ASSALAMUALAKUM, SEBAGAI ADMIN LAMAN BAHASA MELAYU SPM, SAYA AKAN SENTIASA MEMASUKKAN ARTIKEL DARI SEMASA MELIBATKAN KEMAHIRAN BERBAHASA UNTUK MEMANDU PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERUTAMANYA UNTUK MENGHADAPI TINGKATAN LIMA PADA TAHUN 2019. SEYOGIA, KEPADA PELAJAR SMK SERI LONDANG TERUTAMANYA PELAJAR TING. 4 K1 DAN UMUMNYA PELAJAR TINGKATAN EMPAT 4 SAINS YANG MEMASUKI ERA TING LIMA PERLU SENTIASA MENGIKUTI BLOG INI .SAYA SEDAR KEBANYAKAN PELAJAR TINGKATAN TINGKATAN 4 TAHUN 2018 MASIH BELUM MENGUASAI KESELURUHAN ITEM SOALAN PEPERIKSAAN ANTARANYA SOALAN 1 (RUMUSAN), KESELURUHAN SOALAN PEMAHAMAN 2(B), 2(C), 2(D), SOALAN BERKAITAN TATABAHASA MELIPUTI SOALAN 3(B), 3(C), 3(D) DAN 3(E)-PERIBAHASA DAN SOALAN 4(A) DAN 4(B) NOVEL.
PELAJAR JUGA TIDAK MENGUASAI KEMAHIRAN MENGHASILKAN KARANGAN SAMA ADA KARANGAN BERPANDU SOALAN 1 DAN SOALAN DIMENSI IAITU SOALAN 1 (DIMENSI KELUARGA), SOALAN 2 (DIMENSI KELUARGA DAN MASYARAKAT), SOALAN 3 (DIMENSI NEGARA), SOALAN 4 (DIMENSI ANTARABANGSA) DAN SOALAN 5 ( MERUJUK KOMSAS). DIHARAPKAN PELAJAR SENTIASA MERUJUK BLOG INI SABAGAI PERSEDIAAN MENGHADAPI TINGKATAN LIMA.
SELAIN ITU, KEPADA PELAJAR TING 4 SMK SERI LONDANG TAHUN 2018 DIHARAPKAN MULA BERJINAK-JINAK DENGAN BLOG INI UNTUK MENGETAHUI FORMAT SOALAN PEPERIKSAAN SPM DAN KEMAHIRAN BAHASA SPM YANG AMAT LUAS SKOPNYA. ELLAKKAN DARIPADA MEMBUAT PERSEDIAAN DI SAAT AKHIR DAN BERUNTUNGLAH BAGI MEREKA YANG MEBUAT PERSEDIAAN AWAL KERANA SIKAP BERTANGGUH AKAN MERUGIKAN ANDA. SELAIN ITU, PELAJAR JUGA TIDAK BOLEH SEKADAR MENGIKUTI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI DALAM KELAS KERANA MASA UNTUK PdPC AMAT TERHAD.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan