Jumaat, 14 Disember 2018

PENGENALAN ITEM ATAU SOALAN KERTAS BAHASA MELAYU 2 (1103/2)


FORMAT SOALAN SPM KERTAS BAHASA MELAYU 2  (1103/2) DAN PECAHAN ITEM
PELAJAR PERLU MENGUASAI SEMUA ITEM ATAU SOALAN-SOALAN DI BAWAH UNTUK MENDAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG KERTAS BAHASA MELAYU  2 

SOALAN
FORMAT
KEPERLUAN
LANGKAH MENGATASI
MARKAH
SOALAN RUMUSAN
1
RUMUSAN
FAHAM FORMAT RUMUSAN
        a)      Perenggan pengenalan.
        b)      Perenggan isi tersurat
        c)      Perenggan isi tersirat
        d)      Perenggan penutup
       Sekiranya pelajar faham cara menulis perenggan pengenalan, cara mencari isi tersurat dengan tepat, cara mencari isi tersirat (KBAT), dan cara menulis perenggan penutup, pelajar mudah mendapat markah penuh 30, iaitu markah paling banyak dalam kertas Bahasa Melayu Kertas 2.

        Pengenalan: -Petikan + perubahan istilah isi tersurat + dalam kalangan masyarakat di negara/ di Malaysia. ( Rujuk soalan)
                                   -Rumusan + perubahan istilah isi tersurat + salin sahaja frasa  isi tersirat yang ada pada soalan.
  
       Sebagai peringatan istilah yang
       ditanya sudah keluar daripada istilah biasa dikeluarkan bermula pada tahun lepas 2018, bermakna pelajar perlu bersedia dengan soalan isi tersurat dalam kertas SPM 2019. (Unsur KBAT)
       
       Isi tersurat: Pelajar perlu faham mengesan isi tersurat iaitu isi berdasarkan kata kunci tersurat pada soalan. Isi tersurat dapat dikesan dalam teks rumusan dan elakkan menyalin contoh dan huraian teks.

       Isi tersirat: Pelajar perlu faham kata  kunci isi tersirat  dan isi yang diperoleh tidak ada dalam teks dan lebih kepada isi KBAT  iaitu (Pandangan pelajar berdasarkan kata kunci isi tersirat)
       Pelajar perlu mencapah jawapan dengan merujuk isi berdasarkan :-
       i)  Fokus kendiri.
      ii)  Fokus ibu bapa/ keluarga
     iii)  Fokus masyarakat.
     iv)  Fokus Go dan Ngo.
      v)  Fokus Kerajaan/Negara.
      
       Perenggan penutup: Kesimpulan,
       + mereka yang terlibat + supaya /agar + kesan akibat.
LATIHAN DAN PEMAHAMAN FORMAT SOALAN ( PELAJAR PERLU TAHU APA YANG PERLU DIJAWAB DAN  TAHU CARA ). DICADANGKAN:-
i) Pelajar perlu banyak membuat latihan terutama soalan SPM tahun-tahun lepas.
ii) Pelajar boleh membuat latihan daripada soalan-soalan rumusan peperiksaan percubaan negeri-negeri dan boleh merujuk skema jawapan.
iii) Pelajar juga perlu membuat latihan tambahan dan hasil latihan perlu disemak guru untuk mengetahui kesalahan-kesalahan yang dilakukan.
iv) Pelajar perlu mendapatkan bimbingan guru dan sentiasa bertanya cara menjawab dengan betul soalan rumusan.
v)  Pelajar perlu memastikan penulisan setiap perenggan pengenalan tepat, faham mencari kata kunci isi tersurat, dan mengesan isinya, faham mencari isi tersirat berdasarkan kata kunci isi tersirat, dan menulis perenggan penutup.
   30
2 (a)
PEMAHAMAN UMUM
(SOALAN BERFOKUS KEPADA PETIKAN TEKS)

PEMAHAMAN UMUM:-
i)    Keperluan menjawab soalan satu.
ii)   Keperluan menjawab soalan dua.
iii)  Keperluan menjawan soalan ketiga.
Setiap soalan ada cara menjawabnya.
Setiap soalan di atas, ada cara menjawabnya. Oleh sebab itu, pelajar perlu tahu cara-caranya untuk mendapat markah yang baik.
LATIHAN BERTERUSAN DAN PEMAHAMAN FORMAT SOALAN ( PELAJAR PERLU TAHU APA YANG PERLU DIJAWAB DAN  TAHU CARA MENJAWABNYA.)
PELAJAR PERLU BIMBINGAN GURU.
9
2(b)
PEMAHAMAN PROSA MODEN
(SKOP SOALAN MELIPUTI KAJIAN TEKS ANTOLOGI PROSA MODEN TING 4 DAN 5)

PEMAHAMAN PROSA MODEN:-
i)  Keperluan menjawab soalan satu.
ii)   Keperluan menjawab soalan dua.
iii)  Keperluan menjawan soalan ketiga.
Setiap soalan ada cara menjawabnya

Skop Prosa Moden  Ting.4.
2.    CERPEN MUNSYI

       Skop  Prosa Moden Ting. 5.

LATIHAN BERTERUSAN DAN PEMAHAMAN FORMAT SOALAN ( PELAJAR PERLU TAHU APA YANG PERLU DIJAWAB DAN  TAHU CARA MENJAWABNYA.)
PELAJAR PERLU BIMBINGAN GURU.
9
2(c)
PEMAHAMAN PROSA  TRADISIONAL
(SKOP SOALAN MELIPUTI KAJIAN TEKS ANTOLOGI PROSA TRADISIONAL TING 4 DAN 5)
PEMAHAMAN PROSA TRADISIONAL:-
i)  Keperluan menjawab soalan satu.
ii)   Keperluan menjawab soalan dua.
iii)  Keperluan menjawan soalan ketiga.
     Setiap soalan ada cara menjawabnya:-

     Skop Prosa Tradisional Ting 4.

Skop Prosa Tradisional Ting. 5
1.    PROSA TRADSIONAL  BURUNG TERBANG 
       DIPIPISKAN LADA

LATIHAN DAN BERTERUSAN  PEMAHAMAN FORMAT SOALAN ( PELAJAR PERLU TAHU APA YANG PERLU DIJAWAB DAN  TAHU CARA MENJAWABNYA.)
PELAJAR PERLU BIMBINGAN GURU.
8
2(d)
PEMAMAHAM PUISI (KAJIAN TEKS ANTOLOGI PUISI MODEN DAN TRADISIONAL TING 4 DAN 5)
PEMAHAMAN PROSA TRADISIONAL:-
i)  Keperluan menjawab soalan satu.
ii)   Keperluan menjawab soalan dua.
iii)  Keperluan menjawan soalan ketiga.
     Setiap soalan ada cara menjawabnya

       Skop Puisi  Ting. 4
1.    SYAIR BIDASARI
        
         Skop Puisi  Ting. 5

LATIHAN BERTERUSAN    DAN PEMAHAMAN FORMAT SOALAN ( PELAJAR PERLU TAHU APA YANG PERLU DIJAWAB DAN  TAHU CARA MENJAWABNYA.)
PELAJAR PERLU BIMBINGAN GURU.
9
SOALAN TATABAHASA
3(a)
MEMBINA AYAT BERDASARKAN KATA YANG DIBERIKAN.
MEMBINA AYAT BERDASARKAN KATA YANG DIBERIKAN:-
i)              kata tunggal – contoh sedap, kuat. dsb.
ii)             kata ganda- contoh enak-enak, makan-makan dsb.
iii)            pasangan kata ganda dan kata berimbuhan contoh masak-masak, memasak.
iv)            pasangan kata dan kata ganda seluruh contoh malam, semalaman.
v)             pasangan kata dan kata majmuk contoh lalu, lalulintas.
vi)            kata yang hampir maksud contoh merebus dan mengukus.
vii)           pasangan kata homograf contoh rendang dan rendang.
viii)          pasangan kata berbeza makna tetapi hampir sama bunyi contoh belot dan belut.
ix)            kata dan kata berimbuhan contoh didik dan pendidik.
x)             pasangan kata berimbuhan contoh kemasyhuran dan pemasyhuran.
xi)            kata majmuk dan kata majmuk berimbuhan contoh kuat kuasa dan dikuatkuasakan.
xii)           contoh frasa- melayari laman web, semangat setiakawan.

SOALAN DIANGGAP MUDAH TETAPI PELAJAR PERLU FAHAM MAKSUD KATA. PELAJAR PERLU:-
i)    Banyakkan membaca untuk meluaskan perbendaharaan kata.
ii)   Membuat latihan merujuk soalan-soalan SPM tahun-tahun lepas.
iii)  Membuat latihan menjawab soalan-soalan peperiksaan percubaan tahun-tahun lepas.
iv)  Membuat rujukan jawapan dengan merujuk kamus dewan online atau Kamus Dewan Bahasa.
v)   Pelajar perlu mendapat bimbingan guru untuk mendapat panduan menjawab soalan ini.

6
3(b)
KAJIAN AYAT (SINTAKSIS)
KAJIAN AYAT (SINTAKSIS) AMAT LUAS SKOPNYA:-
1.       SUBJEK DAN PREDIKET
2.       AYAT TUNGGAL AYAT MAJMUK
3.       JENIS AYAT - AYAT PENYATA, AYAT TANYA, AYAT PERINTAH DAN AYAT SERU.
4.       RAGAM AYAT- AKTIF DAN AYAT PASIF.
5.       MENUKAR CAKAP AJUK KEPADA AYAT CAKAP PINDAH ATAU
       SEBALIKNYA.
6.         MENGANALISIS POLA AYAT - ( FN-     FN,FN-FK, FN-F Adj, FN-FS)
7.        MENUKAR AYAT BIASA DAN AYAT SONGSANG.

PELAJAR PERLU FAHAM SKOP SOALAN KAJIAN AYAT:-
i)      Membuat latihan merujuk soalan-soalan peperiksaan SPM sebenar.
ii)     Membuat latihan merujuk soalan-soalan percubaan SPM negeri-negeri.
iii)    Soalan SPM yang telah keluar pada tahun terkini boleh diabaikan.
iv)    Pelajar perlu merujuk guru bahasa Melayu untuk memberi fokus soalan yang perlu diberikan tumpuan.
v)     Pelajar boleh melihat soalan-soalan peperiksaan percubaan tahun semasa sebagai rujukan soalan yang kemungkinan keluar.
vi)    Paling baik, pelajar menguasai keseluruhan skop kajian ayat untuk menghadapi peperiksaan SPM.

6
3(c)
MENGESAN KESALAHAN EJAAN DAN KESALAHAN IMBUHAN
SKOP SOALAN INI AMAT LUAS DAN PELAJAR PERLU MENGUASAI KEMAHIRAN EJAAN SERTA KESALAHAN-KESALAHAN EJAAN  YANG BERTENTANGAN DENGAN KAMUS DEWAN ATAU KAMUS PELAJAR KELURAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA DAN KEMAHIRAN IMBUHAN MERUJUK KESALAHAN PENGGUNAAN IMBUHAN BAHASA MELAYU:-
i)      Kesalahan ejaan bermaksud kesalahan penggunaan ejaan betul dan standard. ( Merujuk Kamus Dewan atau Kamus Pelajar- Dewan Bahasa Dan Pustaka)
ii)     Kesalahan imbuhan bermaksud kesalahan penggunaan imbuhan pada kata dasar, sama ada awalan, apitan, sisipan dan imbuhan rangkap.

PELAJAR PERLU FAHAM SKOP SOALAN MENGESAN KESALAHAN EJAAN DAN MENGESAN KESALAHAN IMBUHAN DENGAN CARA:-
i)    Membuat latihan merujuk soalan-soalan peperiksaan SPM sebenar.
ii)     Membuat latihan merujuk soalan-soalan percubaan SPM negeri-negeri.
iii)    Soalan SPM yang telah keluar pada tahun terkini boleh diabaikan.
iv)    Pelajar perlu merujuk guru bahasa Melayu soalan yang perlu diberikan tumpuan.
v)     Pelajar boleh melihat soalan-soalan peperiksaan percubaan tahun semasa sebagai rujukan soalan yang kemungkinan keluar.
vi)    Paling baik, pelajar menguasai kemahiran mengesan kesalahan ejaan dan kesalahan imbuhan.

6
3(d)
MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN KESALAHAN TATABAHASA
SKOP KESALAHAN ISTILAH DAN KESALAHAN TATABAHASA:-
i)      Kesalahan istilah bermaksud kesalahan penggunaan kata iaitu penggunaan perkataan yang tidak sesuai dengan kehendak ayat atau situasi
ii)     Kesalahan tatabahasa bermaksud semua bentuk kesalahan dalam  pembinaan ayat yang gramatis. Kesalahan ini melibatkan kesalahan hukum tatabahasa.

PELAJAR PERLU FAHAM SKOP SOALAN MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN MENGESAN KESALAHAN TATABAHASA DENGAN CARA:-
i)    Membuat latihan merujuk soalan-soalan peperiksaan SPM sebenar.
ii)     Membuat latihan merujuk soalan-soalan percubaan SPM negeri-negeri.
iii)    Soalan SPM yang telah keluar pada tahun terkini boleh diabaikan.
iv)    Pelajar perlu merujuk guru bahasa Melayu bimbingan dan panduan menjawab soalan dan skop soalan ini cukup luas.
v)     Pelajar boleh melihat soalan-soalan peperiksaan percubaan tahun semasa sebagai rujukan soalan yang kemungkinan keluar.
vi)    Paling baik, pelajar menguasai kemahiran mengesan kesalahan ejaan dan kesalahan imbuhan.










6
PERIBAHASA
3(e)
KEMAHIRAN PERIBAHASA
PELAJAR PERLU FAHAM BENTUK-BENTUK SOALAN PERIBAHASA YANG PERNAH DITANYA DALAM PEPERIKSAAN SPM:-
i)        Mengisi tempat kosong dengan mengaitkan peribahasa yang sesuai dengan petikan.
ii)       Mengisi tempat kosong dengan peribahasa atau dialog dengan peribahasa yang sesuai dengan maksudnya.
iii)      Membina ayat yang sesuai dengan maksud peribahasa  yang diberikan.
iv)      Menulis peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat atau situasi petikan.

Sebagai pengetahuan, soalan berkaitan peribahasa menjadi masalah untuk pelajar menjawab soalan. Puncanya, pelajar tidak menguasai soalan ini kerana tidak menguasai maksud peribahasa. Oleh itu, pelajar disarankan menjawab soalan dengan merujuk bentuk-bentuk soalan di sebelah supaya pelajar dapat menjawab pelbagai soalan.
Pelajar juga disarankan menjawab soalan:-
i)      Membuat latihan merujuk soalan-soalan peperiksaan SPM sebenar.
ii)     Membuat latihan merujuk soalan-soalan percubaan SPM negeri-negeri.
iii)    Pelajar perlu merujuk guru bahasa Melayu bimbingan dan panduan menjawab soalan dengan baik.
iv)    Pelajar boleh melihat soalan-soalan peperiksaan percubaan tahun semasa sebagai rujukan soalan yang kemungkinan keluar.
v)     Paling baik, pelajar menguasai kemahiran menjawab soalan pelbagai bentuk yang di perkatakan sebelah.

6
KAJIAN NOVEL
4(a)
SOALAN KAJIAN SATU NOVEL
SOALAN KAJIAN SATU NOVEL
i)      Pelajar boleh menjawab soalan Novel Jendela Menghadap Jalan atau
ii)     Pelajar boleh menjawab soalan Novel Songket Berbenang Emas.
( Kebiasaannya pelajar boleh menyenaraikan dua isi paling minimum, tetapi untuk lebih selamat pelajar disarankan menjawab tiga isi dan isi ketiga sebagai “backup” jika ada antara dua isi tidak tepat. Jawapan perlu ditulis isi + contoh+huraian )

Skop soalan berdasarkan:-
i)      Tema.
ii)     Persoalan.
iii)    Watak perwatakan sama ada watak utama atau watak sampingan.
iv)    Latar – sama ada tempat
-   masa
-   masyarakat
v)     Bahasa ( Tidak pernah ditanya )
vi)    Nilai 
vii)   Pengajaran.

Kebelakangan ini soalan lebih bersifat
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT) Contohnya soalan bertanya berkaitan situasi dan mengaitkan nilai kerjasama. Oleh sebab itu, pelajar perlu memahami situasi berkenaan dan mengaitkan dengan nilai berkenaan.
Oleh sebab itu, pelajar dinasihatkan memahami Novel Kajian Tingkatan 4 ( Jendela Menghadap Jalan ) dan Novel Kajian Tingkatan 5 ( Songket Berbenang Emas) dengan semua kajian seperti yang dimaklumkan. Di samping, pelajar perlu membuat latihan dengan menjawab:-
i)      Membuat latihan merujuk soalan-soalan novel peperiksaan SPM sebenar.
ii)     Membuat latihan merujuk soalan-soalan percubaan SPM negeri-negeri.
iii)    Pelajar perlu merujuk guru bahasa Melayu bimbingan dan panduan menjawab soalan dengan baik.
iv)    Pelajar boleh melihat soalan-soalan peperiksaan percubaan tahun semasa sebagai rujukan soalan yang kemungkinan keluar.
v)     Paling baik, pelajar menguasai kemahiran menjawab soalan pelbagai bentuk yang berkait dengan kajian KOMSAS.

7
4(b)
SOALAN KAJIAN DUA NOVEL
SOALAN KAJIAN DUA NOVEL
Pelajar perlu menjawab kedua-dua novel iaitu Novel Jendela Menghadap Jalan dan Novel Songket Berbenang Emas. Pelajar menjawab satu isi bagi setiap novel secara minimum dan paling baik disarankan menjawab dua isi sebagai tindakan selamat kerana setiap isi kedua sebagai “backup” jika isi pertama setiap isi bagi novel dijawab tidak tepat. Jawapan perlu melibatkan isi +contoh+huraian.

Skop soalan berdasarkan:-
i)              Tema.
ii)     Persoalan.
iii)    Watak perwatakan sama ada watak utama atau watak sampingan.
iv)    Latar – sama ada tempat
-   masa
-   masyarakat
v)     Bahasa ( Tidak pernah ditanya )
vi)    Nilai 
vii)   Pengajaran.

 Kebelakangan ini soalan lebih bersifat Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT) Contohnya soalan bertanya berkaitan situasi dan mengaitkan nilai kerjasama. Oleh sebab itu, pelajar perlu memahami situasi berkenaan dan mengaitkan dengan nilai berkenaan.
Oleh sebab itu, pelajar dinasihatkan memahami  kedua-dua Novel Kajian Tingkatan 4 ( Jendela Menghadap Jalan ) dan Novel Kajian Tingkatan 5 ( Songket Berbenang Emas) dengan semua kajian seperti yang dimaklumkan. Di samping, pelajar perlu membuat latihan dengan menjawab:-
i)      Membuat latihan merujuk soalan-soalan novel peperiksaan SPM sebenar.
ii)     Membuat latihan merujuk soalan-soalan percubaan SPM negeri-negeri.
iii)    Pelajar perlu merujuk guru bahasa Melayu bimbingan dan panduan menjawab soalan dengan baik.
iv)    Pelajar boleh melihat soalan-soalan peperiksaan percubaan tahun semasa sebagai rujukan soalan yang kemungkinan keluar.
v)     Paling baik, pelajar menguasai kemahiran menjawab soalan pelbagai bentuk yang berkait dengan kajian KOMSAS.

8
Jumlah
110

DIHARAPKAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAPAT MEMAHAMI FORMAT
SOALAN KERTAS BAHASA MELAYU SPM KERANA TERDAPAT PERBEZAAN
SKOP SOALAN KERANA SEMASA TINGKATAN 5 PELAJAR AKAN BERTEMU
SOALAN ANTOLOGI TINGKATAN 5 DAN SOALAN NOVEL TINGKATAN 5 IAITU
NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS.

Tiada ulasan: