Sabtu, 17 Februari 2018

HASILAN KARANGAN DIMENSI KELUARGA ( PERANAN KELUARGA DALAM MENANGANI MASALAH SOSIAL-SKOP MARKAH CEMERLANG ATAS -KELAS 5 SAINS)

ANTARA KARANGAN TERBAIK PERNAH SAYA SEMAK DAN SELARAS DENGAN KRITERIA KECEMERLANGAN JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN KARANGAN.  TAHNIAH IZZAH, ALIFF, IRFAN, DAN FATIHAH. KARANGAN ANDA MEMANG MENARIK. HASILAN KARANGAN SEDEMIKIAN RUPA MAMPU MENJADI CONTOH KEPADA RAKAN-RAKAN YANG LAIN. SEMOGA KEEMPAT-EMPAT PELAJAR DI BAWAH MAMPU MENGHASILKAN KARANGAN CEMERLANG PADA MASA AKAN DATANG DAN TERUS MEMBERI INSPIRASI KEPADA RAKAN-RAKAN LAIN UNTUK MENGHASILKAN KARANGAN CEMERLANG ATAS.



CONTOH KARANGAN CEMERLANG ATAS PERTAMA






CONTOH KARANGAN CEMERLANG ATAS KEDUA







HARAPAN SAYA AGAR ALIFF BIJAK DAN DAPAT MENGGUNAKAN MASA SEBAIK-BAIKKNYA KERANA KERTAS DUA MENGANDUNGI SOALAN BAHAGIAN A, DAN BAHAGIAN B. NAMUN, TIDAK ADA SEBARANG ALASAN UNTUK TIDAK MENGHASILKAN KARANGAN SEPANJANG INI, JIKA DIIKUTI DENGAN LATIHAN YANG KERAP. WALAUPUN ISI KARANGAN INI EMPAT, TETAPI PENGOLAHANNYA CUKUP PADAT DAN MATANG.


TAHNIAH IRFAN KERANA ANDA BERJAYA MENGHASILKAN KARANGAN CEMERLANG SELARAS DENGAN KRITERIA JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN KARANGAN.  SEMOGA DENGAN TIGA HASILAN KARANGAN YANG SAYA LAMPIRKAN AKAN DAPAT MEMBUKA MATA PELAJAR KE ARAH PENGHASILAN KARANGAN YANG BAIK SERTA MENDEDAHKAN KEPELBAGAIAN KEMAHIRAN UNTUK MENGHASILKAN KARANGAN CEMERLANG. NAMUN, SEBAGAI FASILATOR DAN SEORANG GURU SAYA PERLU MEMBUAT ULASAN, DAN ANGGAP ULASAN BERKENAAN SEBAGAI PANDUAN UNTUK MEMBINA KARANGAN CEMERLANG DAN TIDAK TERLINTAS DI HATI SAYA UNTUK MEMPERKECILKAN KEMAHIRAN MENGARANG SESEORANG PELAJAR.

CONTOH KARANGAN CEMERLANG ATAS KETIGA






               Komen tambahan, pastikan perenggan penutup dikembangkan lagi agar kepanjangannya seimbang dengan perenggan yang lain. Sebagai cadangan selitkan peribahasa berkaitan unsur kerjasama pada perenggan penutup, serta selitkan contoh masalah sosial remaja zaman kini yang dapat dicegah daripada menular kepada remaja sebagai ahli keluarga. Selainn itu, selitkan juga ayat KBAT, peri pentingnya ahli keluarga atau ibu bapa menangani masalah kebejatan sosial remaja kini agar negara tidak akan ketandusan pemimpin pelapis bakal mengganti kepimpinan negara yang ada sekarang terutama untuk mewujudkan negara maju sebagaimana yang dirancang oleh kepimpinan negara. Kesimpulannya karangan pelajar di atas boleh menjadi contoh kepada pelajar lain. Tahniah, sekali lagi kepada Irfan atas kesungguhan menghasilkan karangan bertaraf cemerlang atas. Namun, cuba elakkan daripada melakukan kesalahan ejaan mudah seperti penulisan ejaan kata nama khas 'Islam' pemeriksaan yang sensitif akan terasa kesalahan yang dilakukan, impaknya, alan memberi kesan kepada markah karangan anda. Perlu diingat, karangan pada skop cemerlang atas merupakan karangan yang terbaik tanpa sebarang kesalahan baik ejaan, binaan ayat, kosa kata luas dan tepat, dan paling diberi keutamaan ialah unsur kematangan.
                  Tegasnya untuk mendapat markah cemerlang atas bukan mudah, jika boleh, gunakan kesempatan untuk menambah peribahasa pada mana mana perenggan atau mana-mana ayat sama ada pada ayat huraian, ayat KBAT, ayat penegas dan paling mudah selitkan perubahasa jika sesuai diselitkan kerana anda akan mendapat perhatian pemeriksa untuk markah pada skop cemerlang atas. Untuk makluman, markah pelajar di atas 90 markah sahaja, dan markah anda sebenarnya kurang mantap untuk berada pada skop markah cemerlang atas akibat beberapa kesalahan yang anda lalukan antaranya kesalahan ejaan, ketidakstabilan kepanjangan perenggan penutup cuma saya mengambil kira cara anda mengolah karangan ini merujuk kaedah pengembangan idea perenggan. Teruskan usaha anda.

     Karangan kedua saya paparkan di bawah adalah untuk memberikan gambaran bagaimana kebijaksanaan pelajar berkenaan menyelitkan peribahasa dalam perenggan karangan. Sekiranya kemahiran menyelitkan peribahasa diaplikasi dalam karangan pertama saya paparkan di atas, sudah pasti penulisan karangan berkenaan akan lebih mantap.

CONTOH KARANGAN CEMERLANG



    Namun, kelemahan karangan kedua di atas perlu diperbaiki, pertama pastikan setiap di akhir perenggan isi diselitkan ayat penegasan. Selain itu, pelajar di atas tidak menyelitkan ayat KBAT untuk mengambarkan kematangan semasa mengarang.  Sekiranya pelajar di atas menambah satu isi lagi, karangan berkenaan akan lebih menarik. Oleh sebab itu, jika kedua-dua kemahiran mengarang berkenaan digabungkan, saya pasti karangan kedua-dua karangan berkenaan akan lebih mantap. Diharapkan pelajar akan terus berusaha untuk menghasilkan karangan bertaraf cemerlang dan amat gembira kerana ada usaha pelajar untuk menghasilkan karangan bertaraf cemerlang. Insya Allah saya akan berusaha untuk membantu pelajar menghasilkan karangan yang lebih baik.

SEMOGA KEEMPAT-EMPAT  KARANGAN PELAJAR DI ATAS MAMPU MEMBERI IMPAK KEPADA PENGHASILAN KARANGAN CEMERLANG RAKAN-RAKAN YANG LAIN


Tiada ulasan: