Jumaat, 9 Februari 2018

FOKUS PEMBENTANGAN SINOPSIS DAN TEMA SERTA PERBINCANGAN SKOP SOALAN 4 (A) DAN 4 (B) KELAS 5 SAINS


Contoh, soalan dan jawapan  bahagian 4 (a), Kajian  berdasarkan satu novel.

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan tema novel tersebut. ( 7 markah)
JENDELA MENGHADAP JALAN
Berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin, pengarang memaparkan tema kecekalan seorang gadis dalam menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan.

Tema ini terbukti apabila Lili sebagai watak utama  cekal menghadapi kerenah ibunya yang menyuruh dia menghabiskan cuti persekolahan di Kampung Sentosa, tempat kelahiran ibunya. Lili akur akan cadangan tersebut kerana dia amat menyayangi ibunya walaupun dia berhasrat untuk bersama-sama rakan pada saat terakhir alam persekolahan menengahnya.


         Selain itu, Lili  juga cekal berusaha untuk menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang dihadapi oleh jiran datuknya, Che Jah yang selalu dipukul dan dicemuh oleh suaminya, Seman. Akhirnya, atas inisiatif Lili ,bantuan Kak Mimah serta pengakuan Che Jah bahawa suaminya mencuri kubah surau kampung, Seman berjaya ditangkap dan akan didakwa di mahkamah atas perbuatan kejamnya itu.

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan tema novel tersebut. ( 7 markah)
SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 pula Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip, pengarang memaparkan tema kegigihan seorang gadis dalam mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan dalam kehidupannya.

Berdasarkan Novel Songket Berbenang Emas, gambaran kecekalan gadis dipaparkan melalui watak utama iaitu Dahlia. Sebagai seorang gadis yang sentiasa menghadapi nasib malang, beliau tetap gigih menghadapi ujian dalam hidupnya serta berusaha mengatasi masalah yang menimpa diri dan keluarganya dengan semangat yang kental. Contohnya,, Dahlia gigih menghadapi dugaan apabila ibunya, Saleha terpaksa dihantar ke hospital Batu Pahat, kemudian dipindahkan ke Hospital Permai, Johor Bahru untuk menjalani rawatan pemulihan akibat menghadapi penyakit kemurungan.

Selain itu, kegigihan Dahlia yang seterusnya dapat dilihat apabila dia dapat menghadapi sikap prejudis neneknya, Nek Kiah terhadap mereka sekeluarga dengan matang dan tenang. Dahlia juga mendepani cacian dan tohmahan Aton yang menuduhnya membunuh Said dan menggelarnya perempuan murahan serta kenalan ramai lelakinya.

Sebagai cadangan jawapan soalan 4 (a), Pelajar boleh memilih sama ada menjawab kajian Novel Jendela Menghadap Jalan ( Tingkatan 4) atau Novel Songket Berbenang Emas ( Tingkatan 5) seperti di atas.

Contoh Soalan dan jawapan  4 (b),  Kajian dua novel yang anda kaji. ( 8 markah )
Berdasarkan dua novel yang anda kaji,  huraikan tema kedua-dua novel berkenaan.

     Berdasarkan dua novel yang saya kaji, iaitu Novel Jendela Menghadap Jalan  karya Rohani Matdirin( Tingkatan 4) dan Novel Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip, tema kedua-dua novel berkenaan mempunyai persamaan  iaitu ketabahan seorang gadis dalam mengharungi  pelbagai cabaran dan dugaan dalam kehidupan remaja mereka.

      Saya berpendapat sedemikian kerana, watak utama Novel Jendela Menghadap Jalan iaitu Lili kerap menghadapi dugaan dalam kehidupannya sebagai seorang gadis remaja. Sebagai contoh Lili cekal menghadapi kerenah ibunya yang menyuruh dia menghabiskan cuti persekolahan di Kampung Sentosa, tempat kelahiran ibunya. Lili akur akan cadangan tersebut kerana dia amat menyayangi ibunya walaupun dia berhasrat untuk bersama-sama rakan-rakan pada saat terakhir alam persekolahan menengahnya.

      Selain itu, Lili  juga cekal berusaha untuk menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang dihadapi oleh jiran datuknya, Che Jah yang selalu dipukul dan dicemuh oleh suaminya, Seman. Akhirnya, atas inisiatif Lili ,bantuan Kak Mimah serta pengakuan Che Jah bahawa suaminya mencuri kubah surau kampung, Seman berjaya ditangkap dan akan didakwa di mahkamah atas perbuatan kejamnya itu

         Sementara itu, Novel Songket Berbenang Emas juga memaparkan  tema kegigihan seorang gadis dalam mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan dalam kehidupannya. Contohnya, watak utama novel ini iaitu Dahlia gigih menghadapi ujian dalam hidupnya serta tidak pernah mengalah dengan nasib malang yang menimpa diri dan keluarganya. Sebaliknya dia berusaha untuk menempuh semua ujian tersebut dengan semangat yang kental. Dahlia gigih menghadapi dugaan apabila ibunya, Saleha terpaksa dihantar ke hospital Batu Pahat, kemudian dipindahkan ke Hospital Permai, Johor Bahru untuk menjalani rawatan pemulihan akibat menghadapi penyakit kemurungan.



       Selain itu,  Dahlia juga sabar menghadapi sikap prejudis neneknya, Nek Kiah terhadap mereka sekeluarga dengan tenang. Dahlia juga mendepani cacian dan tohmahan Aton yang menuduhnya membunuh Said dan menggelarnya perempuan murahan serta kenalan ramai lelakinya.

Tiada ulasan: