Format jawapan soalan 4(b)
Format
jawapan soalan kajian dua novel tetapi untuk tingkatan 4. Anda hanya
mengkaji Novel Jendela Menghadap Jalan
sahaja. Jawapan hanya soalan novel berkenaan. Harap maklum.( 8 markah )
Berdasarkan kajian satu Novel Jendela
Menghadap Jalan, karya Rohani Matdirin, tema
novel ini berkaitan kecekalan seorang gadis remaja dalam menempuh pelbagai
cabaran dan rintangan untuk meneruskan kehidupan. Contohnya, Lili menghadapi
masalah untuk menyesuaikan diri semasa berada di kampung datuknya, iaitu
Kampung Sentosa. Namun demikian, Lili berjaya menangani masalah tersebut dengan
jiwa yang cekal.
Selain itu, Lili juga cekal
berusaha untuk menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang dihadapi oleh
jiran datuknya, Che Jah yang selalu dipukul oleh suaminya, Seman. Akhirnya,
Seman berjaya ditangkap dan akan didakwa di mahkamah atas perbuatan kejamnya.
Bahkan juga, Lili cekal
menghadapi dugaan semasa dirinya dikurung dan diikat oleh Rafiq serta Haziq di
sebuah pondok buruk yang terletak di dalam hutan Kampung Sentosa. Akhirnya,
Lili berjaya diselamatkan oleh Danel.
Akhir sekali, Lili cekal menghadapi kerenah penduduk kampung yang
tidak bersepakat dalam isu pemasangan kubah pada bumbung surau lama kerana
kekurangan nilai keagamaan. Akhirnya, penduduk kampung menerima cadang Lili
untuk membina masjid baharu.
Kesimpulannya, berdasarkan contoh-contoh dan peristiwa dipaparkan di atas jelaslah bahawa tema Novel Jendela Menghadap Jalan berkaitan kecekalan seorang gadis remaja dalam menempuh pelbagai cabaran dan rintangan untuk meneruskan kehidupan.
Kesimpulannya, berdasarkan contoh-contoh dan peristiwa dipaparkan di atas jelaslah bahawa tema Novel Jendela Menghadap Jalan berkaitan kecekalan seorang gadis remaja dalam menempuh pelbagai cabaran dan rintangan untuk meneruskan kehidupan.
Sebagai makluman, isi cukup dua isi sahaja. Tetapi dalam jawapan di atas disenaraikan 4 isi dan sepatutnya tiga isi dah cukup dan isi ketiga sebagai jawapan "backup"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan