Ahad, 4 Februari 2018

AKTIVITI PELAJAR KELAS 4K2 DAN KELAS 5 SAINS PADA 6/2/2018, HARI SELASA - TATABAHASA.

Pada hari Selasa, 6/2/2018, saya akan ke Hospital Selayang atas urusan temu janji dengan doktor pakar. Oleh sebab itu, saya menyenaraikan tugasan pelajar 4K2 dan 5 Sains seperti di bawah:-
Sementara itu, mohon jasa baik Fatin kelas 4K1, mendapatkan bahan latihan di bawah untuk diserahkan kepada pelajar dan latihan ini perlu dilakukan pada 7/2/2018 kerana saya membawa pasukan bola baling sekolah ke MSSD Perak Tengah.

1.     Soalan Peperiksaan Percubaan SPM SBP 2017

3  ( C )  MENGESAN KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN YANG TERDAPAT DALAM PETIKAN

          i.  Sebahagian daripada tanah pesaka kepunyaan Haji Sulaiman di kampung akan diambil oleh pihak kerajaan negeri untuk menjadikan rizab jalan. 

        ii.  Projek carigali yang baharu akan dilaksanakan di pengairan Terengganu oleh Kerajaan Negeri Terengganu pada tahun hadapan.

       iii.  Rambut bayi itu kerinting dan berwarna perang kerana mengikut genetik daripada penurunan sebelah datuknya yang berasal dari Pakistan.

         
  
Soalan 3 (c)
Kesalahan Ejaan
Pembetulan
Kesalahan imbuhan
Pembetulan
i)
pesaka
pusaka
menjadikan
dijadikan
ii)
carigali
cari gali
pengairan
perairan
iii)
kerinting
keriting
penurunan
keturunan


2.     Soalan Peperiksaan Percubaan SPM Negeri Kedah 2017

3  ( C )  MENGESAN KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN YANG TERDAPAT  DALAM PETIKAN.

Orang ramai yang memanfaat kemudahan taman awam mampu meningkatkan tahap kesihatan melalui pelbagai aktiviti fizikal seperti senaman dan bersukan secara berkumpulan atau individu. Di samping itu, keindahan persekitaran alam seperti pokok teduhan dan bunga-bungaan dikawasan itu dapat memberikan ketenangan kepada orang ramai dan kelegaan daripada stress seharian bekerja. Sesetengah taman awam telah berjaya menarik ribuan pelancong kerana mempunyai identiti dan keunikkan tersendiri. Hal ini akan membawa peningkatan ekonomi setempat dalam aspek penginapan, perniagaan makanan dan kraftangan.


Soalan 3 (c)
Kesalahan Ejaan
Pembetulan
Kesalahan imbuhan
Pembetulan
i)
stress
stres
memanfaat
menfaatkan
ii)
keunikkan
keunikan
senaman
bersenam
iii)
kraftangan
kraf tangan
dikawasan
di kawasan


Tiada ulasan: