. Lili
memaafkan kesalahan Rafik dan Haziq yang telah menculiknya, walaupun tindakan
mereka itu tidak baik.
Sebab
1. Peristiwa
ini berjaya menarik perhatian saya kerana kesanggupan Lili memaafkan orang
yang pernah menculiknya memberikan pengajaran kepada saya supaya kita
mestilah memaafkan kesalahan orang lain walaupun orang tersebut pernah
melakukan perkara yang tidak baik kepada kita.
|
Peristiwa
sanggup membantu orang lain tanpa mengira bangsa dan agama
1. Tauke
Lim menyumbangkan barang-barang keperluan untuk Majlis Mauludir Rasul yang
diadakan di Kampung Parit Haji Rais, walaupun dia berbangsa Cina.
2. Tauke
Lim juga sanggup memberi keluarga Dahlia membeli barang secara hutang kerana
amat memahami penderitaan yang dialami oleh sahabatnya, Embong.
3. Tauke
Lim menyumbangkan sebanyak RM300 kepada Dahlia yang apabila dia berjaya
melanjutkan pelajaran ke Jepun.
4. Tauke
Lim juga sanggup membayar harga tanah sebanyak RM15000 kepada Nek Kiah kerana
dia tidak mahu keluarga Embong berpindah dari situ apabila tanah itu
dijualkan kepada orang lain kerana dia amat memahami penderitaan hidup
keluarga Dahlia.
Sebab
1. Peristiwa
ini berjaya menarik perhatian saya kerana walaupun berlainan bangsa dan agama
kita mestilah bersedia membantu dan menyumbangkan apa-apa yang mampu kepada
sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan tanpa mengira status, kaum dan agama.
|
Peristiwa
menghargai pemberian orang lain
1. Nenek
Lili berusaha mencari bekas kemenyan yang hilang. Bekas kemenyan ini
diberikan oleh pesakit datuk iaitu Puan Lecthumi. Datuk dan nenek amat menghargai
pemberian orang lain,oleh sebab itu nenek tetap erusaha mencarinya sehingga
berjaya menemukannya.
Sebab
1. Peristiwa
ini berjaya menarik perhatian saya kerana kita mestilah menghargai
apa-apa sahaja pemberian orang lain kepada kita supaya dapat memupuk hubungan
yang baik sesama kita.
|
Peristiwa
menghargai pemberian orang lain
1. Dahlia
amat menghargai kain songket berbenang emas berwarna merah yang dihadiahkan
oleh Azhari. Simbolik daripada hadiah Azhari,Dahlia berjanji akan
menjaga jati dirinya walaupun di mana-mana jua dia berada.
2. Dahlia
juga menghargai gelang pusaka yang dihadiahkan oleh Nek Kiah. Pemberian
itu merupakan satu anugerah kerana Nek Kiah telah menganggap Dahlia dan
adik-adiknya sebagai cucu. Selama ini, Nek Kiah tidak pernah mengambil peduli
tentang keluarga Dahlia.
Sebab
1. Peristiwa
ini berjaya menarik perhatian saya kerana kita mestilah menghargai
apa-apa sahaja pemberian orang lain kepada kita supaya dapat memupuk hubungan
yang baik sesama kita.
|
Soalan 3
Berdasarkan sebuah
novel yang anda pelajari, huraikan dua perwatakan seorang watak
sampingan yang terdapat dalam novel
tersebut.
( 7 markah )
Novel
Jendela Menghadap Jalan
|
Novel
Songket Berbenang Emas
|
Datuk( Haji Abdul Rahman)
1. Seorang
yang kuat bekerja
Sebagai contoh, tangan datuk macam besi berkarat, uratnya
biru dan tertonjol.
2. Seorang
yang pakar tentang perubatan tradisional akar –akar kayu dan pengamal
perubatan tradisionalSebagai contoh, datuk merawat Puan Letchumi dan Kak Mimah
dengan menggunakan herba.
3. Seorang
yang menghargai pemberian orang lain.
Sebagai contoh, datuk risau apabila bekas kemenyan
pemberian Puan Letchumi dan tasbih hilang
4. Seorang
yang kuat beribadat
Sebagai contoh, datuk tidak pernah meninggalkan solat dan
pandai dalam hal-hal keagamaan.Datuk selalu menguji Lili dalam hal berkaitan
agama.
5. Seorang
yang sangat menghargai nilai sejarah
Sebagai contohnya, datuk menceritakan kehebatan
rumah-rumah di Kampung Sentosa yang jendelanya menghadap jalan.
|
Embong
1. Seorang
ketua keluarga yang bertanggungjawab
Sebagai contoh, Embong tidak mahu anak-anaknya berhenti
sekolah dan mengatakan beliau akan bertanggungjawab menyara kehidupan mereka
walaupun isterinya sakit.
2. Seorang
yang penyayang
Sebagai contoh, Embong sangat menyayangi isteri dan
anak-anaknya.Beliau sanggup melakukan dua kerja untuk menampung perbelanjaan
keluarganya.
3. Seorang
yang percaya akan kehendak takdir
Sebagai contoh, Embong percaya akan kehendak takdir
isterinya,Saleha menjadi kurang siuman kerana ketentuan Allah SWT.
4. Seorang
yang penyabar
Sebagai contohnya, Embong sanggup dihina oleh ibu
mentuanya sendiri kerana hidup miskin.
5. Seorang
yang mementingkan ilmu untuk anak-anaknya
Sebagai contohnya, Embong menyuruh Dahlia pergi ke sekolah
dan akan menguruskan hal adik-adik Dahlia
6. Seorang
yang berani
Sebagai contohnya, Embong berani membunuh ular sawa
yang membelit badannya.
|
Geetha
1. Seorang
yang peramah
Sebagai contohnya, Geetha bertanyakan pelbagai soalan kepada Lili sewaktu
berada di dalam bas.
2. Seorang
yang berani
Sebagai contohnya, Geetha berani mengajak Lili mendaki bukit untuk melihat
matahari terbenam.
3. Seorang
yang bijaksana
Sebagai contohnya, Geetha bijak dalam menuntut ilmu dalam bidang kejuruteraan
di Universiti Malaya.
|
Azhari
1. Seorang
yang berpendidikan tinggi
Sebagai contohnya, Azhari baru mendapat segulung ijazah
2. Seorang
yang suka memberikan nasihat
Sebagai contohnya, Azhari sentiasa menasihati Dahlia
agar belajar dengan bersungguh-sungguh.
3. Seorang
yang pandai memujuk
Sebagai contohnya, Azhari pandai memujuk Dahlia agar menerima lamarannya.
|
Soalan 4
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari,
jelaskan satu peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan
keberanian dalam menghadapi masalah.
(8 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
Persoalan
keberanian dalam menghadapi masalah
1. Peristiwa
Lili, Danel, dan Geetha berani menyelesaikan masalah kubah surau yang
dihadapi oleh penduduk di Kampung Sentosa.
2.Peristiwa Danel
berani menyelamatkan Lili yang diculik oleh Rafik dan Haziq.
|
Persoalan keberanian dalam
menghadapi masalah
1. Peristiwa Dahlia berani menyelamatkan Said, anak Aton yang
lemas di sungai berhampiran rumah Dahlia.
2. Peristiwa Embong berani
membunuh ular sawa yang membelitnya di kebun sawit di Kampung Parit Haji
Kadir.
|
Soalan 5
Huraikan dua nilai kemanusiaan yang terdapat
dalam sebuah novel yang telah anda telah pelajari
( 7 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
Dua nilai kemanusiaan
1. Nilai kasih sayang
- Nenek dan datuk melayan Lili
dengan penuh kasih sayang semasa Lili bercuti di kampung
2. Nilai keyakinan
- Keyakinan Datuk terhadap
perubatan secara tradisional yang diusahakannya selama ini merupakan
perubatan alternatif kepada pesakit yang datang menemuinya iaitu Kak Mimah
dan William Ng dan Mak cik Lechutmi
3. Nilai bertanggungjawab
- Datuk, Lili bersama-sama
penduduk kampung bertanggungjawab terhadap masalah yang berlaku dalam kampung
mereka seperti kecurian, aktiviti haram, rayuan menjual tanah dan sebagainya.
Oleh sebab itu mereka berusaha menyelesaikan masalah.
4. Nilai keprihatinan
- Lili prihatin akan nasib Rafik
dan Haziq yang berpunca daripada kepincangan rumah tangga Che Jah Walaupun
mereka menculik Lili namun Lili menziarahi Che Jah untuk mendapat maklumat
latar belakang Haziq dan Rafik bagi membantu menyelesaikan masalah mereka.
- Penduduk kampung prihatin
terhadap masalah yang berlaku dalam kampung mereka seperti kecurian, aktiviti
haram, rayuan menjual tanah dan sebagainya. Justeru mereka berusaha
menyelesaikan masalah walaupun ada antaranya menggunakan cara kekerasan dan
kurang sesuai.
5. Nilai ketaatan
- Datuk menghabiskan masa selepas
solat berjemaah dengan berzikir dan membaca kitab dua tiga halaman.
6. Nilai baik hati
- Danel sering datang ke rumah
nenek untuk membantu nenek masak dan mengganggap masakan nenek sedap.
- Datuk menggunakan kepakarannya
dalam bidang perubatan tradisional untuk membantu orang yang mempunyai
masalah kesihatan. Usaha datuk telah berjaya sebagai perubatan alternatif
untuk menyembuhkan penyakit selain berubat secara perubatan moden.
7. Nilai keberanian
- Danel berani menyelamatkan Lili
yang diculik oleh Haziq dan Rafiq.
8. Nilai bekerjasama
- Penduduk kampung berkumpul di
rumah datuk untuk bersolat hajat bagi mendoakan keselamatan Lili yang diculik
oleh Haziq dan Rafiq.
9. Nilai kegigihan
- Datuk gigih mempertahankan
perubatan tradisional contohnya beliau sanggup masuk hutan waktu malam ke
hutan untuk mencari akar kayu sebagai ramuan perubatan tradisionalnya.
10. Nilai kesabaran
- Che Jah sabar menghadapi karenah
suaminya Seman yang tidak bertanggungjawab terhadap keluarga.
|
Dua nilai kemanusiaan
1. Nilai kasih sayang
- Embong dan Saleha sangat
menyayangi anak-anak mereka walaupun kehidupan mereka miskin .
- Dahlia sanggup curi-curi keluar
dari asrama dan terus ke Hospital Permai untuk melawat ibu yang sedang
dirawat kerana masalah mental.
2. Nilai bertanggungjawab
- Embong bertanggungjawab
memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan yang sempurna walaupun hidup
dalam kemiskinan. Beliau sanggup bekerja hingga malam untuk menambah pendapatan
keluarga.
- Dahlia sanggup keluar dari
asrama untuk menjaga adik-adiknya di rumah semasa ibu dan ayahnya dirawat di
hospital.
3. Nilai kegigihan
- Dahlia gigih mengulang kaji
pelajaran walaupun ketika berada di pusat pemindahan banjir yang tidak selesa.
4. Nilai kebijaksanaan.
- Dahlia bijak menguruskan
masa untuk mengulang kaji pelajaran dan menjaga adik-adiknya, walaupun hidup
dalam kemiskinan .
5. Nilai keberanian
- Dahlia berani terjun ke dalam
sungai yang berarus deras dan berkeladak untuk menyelamatkan Said yang lemas
.
6. Nilai semangat setia kawan
- Kavita dan Najib berkunjung ke
rumah Dahlia untuk bertanya khabar Dahlia yang tidak hadir ke sekolah. Kavita
juga membuat salinan (fotostat) nota pelajaran untuk Dahlia.
7. Nilai bersimpati
- Tauke Lim bersimpati terhadap
keluarga Embong yang berhadapan dengan masalah kesihatan isterinya,masalah
kewangan dan masalah anaknya lelaki tunggalnya yang terlibat dengan gejala
sosial.
8. Nilai keprihatinan
- Dahlia yang bimbang akan keadaan
Nek Kiah yang tidak kelihatan selama beberapa hari terus pergi ke rumah
neneknya untuk memastikan keadaan neneknya selamat.
9. Nilai bekerjasama
- Penduduk kampung bekerjasama
membina rumah Embong yang roboh akibat banjir.
10. Nilai ketabahan
- Dahlia tabah menghadapi pelbagai
masalah keluarga seperti kemiskinan,kesihatan ibu bapanya,masalah penjagaan
adik-adiknya yang masih kecil ketika ibu bapanya sakit dan tanggungjawabnya
sebagai seorang pelajar.
|
Soalan 6
Jelaskan satu bukti kepincangan masyarakat dalam
dua buah novel yang telah anda pelajari
( 8 markah )
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
1. Kepincangan masyarakat
yang terlibat dalam gejala sosial
Sebagai contohnya, Rafik dan Haziq
suka mencuri harta benda orang kampung. Selain itu, mereka terlibat dalam
penyalahgunaan dadah.
2. Kepincangan masyarakat
yang terlibat dalam masalah perjudian
Sebagai contohnya, Seman,suami Che
Jah seorang kaki judi sehingga sanggup mengabaikan tanggungjawab sebagai
seorang ketua keluarga.
3. Kepincangan masyarakat yang bercanggah pendapat
Sebagai contohnya,
penduduk kampung yang mengalami percanggahan pendapat mengenai perletakan
kubah di surau ataupun membina masjid yang baru.
4. Kepincangan masyarakat yang tidak bertanggungjawab
Sebagai contohnya, suami Cik Jah iaitu Pak Seman sering memukul Cik
Jah. Dia juga sering berjudi sehingga melupakan tanggungjawabnya sebagai
ketua keluarga.
5. Kepincangan masyarakat yang suka
memandang serong terhadap kekurangan orang lain
Sebagai contohnya, Rafiq dan Haziq sering menjadi
hinaan dan kutukan masyarakat kampung secara berterusan kerana suka mencuri,
menagih dadah dan pecah rumah. Bagi Lili, mereka ialah manusia biasa yang
memerlukan bantuan untuk berubah.
|
1. Kepincangan masyarakat yang berprasangka buruk terhadap
orang lain
Sebagai contohnya, Aton dan Nek Kiah berprasangka buruk terhadap
keluarga Dahlia. Nek Kiah suka menghina
Dahlia dan keluarganya disebabkan kemiskinan mereka. Aton suka menabur
fitnah tehadap Dahlia dengan mengatakan bahawa Dahlia sudah ditebuk tupai
kerana lelaki datang ke rumahnya silih berganti.
2. Kepincangan masyarakat
yang terlibat dalam gejala sosial
Sebagai contohnya,Abu Bakar suka
berfoya-foya dengan rakan-rakannya sehingga sanggup mencuri kambing milik
bapanya sendiri.
3. Kepincangan masyarakat yang suka menghina
Sebagai
contohnya, Mak Aton yang suka menghina
Dahlia dan keluarganya disebabkan kemiskinan mereka. Mak Aton juga suka
menabur fitnah tehadap Dahlia dengan mengatakan bahawa Dahlia sudah ditebuk
tupai kerana lelaki datang ke rumahnya silih berganti.
4. Kepincangan masyarakat yang mempunyai hasad dengki
Sebagai contohnya,
Dahlia, Abu Bakar, Kiambang dan Melati menjumpai bungkusan telur yang sudah
busuk. Telur itu berisi jarum peniti, cincin akik, butiran pasir dan dua
batang paku yang dijumpai mereka dibawah rumah. Bungkusan itu ditanam oleh
seseorang yang dengki akan mereka.
5.Kepincangan masyarakat yang memandang serong
tentang kemiskinan orang lain
Sebagai
contohnya, Nek Kiah tidak suka akan menantunya Embong dan cucu-cucunya kerana
hidup dalam kemiskinan sedangkan anak-anaknya yang lain berjaya dalam
kehidupan.
6. Kepincangan
masyarakat yang tidak mahu menerima ketentuan
takdir
Sebagai
contohnya, Aton telah menuduh Dahlia yang
menyebabkan anaknya, Said mati lemas walaupun Dahlia sanggup berkorban nyawa
dengan terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said.
|
Soalan 7
Huraikan
dua bukti ketabahan
watak utama dalam
sebuah novel yang telah anda kaji.
(7 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
Ketabahan
menghadapi kerenah orang tua
1. Watak utama, Lili
tabah menghadapi kerenah ibunya yang mahu Lili menghabiskan cuti
persekolahannya di kampung datuk dan neneknya.
2. Watak utama, Lili
tabah menghadapi kerenah datuk yang tidak mahu menceritakan sejarah jendela
menghadap jalan.
Ketabahan
menghadapi cabaran ketika diculik
1. Watak utama, Lili tabah
berhadapan dengan Rafik dan Haziq yang menculiknya.
|
Ketabahan menghadapi kerenah ibu dan orang sekeliling
1. Watak utama, Dahlia
tabah menghadapi kerenah ibunya yang tidak mengenalinya setelah menghidap
tekanan perasaan.
2. Watak utama, Dahlia
tabah menghadapi kerenah Aton yang menghina Dahlia semasa Azhari
menghantarnya pulang ke rumah.
Ketabahan
dalam menuntut ilmu
1. Watak utama, Dahlia
tabah mengulang kaji pelajaran di balai raya semasa kampung mereka
dilanda banjir.
|
Soalan 8
Pengarang
mewujudkan peristiwa-peristiwa yang dapat dijadikan teladan oleh
pembaca.Berdasarkan dua novel yang telah anda pelajari,
jelaskan satu peristiwa yang dapat dijadikan teladan. (8 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
Satu
peristiwa yang dapat dijadikan teladan
1. Peristiwa membantu mengubati pesakit
- Datuk Lili
menyembuhkan penyakit Puan Letchumi, ibu Geetha dengan menggunakan rawatan
tradisional melalui penggunaan herba.
- Datuk
Lili merawat Kak Mimah yang menghidap penyakit gout dengan menggunakan
tumbuh-tumbuhan herba seperti mas cotek, pegaga, daun sirih,daun belimbing dan
sebagainya.
Alasan
Peristiwa ini dapat diteladani
kerana datuk Lili bersedia membantu sesiapa sahaja yang menghidap
penyakit dengan perubatan tradisional.
|
Satu
peristiwa yang dapat dijadikan teladan
1. Peristiwa sanggup membantu orang lain
- Tauke Lim
sanggup membantu memberi hutang kepada keluarga Dahlia walaupun berlainan
bangsa.
- Penduduk
kampung mengutip sumbangan untuk diberikan kepada Dahlia yang akan
melanjutkan pelajaran ke Jepun.
Alasan
Peristiwa ini
dapat diteladani kerana kita mestilah membantu sesiapa sahaja yang memerlukan
bantuan.
2. Peristiwa penduduk kampung bekerjasama untuk membantu orang lain
- Penduduk
kampung bekerjasama membina rumah Embong yang musnah semasa dilanda banjir.
Alasan
Peristiwa ini
dapat diteladani kerana kita mestilah bekerjasama untuk meringankan beban
yang dihadapi oleh orang lain.
|
Soalan
9
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari,
jelaskan dua latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut. (7 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
1.Kuala Lumpur –
Tempat tinggal Lili dan keluarganya
2. Stesen
bas- Lili menaiki bas dari Kuala Lumpur ke kampung datuk dan neneknya di
Dungun, Terengganu
3. Perhentian
bas Pekan Sentosa,Dungun, Terengganu- Lili berhenti sebelum ke
Kampung Sentosa,tempat tinggal datuk dan nenek Lili
4. Pekan
Sejahtera, Dungun, Terengganu - Tempat tinggal Geetha
5. Surau- tempat
orang kampung berkumpul
6. Bangsal
di tepi sawah – Lili menunggu neneknya yang bekerja di sawah padi
7. Hutan-
tempat datuk mencari tumbuhan-tumbuhan herba dan akar kayu
8. Jeti
nelayan- tempat Lili, Geetha dan Danel menyaksikan matahari terbit
|
1. Padang
bola jaring –Dahlia berlatih bola jaring bersama dengan rakannya, Siti
Wangi.
2. Kantin
– Tempat Azhari menunggu Dahlia
3. SMK
Tun Ismail – lima kilometer dari kampung halaman, tempat Azhari dan Dahlia
pernah belajar sewaktu Dahlia Tingkatan satu dan Azhari Tingkatan Lima
4. Sekolah
Menengah Temenggung Ibrahim- Dahlia menimba ilmu sebagai pelajar tingkatan
enam. Dia tinggal di asrama sekolah ini.
5. Bilik
Kerjaya- Dahlia bertemu dengan Cikgu Hisyam di bilik ini, Cikgu Hisyam
mendapat tahu masalah Dahlia daripada Kavita.
6. Kebun
getah- 20 meter dari rumah seluas lima ekar tempat Saleha menoreh getah
7. Kampung
Parit Haji Rais – Tempat tinggal Dahlia . Di sini, Dahlia menjaga
adik-adiknya, Melati, Kiambang, Mawar, dan Anggerik setelah emaknya dirawat
di hospital.
8. Hospital
Batu Pahat (Wad 6) -Tempat Saleha dibawa untuk mendapatkan rawatan pada
peringkat awal.
9. Hospital
Batu Pahat (Wad 4)- Abah Dahlia dirawat di hospital ini setelah dipatuk ular.
10. Hospital
Permai, Johor Bahru – Tempat emak Dahlia dirawat di bilik 16. Di sini juga
Azhari bekerja sementara setelah mendapat segulung ijazah.
11. Sungai
–kira-kira 45 meter dari rumah Dahlia- Dahlia cuba menyelamatkan Said yang
lemas di sungai ini.
12. Kebun
kelapa sawit di Parit Haji Kadir- Kira-kira dua kilometer dari rumah
Dahlia di sinilah Embong memotong kelapa sawit setelah pulang dari rumah
Aton. Di kebun kelapa sawit inilah ular sawa telah membelit Embong.
13. Sekolah
Kebangsaan Jelotong- Said dan Melati bersekolah di sini
14. Rumah
Aton kira-kira 150 meter dari rumah Dahlia.- Dahlia disindir oleh Aton kerana
dikatakan Dahlialah yang menyebabkan Said mati lemas.
15. Balai
raya Kampung Parit Haji Rais- Beberapa orang penduduk bergotong – royong
semasa majlis sambutan Maulidur Rasul. Selain itu, di sini juga menjadi
tempat pemindahan mangsa banjir yang berlaku di kampung Dahlia.
|
Soalan 10
Huraikan satu peristiwa
peleraian cerita dan kewajaran pengarang mengakhiri cerita tersebut
dalam dua buah novel yang anda pelajari
. (8 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
Berdasarkan novel yang telah saya
kaji iaitu novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin, saya
berpendapat bahawa wajar novel ini berakhir sedemikian melalui peristiwa
menyelesaikan isu berkaitan kubah surau.Lili, Danel dan Geetha berjaya
menyelesaikan isu berkaitan kubah surau yang dihadapi oleh penduduk di
Kampung Sentosa. Isu kubah surau ini telah menyebabkan generasi muda dan
generasi tua tidak sependapat. Apabila masalah ini dapat diselesaikan dengan
baik, suasana di kampung itu harmoni semula.
Selain itu, peristiwa saling
berhubungan antara satu sama lain. Sebagai contohnya hubungan Lili, Geetha
dan Danel semakin erat , mereka saling berhubungan antara satu sama lain
melalui e-mel dan telefon.
Seterusnya, peristiwa
menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga. Sebagai contohnya, Kak Mimah
telah berjaya menyelesaikan masalah keluarga Che Jah yang selalu didera oleh
suaminya, Seman. Haziq dan Rafik telah pergi ke sekolah semula dan akan
menduduki peperiksaan PMR.
Peristiwa ingin tahu tentang
sejarah kampung. Sebagai contohnya,Lili tidak sabar untuk kembali ke kampung
datuk dan neneknya semula kerana dia ingin tahu dengan lebih lanjut tentang
sejarah jendela menghadap jalan.
|
Berdasarkan novel yang telah saya
kaji iaitu novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip, saya
berpendapat bahawa adalah wajar novel ini berakhir sedemikian melalui
peristiwa berjaya melanjutkan pelajaran.Sebagai contohnya, Dahlia telah
berjaya melanjutkan pelajarannya ke Jepun.Hal ini berlaku demikian kerana,
Dahlia telah berusaha dengan gigih untuk mendapat keputusan yang cemerlang
dalam peperiksaan STPM walaupun dia telah menghadapi pelbagai cubaan dan dugaan
dalam hidupnya.Sebagai contohnya, dia terpaksa keluar dari asrama atas sebab
emaknya dimasukkan ke hospital kerana menghidapi kemurungan/ tekanan perasaan
sehingga kurang siuman.
Selain itu, novel ini wajar
berakhir sedemikian melalui peristiwa pertunangan. Sebagai contohnya,watak
utamanya Dahlia bertunang dengan pemuda yang disukainya iaitu Azhari. Azhari
merupakan seorang pemuda yang menyukai Dahlia dan selalu mengambil berat akan
hal Dahlia dan keluarganya.Oleh hal yang demikian,memang wajar Dahlia mengikat
tali pertunangan dengan Azhari kerana hubungan mereka direstui oleh kedua-dua
belah pihak. Keluarga Azhari juga dapat menerima Dahlia yang hidup dalam
kemiskinan.
Seterusnya, peristiwa pemberian
hadiah kepada seseorang yang istimewa. Sebagai contohnya ,hadiah kain songket
berbenang emas yang diberikan oleh Azhari memang sesuai kerana songket ini
melambangkan jati diri orang Melayu. Dahlia mesti berpegang kepada janjinya
dengan Azhari. Dahlia perlu menjaga tatasusila walau di mana-mana pun dia berada
kerana dia telah menjadi tunangan orang dan akan berkahwin dengan Azhari
selepas tamat pengajiannya nanti.
|
Soalan 11
Huraikan dua pengajaran yang
terdapat dalam novel yang telah anda kaji.
(7 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket
Berbenang Emas
|
Dua pengajaran
1. Kita
mestilah prihatin terhadap masalah yang menimpa orang lain.
Sebagai contohnya, Lili prihatin
akan nasib Che Jah dan anak-anaknya yang menjadi mangsa dera suaminya,Seman.
2. Kita
mestilah bantu-membantu dalam kehidupan.
Sebagai contohnya, Lili, Danel dan
Geetha saling membantu menyelesaikan masalah kubah surau yang dihadapi oleh
penduduk Kampung Sentosa.
3. Kita
mestilah berani menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dalam kehidupan.
Sebagai contohnya, Danel berani menyelamatkan Lili yang diculik oleh Haziq
dan Rafik.
4. Kita
mestilah saling menyayangi antara satu sama lain.
Sebagai contohnya, datuk dan nenek
amat menyayangi Lili. Mereka sanggup menjaga Lili sepanjang cuti persekolahannya.
|
Dua pengajaran
1. Kita
mestilah prihatin terhadap masalah yang menimpa orang lain.
Sebagai contohnya, Tauke Lim dan
Haji Sulaiman prihatin akan nasib keluarga Dahlia.Haji Sulaiman prihatin akan
masalah isteri Embong menghidap tekanan perasaan.
2. Kita
mestilah bantu-membantu dalam kehidupan.
Sebagai contohnya,Penduduk Kampung
Parit Haji Rais membantu membina rumah Embong setelah rumahnya musnah dilanda
banjir.
3. Kita
mestilah berani menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dalam kehidupan. Sebagai
contohnya, Dahlia berani menyelamatkan Said,anak Aton yang lemas di sungai
berdekatan dengan rumahnya.
4. Kita
mestilah saling menyayangi antara satu sama lain.
Sebagai contohnya, Dahlia amat
menyayangi adik-adiknya iaitu Anggerik,Melati,dan Kiambang. Dia sanggup
keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya setelah ibunya dimasukkan ke
hospital.
|
Soalan 12
Berdasarkan dua buah
novel yang anda kaji,jelaskan satu peristiwa yang memaparkan konflik
dan cara penyelesaiannya bagi setiap novel tersebut.
(8 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
1. Peristiwa isu kubah surau
Konflik untuk meletakkan kubah
surau sama ada di surau lama atau di masjid yang akan dibina.
Cara
penyelesaian
Lili, Danel dan Geetha akan mengadakan perjumpaan terbuka
dengan penduduk kampung untuk menjelaskan kepentingan membina masjid daripada
memasang kubah di bumbung surau.
|
1. Peristiwa berprasangka buruk tentang orang lain
Konflik antara Nek Kiah dengan
Dahlia apabila Nek Kiah berprasangka buruk terhadap Dahlia apabila melihat
Azhari menghantar Dahlia pulang ke rumahnya.
Cara penyelesaian
Dahlia hanya mendiamkan diri
semasa ditegur oleh Nek Kiah.
|
2. Peristiwa keganasan rumah tangga
Konflik rumah tangga antara Che
Jah dengan suaminya,Seman.
Cara penyelesaian
Lili mendapatkan bantuan Kak
Mimah,pesakit datuk yang bekerja sebagai pegawai di Jabatan Kebajikan
Masyarakat untuk menyelesaikan masalah keluarga Che Jah.
|
2. Peristiwa sewaktu di asrama SMK Temenggung Ibrahim
Konflik antara Dahlia dengan Cikgu
Salwani yang tidak membenarkan Dahlia keluar dari asrama untuk menjaga
adik-adiknya setelah ibunya dimasukkan ke hospital.
Cara penyelesaian
Dahlia bertekad keluar dari asrama
dan berulang-alik dari rumah ke sekolah.
|
Soalan 13
Huraikan dua keistimewaan watak utama sehingga
menimbulkan perasaan kagum dalam diri pembaca (7markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
Keistimewaan
watak utama (Lili)
1. Seorang yang penyayang
Lili memenuhi permintaan ibunya agar menghabiskan
cuti persekolahan di kampung neneknya untuk membuktikan dia menyayangi
ibunya.
2. Seorang yang gigih menuntut ilmu.
Lili gigih mempelajari bahasa Cina sehingga berjaya
menguasai bahasa tersebut dengan baik.
3. Seorang yang bijaksana menyelesaikan
masalah.
Lili bijak menangani kes keganasan rumah tangga yang
dilakukan oleh Seman terhadap isterinya, Che Jah dan anak-anak dengan cara
menceritakan masalah tersebut kepada Kak Mimah, Penolong Pegawai Kebajikan
Masyarakat.
|
Keistimewaan watak utama (Dahlia)
1. Seorang yang
bertanggungjawab terhadap ahli keluarganya
Dahlia bertanggungjawab menjaga
makan minum abah dan adik-adiknya
setelah emaknya dirawat di
hospital.
2. Seorang yang menghormati
tetamu yang bertandang ke rumahnya
Dahlia melayan neneknya degan baik
dan menghidangkan air walaupun neneknya tidak suka akan keluarganya.
Dahlia juga menghidangkan air bujang ketika Kavita dan Najib bertandang
ke rumahnya.
3. Seorang yang tabah mengharungi dugaan hidup
Dahlia tabah mengharungi
kehidupannya walaupun ibunya menghidap penyakit kemurungan manakala
bapanya telah dipatuk ular.
|
Soalan 14
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari,
jelaskan dua contoh nilai tanggungjawab yang terdapat dalam
novel tersebut.
(8 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
1.Nilai
tanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.
Contohnya,
Datuk Lili, sebagai pengamal perubatan tradisional bertanggungjawab dalam
membantu pesakit yang datang berubat dengannya berasaskan akar-akar
kayu dan daun-daun herba.
|
1. Nilai tanggungjawab terhadap keluarga.
Contohnya, Embong bertanggungjawab menyara kehidupan
keluarganya dengan menoreh getah dan memetik buah kelapa sawit.
|
2. Nilai tanggungjawab mendapatkan rawatan
untuk ibu bapa.
Contohnya, Danel dan adik-beradiknya ingin
mendapatkan rawatan yang lebih baik untuk bapanya.
|
2. Nilai tanggungjawab seorang guru terhadap
pelajar.
Contohnya, Cikgu Hisyam bertanggungjawab terhadap
tugasnya sebagai guru kelas Dahlia dengan sentiasa mengambil tahu
perkembangan pelajaran dan permasalahan anak-anak muridnya termasuk Dahlia.
|
3. Nilai tanggungjawab sebagai ketua kampung.
Contohnya, ketua kampung bertanggungjawab
mengarahkan penduduk-penduduk kampung supaya merobohkan pondok tempat Rafiq
dan Haziq bersembunyi.
|
3. Nilai tanggungjawab seorang kakak terhadap
adik-adiknya.
Contohnya, Dahlia bertanggungjawab menjaga
adik-adiknya sewaktu ayahnya keluar bekerja sementara ibunya pula dirawat di
Hospital Bahagia.
|
4. Nilai tanggungjawab membantu orang yang
dalam kesusahan.
Contohnya, Lili bertanggungjawab dalam membantu
menyelesaikan masalah Che Jah yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga
dengan berusaha membantunya berjumpa dengan Kak Mimah, selaku penolong
pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat.
|
5. Nilai tanggungjawab sesama rakan.
Contohnya, Kavita bertanggungjawab untuk membantu
Dahlia agar tidak ketinggalan dalam pelajaran dengan menyalinkan nota untuk
diberikan kepada Dahlia sepanjang ketiadaan Dahlia di sekolah.
|
Soalan 15
Dalam novel yang dikaji, bahagian peleraian cerita
diakhiri dengan kejayaan. Berdasarkan novel yang anda kaji, jelaskan dua peristiwa
yang membuktikan kejayaan tersebut. (
7 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
1. Peristiwa kejayaan Lili menyelesaikan masalah keganasan rumah
tangga Che Jah.
Contoh : Lili telah berjaya menyelesaikan kemelut rumah tangga Che Jah
dengan bantuan Puan Hamimah, Pegawai Kebajikan Masyarakat.
|
1. Peristiwa kejayaan Dahlia melanjutkan pelajaran ke Jepun.
Contoh : Dahlia berjaya melanjutkan pelajaran ke Jepun walaupun
terpaksa mengharungi pelbagai kesusahan seperti kemiskinan hidup keluarga dan
masalah keluarga.
|
2. Peristiwa kejayaan Danel menyiapkan artikel 'Segalanya
Tentang Pisang’.
Contoh : Danel berjaya menyiapkan berbelas-belas artikel tentang pisang
dalam sebuah buku.
|
2. Peristiwa kejayaan keluarga Dahlia menginsafkan Nek Kiah.
Contoh: Nek Kiah yang tidak menyukai keluarga Dahlia akhirnya insaf
selepas dia dijaga oleh Dahlia dan adik-beradiknya semasa Nek Kiah sakit.
|
3. Peristiwa kejayaan Rafik dan Haziq menyambung pelajaran.
Contoh: Mereka berdua telah berubah dan insaf dengan bantuan datuk Lili.
Akhirnya mereka akan menduduki peperiksaan PMR sebagai calon persendirian.
|
3. Peristiwa kejayaan masyarakat kampung bermuafakat dan
bekerjasama semasa banjir besar melanda.
Contoh : Penduduk Kampung Haji Rais telah bemuafakat dan bekerjasama
membina rumah Embong semula yang musnah akibat banjir. Kaum wanita
bergotong-royong menyediakan makanan.
|
4. Peristiwa kejayaan Lili dan Danel menyelesaikan isu kubah.
Contoh: Lili dan Danel berasa amat gembira kerana akhirnya mereka berjaya
menyelesaikan isu kubah dengan mencadangkan kubah itu diletakkan di masjid
baharu yang bakal dibina.
|
4. Peristiwa kejayaan hubungan Dahlia dengan Azhari.
Contoh: Dahlia dan Azhari akhirnya bertunang walaupun menempuh pelbagai
dugaan dalam perhubungan mereka.
|
Soalan 16
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan
satu persoalan kegigihan watak utama yang terdapat dalam setiap novel
tersebut. (8 markah
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
1.Kegigihan menyelesaikan konflik kekeluargaan
Contoh : Lili gigih membantu Che Jah dan anak-anaknya daripada terus
menjadi mangsa keganasan Seman.
|
1. Kegigihan dalam menuntut ilmu
Contoh : Dahlia gigih menuntut ilmu walaupun hidup dalam kemiskinan dan
menghadapi masalah kekeluargaan seperti ibunya yang sakit dan ayahnya yang
dipatuk ular.
|
2. Kegigihan menangani isu kubah
Contoh : Lili dan Danel gigih berusaha memberikan cadangan untuk
menyelesaikan isu kubah yang menjadi konflik penduduk kampung.
|
2.Kegigihan menguruskan rumah tangga/keluarga
Contoh : Dahlia gigih memikul tanggungjawab menguruskan adik-adiknya
terutama Anggerik yang masih kecil ketika ibu dan ayahnya dimasukkan di
hospital.
|
3. Kegigihan mencari rahsia jendela menghadap jalan
Contoh : Lili gigih berusaha mencari rahsia tentang sebab-sebab
kebanyakan rumah penduduk di Kampung Sentosa mempunyai jendela menghadap
jalan.
|
3. Kegigihan menyelamatkan mangsa lemas
Contoh : Dahlia gigih berusaha menyelamatkan Said anak Aton yang lemas di
sungai.
|
Soalan 17
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua persoalan yang
dipaparkan dalam novel tersebut.
(7 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
1. Persoalan
masalah kepincangan rumah tangga
Contoh: Che Jah dengan
suaminya, Seman yang selalu memukul anak-anak serta menderanya.
2. Persoalan
keagamaan
Contoh: Dalam perjuangan membina
kubah surau di kampung dalam menegakkan syiar Islam. Penduduk sanggup menolak
peruntukan dari Yang Berhormat untuk membina sebuah balai raya tetapi
bersetuju untuk membina kubah surau bagi tujuan keagamaan.
3. Persoalan
persahabatan
Contoh: Persahabatan antara Lili
dengan Geetha yang begitu akrab walaupun berlainan agama dan bangsa.
4. Persoalan
perpaduan antara kaum
Contoh: Perpaduan kaum menjadi
baik seperti adanya hubungan kemesraan yang terjalin antara masyarakat
Melayu, Cina dan India. Mereka hidup aman damai tanpa perbalahan, malah
hubungan kaum ini begitu rapat antara keluarga Geetha dan Lili. Geetha pernah
bermalam di rumah Lili kerana hubungan yang sangat mesra dan rapat.
5. Persoalan
menuntut ilmu pengetahuan
Contoh:Geetha merupakan seorang
mahasiswa yang rajin menuntut ilmu, juga merupakan seorang pelajar tahun satu
Jurusan Kejuteraan Awam, Universiti Malaya, begitu juga Lili yang berhasrat
untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.
6. Persoalan
golongan muda yang terjebak masalah dadah
Contoh: Haziq dan Rafiq yang
terjerumus ke dalam kancah ketagihan dadah akibat masalah keluarga yang
dihadapi. Tertekan dengan masalah keluarga kerana ayahnya Seman begitu garang
dan sering memukul anak-anaknya sehingga menyebabkan hidup mereka tertekan.
Mereka mengambil jalan mudah dengan melibatkan diri dalam kancah ketagihan
dadah.
7. Persoalan
hubungan kekeluargaan antara anak dan ibu bapa
Contoh:Ibu Lili tidak berminat
untuk menghabiskan masanya di kampung, tetapi menghantar Lili ke kampung
sepanjang cuti persekolahan. Ibu Lili melanjutkan pelajaran keluar negara,
terdedah dengan dunia Barat sehingga menganggap kampung terlalu jumud.
Ibu Lili juga terlalu jarang pulang ke kampung untuk menjenguk kedua-dua ibu
bapanya, menyebabkan hubungannya menjadi renggang.
8. Persoalan
hubungan manusia dengan alam sekitar
Contoh: Hubungan antara manusia
dengan alam sekitar seperti datuk sangat mengambil berat tentang herba-herba
yang banyak memberi jasa kepadanya. Datuk mengenali semua herba yang boleh
dijadikan ubat-ubatan.
9. Persoalan
suka fitnah memfitnah dalam masyarakat
Contoh: Masyarakat Melayu yang
suka membuat fitnah antara satu sama lain, yang menyebabkan keretakan dalam
masyarakat akhirnya membawa perpecahan. Cerita kubah dilarikan orang oleh
beberapa wanita mengesyaki angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-anak
Che Jah yang telah terkenal dengan kejahatan lampaunya. Lili menenangkan
keadaan dan meminta agar mereka tidak membuat tuduhan melulu yang tiada
kepastiannya.
|
1. Persoalan kejayaan hasil daripada kegigihan dalam pelajaran
Contoh: Dahlia tetap
mengutamakan pelajarannya dengan meminjam nota dan bertanyakan kepada Kavita
dan Siti Wangi walaupun terpaksa membantu ayahnya menguruskan rumah tangga
setelah ibunya di hantar ke hospital untuk menerima rawatan.
2. Persoalan kemiskinan dalam masyarakat kampung
Contoh: Dalam dunia moden hari
ini, masih ada masyarakat kampung yang masih miskin dan memerlukan bantuan
untuk menjalani kehidupan. Contohnya keluarga Embong yang masih miskin
dan terpaksa berhutang dengan Tauke Lim untuk membeli barang-barang keperluan
harian.
3. Persoalan berani bertindak dalam menghadapi situasi yang bahaya
Contoh: Embong berjaya mengalahkan
ular sawa yang cuba membelitnya sewaktu memotong kelapa sawit di ladang.
4. Persoalan keinsafan selepas menyedari kesilapan diri
Contoh: Nek
Kiah akhirnya insaf setelah Dahlia yang selama ini dibencinya telah menjaga
dan merawatnya ketika terlantar sakit. Begitu juga dengan Abu Bakar
yang selalu berpeleseran sehingga sanggup mencuri kambing ayahnya berubah sikap apabila ditempelak oleh rakan-rakannya
sendiri.
5. Persoalan bantu-membantu dalam
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang lain
Contoh: Kavita
membantu Dahlia mengulang kaji pelajaran dengan memberikan nota pelajaran sepanjang ketidakhadirannya ke
sekolah. Najib cuba menghulurkan bantuan
kewangan semasa Nek Kiah beria-ia ingin menjual tanahnya yang menjadi
tempat tinggal Dahlia dan keluarganya.
6. Persoalan kepentingan ilmu bagi mengubah taraf hidup
Contoh: Embong
amat mementingkan pelajaran dan sering menasihatkan anak-anaknya agar belajar bersungguh-sungguh. Embong
mengharapkan anak-anaknya dapat mengubah taraf hidup keluarga setelah berjaya
dalam pelajaran mereka nanti.
7. Persoalan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas
Contoh: Haji
Sulaiman telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua kampung dengan
baik. Haji Sulaiman banyak membantukeluarga Embong walaupun orang
kampung menyisihkan mereka. Haji Sulaiman mencadangkan agar Saleha dihantar ke hospital untuk mendapatkan
rawatan.
8. Persoalan pengamalan ilmu hitam dalam
kalangan masyarakat
Contoh: Penemuan
dua biji telur ayam berwarna hitam yang berisi jarum, cincin akek, butiran
pasir dan dua batang paku oleh Abu Bakar di bawah rumah mereka menunjukkan
bahawa masyarakat masih mengamalkan ilmu hitam untuk menganiaya orang lain.
9. Persoalan semangat kejiranan walaupun berlainan bangsa
Contoh: Tauke
Lim banyak membantu keluarga Embong yang sering menghadapi
masalah kewangan. Tauke Lim membenarkan Embong berhutang di kedainya. Tauke Lim juga menghulurkan
RM300 untuk Dahlia yang dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun.
10. Persoalan pengekalan identiti bangsa dan jati diri
Contoh:Azhari
menghadiahkan sepasang kain songket berbenang emas kepada Dahlia sebagai
tanda kenang-kenangan dan berpesan kepada Dahlia agar sentiasa mengingati
asal-usulnya sebagai orang Melayu.
|
Soalan 18
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan
satu peristiwa yang mengandungi unsur saspens yang terdapat
dalam setiap novel tersebut. (8 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
1. Peristiwa kehilangan
kubah surau
Peristiwa ini dikatakan saspens
kerana pembaca ingin tahu orang yang mencuri kubah tersebut. Penduduk kampung
menuduh Haziq dan Rafiq tetapi, sebenarnya Semanlah yang mencuri kubah
tersebut.
|
1. Peristiwa Dahlia terjun
ke sungai untuk menyelamatkan Said
Peristiwa ini dikatakan saspens
kerana pembaca ingin tahu apa akan terjadi kepada Dahlia. Rupa-rupanya Dahlia
selamat dan berjaya menjumpai Said di dasar sungai
|
.2. Peristiwa penculikan Lili
Peristiwa ini dikatakan saspens
kerana pembaca ingin tahu perkara yang terjadi kepada Lili setelah diculik
oleh Haziq dan Rafiq.Pembaca juga tertanya-tanya sama ada Danel berjaya
menyelamatkan Lili.
|
2. Peristiwa Embong
membawa bangkai ular sawa balik ke rumah
Peristiwa ini dikatakan saspens
kerana pembaca tertanya-tanya tentang tujuan Embong membawa balik bangkai
ular sawa yang telah dibunuh itu ke rumahnya. Embong membawa balik ular itu
untuk membuktikan bahawa dia mampu menewaskan ular tersebut serta kekuatannya
kepada Dahlia.
|
3. Peristiwa Lili diminta
untuk pulang ke kampung oleh ibunya
Peristiwa ini dikatakan saspens
kerana pembaca tertanya-tanya tujuan sebenarnya ibu Lili meminta Lili pulang
ke kampung datuknya seorang diri. Sebenarnya, Ibu Lili mahu Lili rapat dengan
datuk dan neneknya serta belajar hidup berdikari.
|
3. Peristiwa pertemuan
Najib dan Azhari di rumah Dahlia
Peristiwa ini dikatakan saspens
kerana pembaca tertanya-tanya peristiwa yang terjadi antara Najib dan Azhari
apabila bersua muka pada masa yang sama .Azhari cemburu kepada Najib dan
pulang tanpa bertemu dengan Dahlia.
|
4. Peristiwa kehilangan
datuk Lili
Peristiwa ini dikatakan saspens
kerana pembaca tertanya-tanya tentang kehilangan datuk pada malam tersebut.
Sebenarnya datuk masuk ke hutan mencari akar-akar kayu untuk dijadikan ubat.
|
4. Peristiwa Bakar menemukan
bungkusan yang mengandungi dua biji telur busuk,jarum peniti,cincin arked dan
paku yang tertanam di bawah rumah
Peristiwa ini dikatakan saspens
kerana pembaca tertanya-tanya orang yang meletakkan bungkusan tersebut dan
tujuan bungkusan itu diletakkan di bawah rumah Embong.
|
5. Peristiwa datuk
bercerita tentang jendela menghadap jalan
Peristiwa ini dikatakan saspens
kerana pembaca tertanya-tanya sebab jendela dibina menghadap jalan.
Rupa-rupanya jendela menghadap jalan merupakan satu strategi masyarakat
Kampung Sentosa untuk mengintip pergerakan tentera Jepun.
|
5. Peristiwa hujan lebat
telah menyebabkan paras air naik dan bot tidak sampai ke rumah Embong untuk
membawa mereka keluar dari rumahnya
Peristiwa ini dikatakan saspens
kerana pembaca tertanya-tanya perkara yang akan terjadi kepada Embong
sekeluarga jika bot penyelamat tidak sampai ke rumah Embong. Sebenarnya bot
penyelamat sampai sebelum paras air meningkat ke paras bahaya.
|
6. Peristiwa Che Jah tidak
mesra ketika kunjungan Lili ke rumahnya
Peristiwa ini dikatakan saspens
kerana pembaca tertanya-tanya sebab Che Jah tidak mesra dengan Lili.
Sebenarnya Che Jah bimbang Lili akan membuat laporan polis atas salah laku
anak-anaknya.
|
6. Peristiwa keluarga
Azhari lewat sampai ke rumah Dahlia pada hari pertunangan mereka
Peristiwa ini dikatakan saspens
kerana pembaca tertanya-tanya punca kelewatan tersebut. Punca sebenarnya
ialah kereta mereka rosak.
7. Peristiwa Kiambang
hilang terjatuh akibat tiang dapur patah dan runtuh
Peristiwa ini dikatakan saspens
kerana pembaca tertanya-tanya sama ada Kiambang selamat atau tidak.
Sebenarnya Bakar telah berjaya menyelamatkan adiknya apabila dia memegang dan
menarik kayu beluti serta menarik naik Kiambang.
|
PERINGATAN: JAWAPAN ANDA PERLU DITULIS DALAM BENTUK AYAT YANG LENGKAP ATAU GRAMATIS DAN ELAKKAN MENULIS JAWAPAN DALAM BENTUK POIN KERANA MARKAH ANDA AKAN DIPOTONG KERANA JAWAPAN DALAM BENTUK POIN DIANGGAP SEBAGAI MELAKUKAN KESALAHAN TATABAHASA. HARAP MAKLUM.
SEMOGA ANDA BERJAYA DAN MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CERMELANG
DALAM PEPERIKSAAN SPM 2017. USAHA TANGGA KEJAYAAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan